Tiga Dunia: The Prince and Th...

Від Lais_Arsalan

50.8K 3.7K 1.9K

#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal bera... Більше

Index
Character's Info
Index 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
Epilogue
Laporan

23

539 45 20
Від Lais_Arsalan

Li JianSu tahu apa yang ada dalam fikiran anaknya itu namun dia sengaja buat tak faham. Walau apa pun yang berlaku, dia akan bawa rahsia tersebut sampai ke dalam kubur. Dia tak akan benarkan XiHua menghancurkan impiannya hanya kerana XiHua adalah anaknya.

Walaupun XiHua dikatakan anak kesayangan, tapi anak kesayangannya itu kini tidak lagi membawa tuah kepadanya seperti sebelum ini. Dia bisu dan seorang yang hodoh. Walaupun Li JianSu kecewa dengan apa yang berlaku, dia tahu dia perlu beri muka pada XiHua.

Kalau sesuatu berlaku pun, dia masih punya XiYue, anaknya yang seorang lagi. Walaupun XiYue bukan anak kandung Li JianSu, tetapi dia telah menjaga Putera Ketiga itu sejak bayi lagi. Ibu kandung XiYue adalah salah seorang gundik istana namun telah meninggal dunia selepas melahirkan XiYue.

Maharaja yang kasihan dengan bayi itu telah mengeluarkan titah supaya Li JianSu menjadi bondanya. Sejak itu, XiYue sentiasa dianggap sebagai anak kepada Li JianSu. Tidak ada seorang pun yang berani bercakap tentang perkara sebenar. Mereka takut Maharaja akan mungkar.

XiYue juga kini merupakan Putera Mahkota. Seorang yang bakal menjadi Maharaja satu hari nanti. Li JianSu pula saat itu akan menjadi Maharani Balu yang paling berkuasa. Dia akan menjadi orang paling berkuasa. Jadi dia tak akan benarkan XiHua menghalang impiannya. Walau XiHua dikatakan sebagai anaknya sekalipun.

Li JianSu sudah penat hidup susah. Sekali dia merasa manisnya kesenangan dan nikmatnya kuasa dalam tangan, dia akan mengejar pangkat tersebut. Biar dia hangus terbakar dalam perjuangannya sekali pun, Li JianSu tak akan menyesal. Dia telah pun menyelam dengan terlalu dalam kini.

"Hua Er, jangan ingat kamu boleh cabar Bonda!" Li JianSu memberi amaran.

Namun melihat gaya XiHua yang tidak mahu mengalah, Li JianSu mendengus kasar. Dia berpaling dari melihat wajah anaknya yang bertopeng itu. Sungguh tidak mengasyikkan pandangan mata! Dia benar-benar rasa tersinggung dengan sikap XiHua yang keras kepala.

"Sekali lagi bonda beri amaran. XiHua, jangan cabar bonda. Ru Ruo adalah isteri kamu. Dia akan kekal sebagai isteri kamu dan kamu perlu layan dia dengan baik. Bonda tak peduli sama ada kamu suka atau tidak." sambung Li JianSu lagi selepas anaknya hanya diam.

Mata XiHua dari sebalik topeng wajah itu semakin bertukar gelap anak matanya. Dia memandang permaisuri di hadapannya yang langsung tidak sedar diri. Setelah lama dia berada di istana, XiHua kini cukup faham dengan permainan yang sering dimainkan. Semuanya demi pangkat dan kuasa.

Palsu. Tak ada yang benar dalam istana tersebut. Penipuan semata-mata.

Dia bangun dan melangkah keluar dari kediaman permaisuri. Sedikit pun dia langsung tak toleh. Biarkan. Kalau Li JianSu fikir dia tak boleh cabar, XiHua nak lihat apa yang permaisuri tu akan lakukan selepas ini. XiHua nak lihat sejauh mata dia boleh capai langit.

Kakinya melangkah keluar dari istana. Geraknya sangat pantas dan licik. Pengawal yang menjaga kawasan sekitar istana sedikit pun tak menyedari tentang Putera Kelima yang kini telah menyelinap keluar.

XiHua menukar pakaian biasa. Topeng wajahnya ditukar dengan topeng baru yang dia beli di bandar. Topeng tersebut berwarna putih dan menutup hanya separuh wajahnya. Bibirnya yang merah dan penuh dapat dilihat tersenyum di hadapan cermin. Kain balutan yang membalut wajahnya kini telah dibuang.

Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, XiHua keluar dari kedai pakaian tersebut. Kini sesiapa pun tak mungkin dapat agak tentang dirinya yang merupakan Putera Kelima. Lagipun semua tahu tentang Putera Kelima yang bisu dan hodoh. XiHua yang sekarang merupakan seorang yang berlainan.

Dia berjalan di sekitar bandar. XiHua tak mahu balik ke Istana Mingzhuo. Biar permaisuri tu tahu, dia juga boleh hidup sendiri dan elok saja tanpa perlindungan sesiapa. Dia juga tak perlukan 'isteri' yang hanya pada atas nama. Mereka berkahwin bukan kerana perasaan cinta. Hanya untuk manfaat bersama.

Hah.

Malangnya. XiHua tak pernah anggap Ru Ruo sebagai isteri. Dia juga tak pernah fikir yang dia berkahwin. Bagi XiHua dia masih seorang yang bujang. Perkahwinan mereka hanya pada atas kertas. Kalau XiHua bakar kertas tu sekali pun, tak akan ada apa yang berlaku. Semasa majlis pun dia tak hadirkan diri. Macam ni cakap mereka dah berkahwin? Mengarut!

XiHua tak pernah setuju!

Dia tak pernah berkahwin dengan sesiapa apatah lagi dengan seorang perempuan! Hey, XiHua masih perempuan sejati luar dan dalam. Dia suka lelaki! Huh! Kalau betul dia nak berkahwin, dia akan berkahwin dengan lelaki yang akan jadi suami dan dia yang akan jadi isteri.

Eh..atau dia boleh jadi suami dan lelaki tu jadi isteri.

Pun boleh.

XiHua tersenyum seorang diri. Fikirannya jauh melayang tentang nasib diri yang malang. Fikirnya akan dapat hidup senang selepas dihidupkan semula tapi macam-macam pula konflik yang berlaku.

_(:зゝ∠)_haish

Sedang dia berfikir, langsung XiHua tak sedar yang dia dah jalan jauh ke belakang di kawasan hujung bandar. Air sungai yang mengalir dapat didengari bunyinya. XiHua mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat suasana dihadapan.

Saat itu matanya tertancap akan satu susuk tubuh yang amat dikenali. Bibir XiHua terus terjungkit membentuk senyuman nakal. Ah, ahh.. Tempat lepas stress dia dah muncul..

(づ ¯ 3 ¯) づ

"Xiao Yi~" panggil XiHua dengan nada yang meleret.

Zhong Yi yang sedang termenung melihat ke arah jambatan terus keras dan kaku tubuhnya. Sedikit pun dia tak berani nak pusing ke belakang. Mana taknya, dia dapat rasakan tubuh XiHua yang berada di belakangnya itu. Terlalu rapat! Macam berpelukan, cuma tangan XiHua saja yang tak melingkari pinggangnya.

"Xiao Yi~ tengok apa tu?" nada XiHua masih meleret bila panggil nama dia dan gayanya penuh dengan manja membuatkan bulu roma Zhong Yi meremang.

"Tengok jambatan." jawab Zhong Yi pendek. Dalam masa yang sama, dia cuba melarikan diri dari XiHua. Tapi apalah sangat bila dia berhadapan dengan pembuli profesional ni? Baru saja Zhong Yi bergerak nak berlalu pergi, XiHua merangkul pinggang Zhong Yi dengan sebelah tangan sebelum menarik lelaki itu kembali kepada posisi asal.

Masing-masing terdiam. Bibir XiHua masih membentuk senyuman. Dia kini memeluk pinggang Zhong Yi dari belakang. Dagunya diletakkan ke atas bahu lelaki itu. Bau wangian seperti herba menusuk masuk ke rongga hidung. Ah.. Macam yang XiHua sangka. Dia sukakan bau lelaki itu. Sangat tenang dan segar.

"Lepas. Saya nak balik." tegur Zhong Yi.

Tapi siapa XiHua? Fikir dia nak ikut ke cakap lelaki tu? Dia dah janji nak 'balas dendam' pada Zhong Yi sebelum ni. Siapa suruh lelaki ni bangga sangat dan tak pandai nak berterima kasih bila setiap kali XiHua tolong dia. Kali ni XiHua nak pastikan Zhong Yi tahu dengan siapa dia berurusan.

"Okay. Saya bawa awak balik." balas XiHua dengan muka tebal dan tak tahu malu. Dia memusingkan tubuh Zhong Yi supaya menghadapnya sebelum menarik tangan lelaki itu.

Kemudiannya dia memimpin tangan Zhong Yi sehingga mereka tiba di Flower House. Semua mata memandang ke arah mereka saat mereka menjejakkan kaki ke dalam Flower House. Mana tidaknya, ini adalah anak kepada tuan rumah! Siapa yang berani sentuh?!

Masing-masing memandang ke arah XiHua dengan pandangan tak puas hati. Wajah Zhong Yi mula bertukar merah. Terasa panas pipinya saat itu. Dia mahu cepat masuk ke dalam biliknya. Tapi tangan XiHua sedang memegang tangannya dengan sangat erat. Walau macam mana dia cuba, Zhong Yi tak mampu lepaskan diri.

Akhirnya dia hanya menebalkan kulit  muka sendiri macam XiHua dan membiarkan saja XiHua heret dia naik ke tingkat atas sebelum menghantarnya masuk ke dalam bilik.

************************************

Продовжити читання

Вам також сподобається

19.6K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
2K 127 16
sambungan CSL
Bertemu dengan Katarina Від Izzat Ai

Історичні романи

6.1K 325 49
Faiz dan Haikal tercampak ke zaman Portugis Melaka tahun 1588 Masihi! Macam mana mereka nak balik ke zaman moden? Jom kita ikut pengembaraan mereka...
644 68 21
"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending...