MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 47

25.9K 2.1K 716
By CIK_ZALIKHA

                             PINTU kaca itu dikuak Luth dengan keluhan kecil dilepaskan perlahan. Seperti biasa, dia tetap tidak dapat peluang pekerjaan. Entah dimana kekurangannya, belajar tinggi-tinggi tapi satu kedai pun tidak mahu mengambilnya berkerja. Bukannya minta untuk menjadi bos, cukup kuli sahaja dia terima dengan hati terbuka.

"Sabar Luth. Ada hikmahnya... banyak lagi kedai lain dekat sini." gumam Luth, memberi semangat untuk dirinya sendiri. Nafas ditarik panjang lalu dihembusnya. Barulah dia mula melangkah menuju ke gerai makanan yang tidak jauh daripada situ. Namun, langkahnya terhenti apabila bertembung dengan seorang lelaki tua. Dato' Mukhriz.

Dia masih lagi ingat. Inilah bapa kepada Shahidah. Tanpa membuang masa, Luth teruskan sahaja langkahnya tanpa memandang muka orang tua itu.

"Luth Mikail." panggilnya. Sekali lagi Luth berhenti. Dia tidak menoleh ke belakang, sebaliknya menunggu sahaja apa yang Dato' Mukhriz ingin katakan. Dato' Mukhriz tersenyum sinis. Dia memusing memandang Luth yang membelakanginya.

"Boleh kita berbincang sekejap?"

"Kalau pasal Shahidah, saya minta maaf Dato'. Saya dah lambat."

"Lambat nak ke mana? Awak bukannya ada kerja pun."

Luth terdiam. Dato' Mukhriz ketawa sinis. Tergeleng-geleng kepalanya memandang Luth, sambil dia mengatur langkah menghampiri lelaki itu. Bahu Luth disapanya.

"Saya cuma ajak awak berbincang sebab nak tawarkan awak bekerja dengan saya. Takkan itu pun tak boleh? Saya tahu, awak seorang pelajar usahawan dulu kan? Jadi, saya tak nak sia-siakan awak punya pelajaran dengan kerja dekat tempat-tempat kecil macam ni." ujar Dato'Mukhriz.

Luth menjeling menyampah. Entah hendak percaya ataupun tidak. "Hmmm... cakaplah."

"Takkan nak bincang dekat sini? Jom, ikut saya pergi ke restoran sushi depan sana tu. Boleh saya belanja awak air sekali. Mari." ajak Dato'Mukhriz. Bahu Luth ditepuk-tepuk, sebelum dia melangkah ke arah kereta Alphard berwarna hitam yang terparkir di situ. Pengawal peribadi yang tercegat di tepi kereta, terus membuka pintu sebaik sahaja Dato' Mukhriz menghampiri.

"Silakan masuk, Dato'." pelawa pengawal peribadi itu. Dato' Mukhriz tidak membalas apa-apa, dia menoleh ke belakang memandang Luth yang masih tercegat di hadapan kedai buku.

"Cepatlah, Luth. Apa yang awak fikirkan lagi? Jangan risau, saya bukannya nak sabotaj awak. Saya betul-betul nak tawarkan awak bekerja." ujar Dato' Mukhriz. Ingin meyakinkan Luth. Lama Luth berfikir sama ada ingin masuk atau tidak ke dalam kereta Alphard itu. Namun, dia tiada pilihan lain. Manalah tahu jika orang tua itu benar-benar serius ingin mengambilnya bekerja. Akhirnya, Luth mengangguk perlahan. Dia ikut sahaja ke mana Dato'Mukhriz ingin membawanya.






 



         

                                  RESTORAN Sushi Daddy. Dua gelas ais green tea diletakkan ke atas meja, bersama sepinggan sushi ablone Mayo dan Shashimi.

"Ada apa-apa pesanan lagi?" soal Azim, dia memandang muka Dato' Mukhriz dan Luth silih berganti. Menantikan jika ada pesanan baru. Malah, Luth menggeleng kepala.

"Tak ada."

"Saya pun tak ada."

Azim mengangguk kepala. "Okay. Selamat menjamu selera. Besar ya lengan bodyguard awak? Macam bos saya. Tapi tu lah... takut isteri juga." ujar Azim, sempat lagi dia mengejek lengan lelaki yang memakai uniform lengkap berwarna hitam seperti seorang pengawal peribadi. Tegap sungguh badannya. Sekali dilayang penumbuk, mahunya sampai ke alam disebalik mata. Azim ketawa mengekek.

Namun, dia berhenti ketawa saat memandang muka Luth dan Dato' Mukhriz yang kelihatan serius. "Tak kelakar ya? Err... tak apalah, makan dulu. Selamat menjamu selera." ucapnya. Dia menunduk tanda hormat, sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.

Dato' Mukhriz menggeleng kepala. Ada juga pekerja gila macam tu. "Jemputlah, makan. Saya belanja."

Pinggan Ablone Mayo ditolak ke arah Luth. Luth menggeleng kepala. Ditolak kembali pinggan itu menjauhinya. "Saya dah makan dekat rumah tadi. Cakap je apa yang Dato' nak bincangkan dengan saya sebenarnya?" ujar Luth, acuh tak acuh. Dia melemparkan pandangan ke luar cermin kaca disebelahnya.

Dato' Mukhriz tersenyum sinis. Dia menyuap Shashimi itu ke dalam mulut, dan mengunyahnya. "Saya tahu isteri awak sakitkan, Luth? Dengar cerita awak perlukan duit? Saya rasa simpati sangat-sangat atas apa yang menimpa kepada awak, jadi sebab tu saya nak tawarkan awak bekerja dengan saya."

Luth tidak membalas apa-apa. Hanya memasang telinga mendengar penjelasan lelaki tua itu. "Saya rasa saya nak bagi awak pegang syarikat saya."

"Dengan syarat?" soal Luth. Dia kembali menoleh memandang Dato Mukhriz. Seolah-olah dapat membaca apa yang bermain di fikirannya orang tua itu.

Dato' Mukhriz tersenyum menyenget. Dia menolak pinggan Shashimi itu ke tepi, dan mendekatkan sedikit kerusinya ke hadapan. "Kahwin dengan anak saya."

Luth menjuih bibir. Aku dah agak. Tak lain tak bukan, dia ingin menunaikan hasrat Shahidah. Entah apalah yang perempuan tu tak faham-faham lagi. Berbuih mulut nak terangkan benda yang sama! Luth menggeleng kepala.

"Such a stupid dad, you know? Kau tak ada otak ke, Dato'?"

"Saya lebih pandai daripada awak Luth. Saya cuma nak yang terbaik buat anak saya. Dan Saya boleh bagi awak satu juta sekarang juga, kalau awak ceraikan Hawa dan berkahwin dengan Shahidah." ujar Dato' Mukhriz begitu berlagak sekali. Dia menolak gumpalan duit sebanyak sepuluh ribu ke arah Luth. Kononnya sebagai pendahuluan jika Luth tidak mempercayai janjinya.

Luth tersenyum sinis. "Pergi mampuslah dengan rancangan bodoh kau ni..." sindir Luth, terus dia bangun ingin melangkah pergi daripada restoran itu. Makin lama makin menyirap pula darahnya mendengar tawaran bodoh itu.

"Luth!" tegur Dato' Mukhriz.

Luth memberhentikan langkah. Dia cuba mengatur nafas yang tiba-tiba terasa sesak. Dadanya naik turun cuba mengawal rasa sakit di dalam hati. Luth memusing memandang Dato Mukhriz yang masih duduk di meja makan.

"Kau ingat, cinta dan sayang aku pada isteri aku boleh dibeli dengan duit ke huh? Memang aku miskin, dan memang aku tak ada duit sampai tak boleh nak bawa isteri sendiri pergi klinik! Ya, aku tak sanggup tengok Hawa sakit. Tapi aku lebih sakit, kalau tinggalkan dia semata-mata demi seorang perempuan yang aku langsung tak cinta! Kau tak boleh beli aku dengan duit, kau ingat tu!!"

"Saya tak beli awak, Luth..."

"Kau tak beli aku, habis duit dekat atas meja kau tu apa huh?! Kau fikir aku ni mata duitan? Senang-senang nak terima anak kau semata-mata kerana duit? Heh, jangan haraplah. Kau sebagai seorang ayah kau boleh fikir sendiri apa yang patut kau buat dekat anak kau tu! Bukannya ikut sahaja apa yang anak kau mahukan macam lembu kena cucuk hidung!" bentak Luth. Tak dipedulikan lagi mata-mata yang memandang ke arahnya. 

Dato' Mukhriz mengeluh kecil. Sebelah tangannya mengerut kepala yang mula berdenyut. Tak tahu bagaimana lagi ingin memujuk lelaki ini agar menerima sahaja tawarannya.

Tak lama selepas itu, Luth mengerut kening. Dia baru tersedar sesuatu. "Wait? Macam mana kau tahu isteri aku sakit?" soal Luth, pelik.

Dato Mukhriz mula terkulat-kulat mencari jawapan. Air liur ditelan, kesat. "Err... pengawal, tolong bayarkan duit. Saya nak pergi daripada sini."

"Hei, Aku tanya kau ni orang tua!!" jerkah Luth. Terus leher baju kemeja Dato' Mukhriz dicekaknya sehingga berdiri daripada kerusi. Pelanggan yang berada di sekeliling mereka menjerit ketakutan.

"Lepaskan Dato' Mukhriz!" pengawal itu tegas memberi arahan. Baru dia hendak menghampiri mereka, Luth sudah mencapai satu batang chopstick di atas meja lalu di arahkan kepada mata orang tua itu. Segera pengawal peribadinya menghentikan langkah.

"Kau jangan masuk campur hal aku. Kau duduk situ diam-diam sebelum aku butakan mata orang tua ni." ujar Luth memberi amaran dengan gigi yang terkacip-kacip menahan amarah. Dia kembali memandang Dato' Mukhriz.

"Cakap dengan aku... mana kau tahu dia sakit?"

"Jangan buat saya macam ni Luth..."

"Jangan ubah topik aku. Aku tanya macam mana kau tahu isteri aku sakit?! Jawablah!" bentak Luth, geram. Dato' Mukhriz mendiamkan diri. Dia terlampau takut untuk memberitahu hal yang sebenar. Luth mencedik kecil. Diangguk kepala berkali-kali.

"Faham... Faham... kau tak nak bagitahu aku ya?" Luth menaikkan kayu chopstick itu lebih tinggi. Dato' Mukhriz sudah menggeleng laju. Jantungnya berdegup kencang. Sudah terbayang sakit yang akan menyinggah tak lama lagi.

"Okay! Saya bagitahu! Sabar Luth, kita boleh berbincang..."

"Aku tak ada masa nak berbincang dengan kau!"

"Baiklah. Se... Sebenarnya... sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?!!"

"Saya yang sihir Hawa!" terus terlepas batang chopstick yang digenggamnya ke lantai. Luth terkejut. Matanya membulat memandang Dato Mukhriz.

"Kau..." kedengaran bergetar suara Luth yang berselang dengan nafas yang tercungap-cungap. Dato' Mukhriz menelan air liur. Seluruh dendam dan rasa sakit hati dikepal dalam genggaman penumbuknya.

"Kau memang berani mati dengan aku!!"  diayun sepenuh tenaganya ke dagu orang tua itu. Badan Dato' Mukhriz yang hampir jatuh, dipaksa agar kembali berdiri. Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya terus ditepis dengan kuat.

"Jangan, encik!" halang Azim, dia menarik lengan Luth agar berundur menjauhi orang tua itu. Tak semena-mena, dia pula yang ditolak sehingga tersembam jatuh ke  lantai. Terhentak kuat punggung di di lantai, dia mengaduh sakit. "Aduh... apalah nasib aku, dekat cerita aku shark suami dia jadi mangsa. Dekat cerita ni pun jadi mangsa juga."

"Silap besar kau berani sentuh isteri aku, syaitan!!" Luth bagai kerasukan hantum seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukannya. Batang leher Dato' Mukhriz dicekik sekuatnya. Apa nak jadi, jadilah!

Dato' Mukhriz yang panik mula keputusan udara. Kerongkongnya bagai disekat dengan sebongkah batu yang amat menyesakkan. Terkapai-kapai tangannya cuba melepaskan jari-jemari Luth yang masih mencekik. "Aku bagi masa kau dua puluh minit je untuk kau tarik balik benda tu. Aku tahu isteri aku masih sakit, aku dah tak cakap banyak... aku penggal sahaja kepala kau, faham?!!"

"Fa... Faham..."

Cengkaman terus dilepaskan. Membuatkan laluan udara di kerongkong Dato' Mukhriz kembali terbuka luas. Dia terbatuk-batuk. Nafas didada masih mencungap kuat dalam usaha menggantikan oksigen yang hilang sebentar tadi. Barulah terasa darahnya kembali mengalir lancar ke seluruh muka. Luth mendengus geram. Terus dia beredar meninggalkan restoran itu.


Continue Reading

You'll Also Like

414 168 13
It's not always about love but the way you declare the war. 𝔓𝔯𝔦𝔫𝔠𝔢𝔰𝔰 𝔖𝔢𝔯𝔦𝔢𝔰 𝔒𝔫𝔢 Start : 27 February 2024 Ends : (Cover by me, Ryeor...
3.2M 285K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
98.1K 3.9K 13
Terbitan, Suara Hati Publication. "Burung memerlukan sayap untuk terbang, dan begitu juga saya. Saya perlukan awak untuk bantu saya lihat keindahan I...
Al-Rumi By elvrosethrones

Historical Fiction

16.5K 2.2K 5
Asjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elv...