MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 38

27.4K 2.4K 528
By CIK_ZALIKHA

                       SETIBA di hadapan sebuah rumah papan, Hawa dan Luth keluar daripada perut kereta. Terlopong Luth melihat keluasan rumah itu yang jauh beza dengan rumah agam Tuan Haji Zamani. Kecil sungguh. Kalau orang bujang sesuailah duduk, tapi untuk berdua tidak tahu lagi bagaimana? Rumah papan kampung itu juga kelihatan berusang sedikit di luar. Mungkin kerana rumah itu sudah lama tidak dibersihkan. Takut juga nak duduk dalam rumah ni. Karang baru selangkah masuk ke dalam rumah, papan sudah runtuh.

"Elok lagi ke rumah ni? Macam hidup segan mati tak mahu sahaja?" soal Luth, was-was. Dia mencelek sedikit dinding rumah yang diperbuat daripada papan. Meninggalkan kesan kelabu dijarinya. Fuh! Berhabuk betul. Dia menoleh memandang Salmah yang berdiri di sisi suaminya.

"Tentulah okay lagi. Walaupun nampak macam nak runtuh tapi jangan risau, papan tu masih kuat." ujar Salmah.

"Aku tak kisah pun rumah ni macam mana, Sal. Cuma suami aku ni je yang mengada lebih! Biasalah, anak orang kaya kan?" ejek Hawa. Dia mengerling sekilas ke arah Luth. Luth mengetap bibir geram. Amboi! Sejak ada kawan bukan main berani dia mengutuk aku. Apa? Dia fikir aku ni tak boleh duduk dalam rumah macam ni ke?

"Hei, siapa cakap aku tak boleh duduk dalam rumah ni? Aku bukannya anak manja yang asyik nak duduk rumah mewah je! Eh, Salmah... Hawa ni memang suka mengutuk orang ek? Macam mana kau boleh kenal dengan orang gila ni?"

PAP!

Lengan Luth ditampar Hawa. Sampai hati dia cakap aku gila! Luth menjeling menyampah. Aku menjegilkan mata ke arah lelaki itu. Siapa yang mengutuk siapa sekarang ni?

Salmah ketawa kecil. Tergeleng kepalanya melihat gelagat sepasang suami isteri ni. "So sweet you guys. Untuk pengetahuan awak encik Luth, Hawa ni memang jenis happy sepanjang masa. Bab mengacau orang memang kerja dia dekat kampung dulu! Tak sangka sekarang kacau suami pula?"

"Eh, kau ni Sal! Aku tak macam tu lah." bidas Hawa. Malu pula apabila Salmah menceritakan dirinya yang sebenar. Baru nak control ayu depan suami sendiri. Luth mengangguk kepala.

"Kena sangatlah nama cicak tu dengan kau, kan? Tak sia-sia aku bagi kau nama tu. Asyik nak memekak aje." sinis Luth sambil dahi Hawa ditunjalnya, manja.

"Kauorang ni mesti sekepala, kan? Tengok dari gaya kauorang, nampak macam benci antara satu sama lain. Tapi dalam hati sebenarnya sayang."

"Sayang? Siapa sayang? Sayang cicak ni? Memang tak lah!" ejek Luth. Dia menjeling tajam ke arah Hawa, sebelum melangkah masuk ke dalam rumah papan itu. Hawa mengepal tangannya, kuat. Rasa nak tumbuk sahaja muka si suami tu! Bukannya nak sweet depan kawan aku, baru aku nak berlagak dapat suami kacak macam dia. Tapi menyesal pula!

"Ish! Kau tak payah nak layanlah dia tu Salmah. Otak dia memang macam tu. Mereng! Tak macam suami kau, baik je aku tengok. Asyik berkepit je dengan kau masa dalam kereta tadi. Jealous aku." puji Hawa dengan tersenyum senang.

"Aku dengar!!" jerit Luth daripada dalam rumah. Hawa mengatup mata sesaat. Tajam pula pendengaran Luth ni. Tahu pula nak cemburu bila aku puji suami orang lain. Heh! Hawa mendengus kecil.

"Tak apa, Hawa. Saya yakin suami awak tu cuma berlagak macho sahaja di hadapan awak. Tapi hakikatnya, dia sayang sangat-sangat. Kalau tak percaya, bila awak duduk dalam rumah ni dengan dia. Awak akan nampak diri dia yang sebenar. Trust me." celah Firdaus. Suami kepada Salmah. Dia melemparkan senyuman lebar kepada Hawa. Hawa ketawa kecil.

"Kenapa? Rumah ni ada magic ke sampai boleh buatkan Luth berubah?"

"Maybe like that. Semuanya akan terbukti bila awak jalani hidup dengan dia nanti. Selalunya, lelaki macam suami awak tu susah nak berenggang dengan isteri. Nampak je macam cool, tapi dalam hati ada taman juga." ujar Firdaus, dia ketawa senang.

Luth yang mendengarnya, terus keluar daripada rumah. Dipandang muka Firdaus penuh berlagak. Terus dia melangkah berdiri di sisi Hawa. "Hei, siapa cakap aku tak boleh berenggang dengan dia? Boleh je tadi aku tinggalkan dia."

"Then, kenapa kau datang balik ke sini dan berdiri rapat sebelah dia?" soal Firdaus apabila dia melihat Luth yang berdiri begitu rapat sekali dengan Hawa. Luth yang baru sahaja menyedarinya, terus berenjak ke tepi. Menjauhkan sedikit jaraknya dengan Hawa. Ceh! Dah kantoi pun nak berselindung lagi.

"Oh, sebelum aku lupa Hawa. Dalam bilik tu ada satu katil je tau. Cuma... katil tu saiz single. Mungkin tak muat kalau kauorang tidur berdua dekat atas. Tapi dalam almari tu ada tilam. Bolehlah salah seorang tidur dekat bawah. Tak pun nak lagi sweet, dua-dua tidur dekat lantai." ujar Salmah. Hawa mengangguk tanda faham.

Sekilas Firdaus menunduk memandang jam tangannya. Dia kembali mengangkat wajah menoleh ke arah Salmah setelah beberapa minit. "Sayang, abang rasa elok kita pergi sekarang. Kesian Zubir dekat rumah dengan Nek Kiah. Mesti mereka dah tunggu kita." ajak Firdaus.

Salmah mengangguk kepala. "Betul juga. Nasib baik abang ingatkan. Kalau macam tu, Kami minta diri dulu ya Hawa. Encik Luth. Semoga berbahagia dan selamat pengantin baru." ucap Salmah serta meminta diri untuk pergi. Dia dan Hawa berlanggar pipi terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Manakala Luth pula hanya menyalami tangan Firdaus dan mengucapkan terima kasih sebelum mereka beredar meninggalkan kawasan itu.

Hawa tersenyum lebar saat melihat kereta Proton yang semakin lama semakin jauh daripada pandangannya.

"Itu barulah suami yang sweet, bermanja dengan isteri. Bukan macam awak!" ejek Hawa. Sempat lagi dia menyakat Luth.

"Ha, baguslah! Pergi, pergi dekat suami kawan kau tu. Jadi madu dia! Biar aku jadi pengapit kau nak huh?!" sinis Luth, dia menolak-nolak tubuh Hawa seolah-olah memaksa Hawa pergi kepada lelaki bernama Firdaus itu. Jelas di mukanya penuh riak cemburu. Mujur Hawa sempat mengimbangi diri daripada terjatuh ke tanah. Ish! Aku gurau sikit pun nak sentap. Omel Hawa, geram.

Luth menjeling meluat. Tanpa berlengah, dia terus menanggalkan kasut sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Terhegeh-hegeh Hawa mengekornya daripada belakang. Di luar nampak berhabuk, tapi di dalam kemas dan teratur. Luth tersenyum senang. Tak perlulah mereka berkemas lagi kalau dalam dah bersih.

Serentak pandangan Hawa dan Luth berpaling ke kamar tidur yang luas terbuka. Hanya satu katil bersaiz single, satu bantal dan satu selimut. Perlahan-lahan Hawa dan Luth saling berpandangan. Mereka tersenyum menyenget. Beg pakaian yang di galas pada tubuh Luth di letakkan ke atas lantai bersama beg bagasi miliknya.

"Are you ready?" soal Luth begitu berlagak. Hawa mengangguk kepala dengan angkuh.

Satu...

Dua...

Tiga...

Terus mereka memecut laju ke arah katil. Siapa yang lambat naik ke atas katil, bermakna akan tidur di lantai.

"Saya nak tidur atas katil!" jerit Hawa, terus dia naik ke atas katil itu. Namun, Luth tidak mengalah. Dia menarik tubuh Hawa kembali turun ke bawah, dan dia pula yang merebahkan diri di situ.

"Aku suami, aku lebih layak tidur atas katil."

"Mana boleh macam tu? Awak kena kesiankan isteri! Turun!" Hawa menggunakan seluruh kudratnya menarik baju lelaki itu agar turun semula. Mak aihhh... banyak dosa sangat ke Luth ni sampai berat sangat aku nak tarik dia?

"Aku pun nak tidur atas katil! Kau fikir aku kena kesiankan kau je huh? Beg pakaian kau tu dah lah berat mengalahkan mak bapa gajah!"

"Ah, tak kira saya nak tidur atas katil! Ini rumah kawan saya kan?!"

"Habis kau tidur rumah mak aku, aku tak cakap apa pun? Dah, kau jangan kacau aku! Tepi! Lepaskan baju aku!" jerit Luth.  Tanpa sengaja dia menolak Hawa sehingga jatuh terjelepok ke atas lantai. Hawa mengerang sakit. Dia buat-buat seperti menggosok kakinya yang kononnya terseliuh, padahal tak sakit mana pun. Sengaja ingin menarik perhatian Luth agar turun daripada katil. Luth yang tadinya baring dengan bahagia, terus cemas. Dia pantas turun mendapatkan Hawa.

Dia menyentuh kaki Hawa yang terseliuh, mencari jika ada bengkak di situ. "Sakit ke Hawa? Ya Allah, aku minta maaf. Sumpah aku tak sengaja Hawa. Sakit sangat ke? Aduh, kenapalah aku bodoh sangat bergaduh dengan kau disebabkan katil je. Aku tak fikir pula apa yang akan jadi. Sepatutnya aku mengalah je dengan kau. Aku betul-betul minta maaf, Hawa." rayu Luth, serba-salah.

Hawa tersenyum menang. Cepat terpedaya juga si Luth ni kan?

"Tipu je!" ejek Hawa dengan menjelir lidah, lalu terus dia mencuri peluang naik ke atas katil. Ketawa besar punya sebab dapat baring dekat atas katil. Luth mengetap bibir geram. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kuat. Dia memusing tubuh memandang Hawa yang dengan bangganya merebahkan diri di situ.

"Sampai hati kau kan tipu aku? Kau ingat aku main-main ke risaukan kau?" soal Luth, dingin. Geram apabila ditipu oleh Hawa. Kalau betul-betul terseliuh tadi macam mana? Nak terkeluar jantungnya apabila Hawa mengerang sakit saat tadi. Luth berpaling ke lain. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Merajuk!

"Alaa... awak merajuk ke? Maaflah..." keluh Hawa. Dia pula yang serba salah sekarang. Lantas, Hawa kembali turun daripada katil. Kedua belah tangannya melekap di muka Luth, lalu menarik muka lelaki itu memandangnya. Hawa mengukir senyuman lebar.

"Yalah. Saya minta maaf. Awak tidurlah atas katil. Mesti penatkan awak usung beg saya tadi? Pergilah." ujar Hawa. Dia mengalah. Perlahan-lahan tangan Hawa yang melekap di wajah lelaki itu jatuh ke bawah. Namun, tangan Luth lebih pantas  menahan tangan Hawa agar terus menyentuh mukanya. Hawa tergamam sejenak dengan tindakan Luth. Kini anak mata mereka saling bertentangan. Ada debaran halus yang muncul secara tiba-tiba. Tertelan air liur Hawa dibuatnya. Kenapa pula dengan Luth ni?
Ya Allah, makin laju pula jantung ni berdegup.

"Kita tidur sama-sama dekat lantai, nak?" cadang Luth secara tiba-tiba. Alamak, kenapa suara dia betul-betul mengusik jiwa aku malam ni? Lembut dan menggoda. Jarang sekali dia bersuara macam ni. Boleh gugur jantung.

"Err...." Hawa terus melarikan anak matanya ke lain.

"Saya boleh je. Tak kesah, tapi kalau awak tak selesa tidur atas lantai nanti awak naiklah at... atas katil." ujar Hawa, tergetar-getar. Entah mengapa jantung Hawa berkocak hebat. Lantas, tangan Luth ditepisnya perlahan. Menjauhkan tangannya daripada menyentuh muka Luth. Anak matanya melilau ke segenap bilik, pura-pura mencari tilam sedangkan dia tahu ia berada di dalam almari.

"Awak duduklah dulu, saya nak hamparkan tilam sekejap." pamit Hawa. Dia terus melangkah ke arah almari, mengeluarkan tilam yang sudah dilipat kemas di situ. Luth tidak hanya tercegat, malah dia tolong mengangkat tilam itu apabila melihat Hawa yang sukar menariknya keluar kerana berat. Hawa tergamam sejenak. Dia menoleh memandang Luth yang hanya mengangkat tilam itu seorang diri.

"It's okay, I will help you because you are my wife." ujarnya. Terkelu Hawa mendengarnya. Terasa longlai lututnya apabila Luth berkata begitu. Mujur ada almari yang boleh ditahan dengan tangannya agar tidak jatuh pengsan ke bawah. Wah! Betul kata Firdaus, rumah ni memang berhantu sampaikan Luth yang perangai mengalahkan singa jantan pun boleh bertukar menjadi seekor anak kucing. Ini baru separuh hari pertama, belum hari-hari yang akan mendatang selepas ini lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 2.1K 20
"Apa awak buat ni?" -Hanez Hemilia "Nothing. Just want to save the face of the girl who spilled her Milo into my shirt. So I can easily recognize you...
116K 5.6K 21
Terbitan, Suara Hati Publication. "Politic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you." - Haydar Black Dunia memandang su...
489K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
7.9K 835 75
Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop ni! ✨ Batch 1- CLOSED Batch 2- CLOSED Bat...