MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

52

27.6K 2.3K 334
By CIK_ZALIKHA

                          ALHAMDULILLAH, doktor kata hari ini aku dah boleh keluar. Tersenyum Hawa memandang ke arah Puan Sri Maryam yang sedang membuat pembayaran di kaunter. Baik sungguh Puan Sri Maryam ini. Entah mengapa dia bersungguh-sungguh ingin membantu mereka.

Dia ruangan menunggu ini, Luth masih tertidur di atas bahunya. Mengantuk sangat nampaknya suami aku ni. Baru sekejap tadi bangun, selepas itu tidur balik. Terpaksa aku tebal muka saat ada mata yang memandang. Aku yang sakit, tapi dia yang tidur lebih!

"Awak, bangunlah..." kejut Hawa, muka Luth ditampar perlahan agar tersedar daripada kena.

"Aku ngantuk lah..." rungutnya. Tangan Hawa yang menampar wajah ditarik ke bawah, lalu digenggam. Nak tidur pun tak senang.

"Saya nak pergi tandas sekejap. Bangunlah." adu Hawa. Luth mendengus kecil. Dia mengangkat kepala daripada bahu Hawa. Mata dibuka. Dia memusing memandang Hawa dengan pandangan kecil.

"Kau nak buat apa pergi sana?"

"Ish, sibuk je lah nak tahu!" herdik Hawa. Tanpa berlengah dia terus bangun. Pantas tangan Luth menyambar tangan kanan Hawa, memberhentikan langkah wanita itu. Hawa mengeluh panjang. Mata dikatup buat beberapa saat. Aduhai, aku nak pergi tandas je pun bukannya berperang.

"Awak nak apa?"

"Tak bahaya ke? Karang tiba-tiba Malik muncul. Aku ikut kau sekalilah."

"Ish, ada pula macam tu? Itu tandas perempuanlah! Takkan dia nak masuk pula? Awak jangan fikir bukan-bukanlah. Dekat sini tak ada Malik pun. Kan mama dah kata, Malik dah di hantar ke tempat sepatutnya."

"Mama?" kening Luth bercantum pelik. Mama mana pula yang Hawa maksudkan? Hawa mengeluh kecil.

"Ya, mama. Puan Sri Maryam. Dia suruh saya panggil dia mama, jadi saya panggillah mama. Ish, sudahlah! Saya nak pergi tandas. Lepaskan tangan saya!" Luth mencebir bibir. Tangan Hawa pun dilepaskan perlahan-lahan. Lantas, Hawa kembali menyambung langkah menuju ke arah tandas wanita. Dia hanya mengikut sahaja ke mana arah papan tanda yang tergantung di siling menunjukkan laluan ke tandas.

Setelah kelibat Hawa hilang daripada pandangan, Luth memeluk tubuh. Dia bersandar pada kerusi dan menarik nafas yang panjang lalu dihembus.

"Mana Hawa?"

Luth mendongak ke arah Puan Sri Maryam yang nampak sudah selesai membuat pembayaran. Ditangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.

"Dia pergi tandas. Duduklah Puan Sri." ujar Luth serta mempelawa wanita itu untuk duduk di ruang kosong sebelahnya. Puan Sri Maryam tersenyum kecil, dia mengangguk kepala lalu melabuh punggung di sebelah Luth.

"Tuan Adam ke mana?"

"Dia balik sekejap. Ada hal katanya." balas Puan Sri Maryam. Luth mengangguk kepala tanda faham. Suasana menjadi sepi buat sejenak apabila mereka berdua tidak bersuara. Puan Sri Maryam mengulum senyuman kecil. Perlahan-lahan sebelah tangannya naik menyentuh wajah Luth. Luth sedikit tersentak. Namun dia tidak menepis, hanya menoleh memandang Puan Sri Maryam yang menatapnya dengan penuh sayu. Dielus lembut wajah Luth yang tetap kacak. Terus sebak mencengkam dadanya apabila melihat perubahan Luth yang begitu pantas sekali baginya. Dalam masa yang sama hatinya turut gembira.

"Saya tak sangka, saya boleh bertemu dengan awak Luth. Saya ingat... sampai bila-bila saya tak boleh jumpa awak. Tak sangka, dah besar panjang kamu sekarang. Siap dah ada keluarga sendiri lagi. Tak dapat tengok kamu membesar pun, tengok kamu bahagia pun dah cukup gembira." luah Puan Sri Maryam, sebak.

Kening Luth berkerut pelik tanda tidak faham. Dia hanya diam sahaja. Tapi entah mengapa, perasaan Luth berubah menjadi rindu apabila wanita tua itu menyentuhnya. Rindu sangat-sangat. Hendak bertanya siapa Puan Sri Maryam dan Tan Sri Adam Lim yang sebenarnya, tapi persoalan itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya.

"Luth... kamu sayang Hawa?" soal Puan Sri Maryam secara tiba-tiba. Luth mengangguk kepala mengiyakannya. Ya, sayang. Sayang sangat-sangat.

"Kalau kamu sayang dia, kamu kena kerja keras. Kamu kena ada duit sendiri, dan berjaya. Jangan cepat mengaku kalah. Kalau boleh, kamu fikir sekali tentang masa depan anak kamu suatu hari nanti. Jangan jadi macam mama..."  luah Puan Sri Maryam, air matanya sedaya upaya ditahan akhirnya gugur juga. Dia akhirnya menggelarkan diri sebagai mama.

"Mama dengan Tuan Adam dulu, berkahwin muda. Kahwin bukan atas sebab cinta, tapi kerana terpaksa oleh salah faham keluarga. Kami berdua kena halau dan langsung tak ada duit. Sampailah satu hari, kami dikurniakan satu cahaya mata. Tapi kami sendiri tak mampu nak jaga. Nak beli pakaian pun tak ada duit. Sehingga kami terpaksa serahkan anak kami pada orang kaya. Mereka jadi keluarga susuan dia sekarang. Tiap-tiap hari mama asyik tengok dia daripada luar rumah orang tu sahaja. Semata-mata nak tengok anak mama. Mama nak masuk ke rumah tu, mama nak peluk dia dan nak sayang dia tapi keluarga tu dah makin sombong. Dia dah tak benarkan kami melawat anak kami lagi."

"Kenapa diaorang buat macam tu?" soal Luth, ada sedikit perasaan tidak puas hati mendengar cerita Puan Sri Maryam itu. Mengapa kejam sangat keluarga kaya raya tu?

Puan Sri Maryam menjongket bahu. "Entah. Mama pun tak tahu. Demi nakkan anak kami semula, mama dengan Tuan Adam terus bekerja keras cari duit sampailah jadi kaya. Tapi kami tetap tak lupa pada anak kami. Kami kembali semula ke rumah tu waktu umur dia dah meningkat ke 7 tahun. Malangnya, keluarga kaya tu bawa lari dia ke luar negara. Kononnya bercuti, padahal mereka sengaja larikan anak kami supaya kami tak boleh ambil dia semula. Setiap kali mama dengan Tuan Adam datang ke rumah tu, setiap kali itu jugalah mereka akan bercuti ke luar negara. Sejak daripada tu, kami bertekad untuk perhatikan anak kami dari jauh sahaja. Cukuplah tengok dia membesar dengan elok. Kami nampak dia bahagia sangat-sangat duduk dalam rumah tu."

"Jadi Puan Sri nak biarkan je dia duduk dalam rumah tu sampai bila-bila? Dia mesti nak tahu mak kandung dia yang sebenarnya. Puan Sri pun boleh bawa hal ni ke mahkamah."

"Tak. Kami takkan biarkan dia tak kenal kami. Suami mama kata, dia sendiri akan kenal mama dia suatu hari nanti. Jadi kami hanya bersabar sahaja sepanjang tahun. And, Insyaallah. Dia akan tahu." ujar Puan Sri Maryam. Dia tersenyum lebar. Tangan yang menyentuh wajah Luth kembali dijatuhkan ke bawah. Air mata yang membasi pipinya pantas di seka.













 


                                 FLUSH tank ditekan Hawa sebelum dia melangkah keluar daripada bilik air. Dia menuju ke arah singki, membersihkan kedua belah tangannya.

"Sha, tak puas hatilah Mak Ton! Kenapalah mamat tu sayang sangat dekat bini dia sampai sanggup cekik ayah, Sha. Tak pasal-pasal dia balik tu sesak nafas, nasib baik Sha sempat bawa dia ke hospital." bebel suara wanita itu, sambil dia melangkah masuk ke dalam tandas bersama seorang lagi wanita tua.

Hawa mengerut kening. Entah mengapa suara itu seperti pernah didengarnya. Namun, Hawa hanya mengabaikan sahaja. Dia terus membasuh tangan tanpa mempedulikan perbualan mereka berdua.

"Entah. Cantik sangat ke bini lelaki yang kamu suka tu? Kalau Mak Ton, Mak Ton dah belasah isteri dia tu. Tak sedar diri! Dah lah miskin, ada hati nak lelaki kaya. Sama macam anak saudara Mak Ton yang seorang tu, tak cermin diri!"

"Anak saudara yang mana ni? Sha je lah anak saudara Mak Ton."

"Bukan kamu, Hawa! Alaa... kamu tak kenal sangat pun dia sebab keluarga dia tu dulu merempat! Lepas mak bapak dia mati, terus suami Mak Ton ambil dia bawa ke rumah. Eeiii... menyusahkan betul. Gatal pula tu!"

Hawa tergamam. Dia berhenti mencuci tangan apabila namanya di sebut oleh wanita tua itu. Ya, mudah sangat dicam si pemilik suara itu di telinganya. Menghantar terus isyarat kecemasan kepada jantung yang kini kian pantas berdegup. Nafas tertahan sesak di dada. Perlahan-lahan kepalanya di angkat bersama perasaan gerun. Hawa melihat ke cermin.

Ya Allah! Katakan dia sedang bermimpi sekarang. Pantas Hawa menundukkan kembali kepalanya ke bawah.

Saat wajah kedua-dua wanita itu di pandang, bulu roma ditubuh Hawa serta-merta menegak.

"Hawa? Eh, macam sama je dengan orang yang Sha cerita ni." Shahidah mengerut kening. Dia menoleh memandang Zaiton yang sedang memakai gincu.

"Sama?" Zaiton berhenti menyapu gencu itu di bibir. Dia turut berpaling memandang Shahidah. Shahidah mengangguk kepala.

Jantung Hawa semakin berdegup laju.

"Haah, perempuan yang rampas Luth daripada Sha pun nama dia Hawa. Luth kutip dia daripada kelab malam." ujar Shahidah.

"Huh?!" Terasa longlai lutut. Hampir sahaja Hawa hendak rebah ke lantai, dengan pantas kedua-dua belah tangannya menahan singki itu daripada terjatuh. Zaiton dan Shahidah terkejut. Serentak mereka berpaling ke arah wanita di belakang mereka. Membeliak biji mata Zaiton saat terpandang muka Hawa.

"Kau!" jari menunding tepat ke arah Hawa. Hawa semakin cemas. Tanpa berlengah, terus tubuh Zaiton yang menghalang jalannya ditolak ke tepi. Diayun laju kakinya berlari meninggalkan tandas wanita itu. Mujur Shahidah sempat menangkap tubuh Zaiton daripada terjatuh ke lantai. Zaiton merengus geram. Dia menyimpan semula gincu ke dalam beg tangannya dengan amarah.

"Kurang ajar!"

"It... Itu Hawa, Mak Ton!"

"Cepat kejar dia! Mak Ton memang dah lama cari perempuan tak guna tu!" terus mereka berlari keluar daripada tandas itu. Terpinga-pinga mereka memandang ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Hawa. Sebaik sahaja melihat Hawa yang berlari ke arah koridor di sebelah kanan, pantas mereka memecut mengejar wanita itu.

"Hawa, baik kau berhenti sekarang!!" jerit Zaiton, memberi amaran. Namun, Hawa tidak mempedulikannya. Entah ke mana kaki ingin ingin membawanya. Ah, tak kesah! Janji selamat daripada tertangkap oleh perempuan tua ahli sihir tu! Sekilas dia menoleh ke belakang, melihat mereka yang semakin menghampiri.

"Argh!" tanpa sengaja Hawa melanggar tubuh seseorang. Dia kembali menoleh ke hadapan dengan nafas tercungap-cungap. Kepala didongak memandang muka lelaki itu. Luth!

"Awak!" terus tubuh Luth dipeluknya ketakutan. Luth mengerut kening, pelik. Dapat dia rasakan debaran jantung wanita itu yang meningkat laju. Lambat-lambat dia membalas pelukan isterinya. Tubuh belakang Hawa digosok perlahan.

"Hey, kenapa ni huh?"

"Mak... Mak Ton saya ada dekat sini. Awak kena tolong saya."

"Tentulah aku tolong kau, kau isteri aku. Mana dia?" soal Luth, nada suaranya agak kedengaran dingin. Anak matanya melilau memandang sekeliling, mencari wanita yang dikatakan Hawa tadi.

"Hawa! Berani kau lari daripada aku?!" bentak Zaiton, geram. Dia akhirnya berhenti di hadapan mereka dengan nafas yang tercungap-cungap kepenatan, berlari. Begitu juga dengan Shahidah. Anak mata Zaiton kelihatan terpana saat memandang Hawa yang berada dalam pelukan lelaki itu. Mata kecilkan sedikit, memandang Luth dengan pandangan tidak puas hati. Pasti lelaki ini yang mengambil Hawa keluar daripada kelab malam itu!

"Hei, kau siapa huh? Lepaskan anak saudara aku!"

Continue Reading

You'll Also Like

27.7K 3.1K 12
Nak menulis tapi tak tahu? Anda berada di tempat yang betul! Tekan je read dan baca. Jangan lupa tinggalkan comment dan vote. 👠 Beautiful cover by...
7.9K 835 75
Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop ni! ✨ Batch 1- CLOSED Batch 2- CLOSED Bat...
3.7M 29.1K 12
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sah...
72.5K 4.2K 17
HIGHEST RANKING: #1 in novelfiksyen (16/3/2019) #1 in jenayah (16/3/2019) #5 in karyaseni (1/3/2019) #8 in misteri (16/2/2019) #22 in novelmelayu (16...