MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 33

26.8K 2K 805
By CIK_ZALIKHA

                            ARGHH!!!" Shahidah menjerit sekuat hati. Dia mencapai apa sahaja yang berada berdekatan dengannya. Pasu bunga atau apa sahaja barang perhiasan di hadapan matanya, di baling sesuka hati. Semuanya hancur berkecai. Kusyen yang berdekatan dengannya di ambil dan di campak merata-rata.

Datin Hanis dan Dato'Mukhriz hanya terkaku melihat perbuatan anaknya yang serupa hilang akal. Timbul rasa simpati di dalam hati Datin Hanis melihat pinangan untuk yang pertama kalinya ditolak mentah-mentah oleh calon pilihan Shahidah sendiri.

"Tak guna punya jantan! Kau lebih pilih perempuan tak bermaruah tu daripada aku? Sudahlah miskin! Tak sedar diri yang dia tu cuma pembantu rumah sahaja. Ada hati nak ambil hati Luth? Pergi mampuslah kau Hawa!!" terjerit-jerit Shahidah seperti orang gila. Puas! Memang puas apabila dapat melepaskan segala yang terbuku di hati. Makin dipendam, semakin sakit jiwa dan raganya.

Datin Hanis menggeleng kepala sambil dia mengatur langkah menghampiri Shahidah. Kedua belah bahu anaknya dipegang lalu ditarik menghadap ke arahnya. "Bawa bertenang, Sha. Banyak lagi lelaki lain yang mama dengan papa boleh carikan. I'm promise."

"Ah!" tangan Datin Hanis ditepisnya kasar. Tersentak Datin Hanis dengan tindakan Shahidah.

"Sha tak nak orang lain. Sha nak Luth! Please, apa-apa cara sekalipun Sha tak kesah tapi Sha memang dah suka dekat dia, ma. Sha nak dia jadi suami Sha, tolonglah!"

"Tapi Luth sukakan orang lain. Kalau papa paksa dia kahwin dengan Sha sekalipun, hati dia mungkin akan tetap pada orang yang dia sayang. Sha takkan tak rasa cemburu?" celah Dato' Mukhriz. Shahidah berpaling memandang bapanya pula. Dia mendecik kecil. Sayang? Suka? Luth sayang pada Hawa? Cis! Sikit pun aku tak percaya. Dia mungkin rasa simpati sahaja pada perempuan perasan bagus tu! Aku yakin sangat, ciri-ciri kewanitaan tiada pada Hawa tu. Hanya ada pada aku seorang. Cuma Luth sahaja yang buta mata, tak tahu nak menilai yang mana lebih bagus!

"Tak." Shahidah menggeleng kepala.

"Dia tak sayangkan perempuan tu, I know it. Itu semua alasan sahaja untuk dia tolak pinangan Sha!"

"Kalau bukan dia sayang sekalipun, dia tetap tak nak pada Sha. Sha kena terima semua tu. Papa tak nak Sha kahwin dengan orang yang langsung tak cintakan Sha."

"Kenapa pula tak boleh cintakan Sha? Mama dengan papa pun kahwin tanpa mengenali antara satu sama lain kan? Boleh je papa cintakan mama. Macam itu juga dengan Sha."

"Mama dengan papa memang tak kenal sebelum berkahwin. Tapi papa tak bencikan mama. Papa memang ikhlas terima mama, buka terpaksa macam yang Sha buat sekarang ni." sampuk Datin Hanis pula.

Shahidah tersenyum sinis. "Ah, whatever. Either way, I still want Luth to be my husband."

"Tapi Sha..."

"Mama dengan papa kena buat lelaki tu terima Sha. Kalau mama dengan papa sayang Sha, mama kena tunaikan permintaan ni." tegas Shahidah. Masih belum mengalah. Dia tahu, orang tuanya tidak akan menolak apa-apa pun permintaan daripadanya. Sejak kecil lagi dia dimanjakan. Jadi inilah peluang besar untuk Shahidah menggunakan kedua orang tuanya untuk mendapat lelaki yang dia mahukan.

Datin Hanis dan Dato'Mukhriz terdiam. Mereka berpaling memandang sesama sendiri. Tidak mahu tidak, demi membuktikan bahawa mereka menyayangi Shahidah, mereka harus juga menerima permintaan itu. Dato'Mukhriz mengangguk kepala setelah beberapa minit dia mendiamkan diri.

"Baiklah. I will do everything you want, because you are my princess."

Tersenyum senang Shahidah mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut bapanya. Lantas, dia berlari memeluk tubuh Dato' Mukhriz dengan erat.

"That's why I love you so much, pa."















                                 DULANG berisi dua gelas air Milo ais diletakkan ke atas permaidani berwarna hitam. Sementara Luth pula sedang mengutip serpihan kayu daripada meja kopinya yang terpatah akibat tendangannya tadi, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Sudahlah kemas tu. Kejap lagi biar saya sahaja yang kemas. Tadi kata dahagakan? Minumlah dulu. Karang kalau dah cair ais tu tak sedap pula. Encik tu dah lah mengada lebih!" ujar Hawa. Sempat lagi dia menyelit ejekan di situ. Tatkala anak mata Luth pula masih meliar ke segenap lantai biliknya, mencari serpihan kayu kecil yang masih tertinggal. Takut-takut jika ada serpihan halus dan tajam di situ. Kalau dia terpijak tak mengapa, tapi kalau Hawa yang memijak. Itu parah bagi Luth.

"Hei, cicak kau sabar boleh tak? Kalau ada serpihan tajam dekat lantai ni macam mana? Siapa yang susah kalau terpijak? Aku juga..."

"Eleh... siapa suruh encik tendang meja tu sampai patah? Asal mengamuk je ada sahaja barang nak dipukul. Kesian perabot dalam bilik ni jadi mangsa. Tak boleh bercakap pun kena belasah juga." ejek Hawa.

Luth menjeling tajam ke arah Hawa. "Kau diam sekejap boleh? Karang tak perabot aku tendang, kau juga yang aku tendang sampai terpelanting keluar daripada balkoni." gertaknya. Luth menjuling anak mata ke atas, menyampah. Kerja membebel sahaja minah ni. Apa kurangnya dengan aku, kan? Sama sahaja. Dia kembali menunduk ke lantai, mencari serpihan kayu yang masih belum dijumpai. Dia pasti, masih ada yang belum dikutip.

Hawa menjeling meluat. "Ceh! Nak tendang aku konon? Macamlah dia sanggup nak buat macam tu..." gumam Hawa, perlahan. Cukup untuk dia sahaja yang mendengarnya. Sekilas anak matanya turut bergerak-gerak mencari serpihan kayu di lantai. Kesian pula melihat Luth cari seorang diri.

"Ha! Jumpa!" jerit Hawa. Aku pula yang gembira dapat menjumpai serpihan kayu yang dicari-cari. Ia berada di bawah meja solek milik lelaki itu. Kecil sahaja. Kalau terpijak, mungkin akan menusuk ke kulit. Ah, mesti menyakitkan! Tanpa banyak bicara, Hawa terus menunduk mengutipnya.

"Jangan!" halang Luth.

PAP!

Tangan Hawa yang memegang serpihan kayu itu terus ditampar oleh tangan lelaki itu. Spontan Hawa melepaskannya kembali. Dia mengaduh sakit. Ish! Rasa nak tumbuk sahaja mamat ni.

"Aduh... Awak ni kenapa? Saya tolong pun salah ke?"

"Jangan sentuh barang aku. Duduk diam je dekat situ, biar aku yang kutip! Tak faham bahasa betul. Aku tumbuk karang tak pasal-pasal rongak!" herdik Luth. Terus dia membongkokkan tubuhnya mencapai serpihan kayu yang terakhir lalu dibuang ke dalam tong sampah. Hawa mencebik bibir. Semua benda tak boleh buat, habis apa gunanya aku dekat dalam bilik dia ni?

Luth tersenyum puas memandang segenap ruang biliknya yang kemas dan teratur. Dia menepuk-nepuk tangan seolah-olah membersihkan kotoran yang terlekat pada tangan sebelum melangkah mendekati Hawa yang berdiri di atas permaidani.

"Sudah, boleh duduk." ujarnya. Hawa tersenyum gembira. Akhirnya, boleh juga aku melabuh punggung setelah lama berdiri. Lantas, mereka pun sama-sama melabuh punggung di atas permaidani gebu itu. Kedua belah kaki Luth dilunjurkan ke hadapan, dia lebih selesa duduk dengan posisi seperti itu berbanding bersila. Manakala Hawa pula duduk dengan posisi bersimpuh di sisi Luth. Kenalah ayu sedikit dengan lelaki. Takkan nak duduk cara gangster pula.

"Finally. I can rest..." ucap Luth sambil dia mengatup mata buat beberapa minit. Dia bersandar pada katil yang berada di belakangnya. Nafas ditarik panjang, lalu dihembus perlahan.

"Nah, air. Saya buat special dekat awak." ujar Hawa. Dia mencapai segelas air Milo ais lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Luth kembali membuka mata. Dia tersenyum lebar.

"Thanks." gelas itu capainya. Dia menoleh ke arah dulang yang berisi satu lagi gelas air Milo, lalu diambilnya dan diserahkan kepada Hawa. Hawa terpempan sejenak. Matanya berkedip memandang Luth. Huluran gelas itu teragak-agak untuk dicapai.

"Apa ni?"

"Minum dengan aku. Sebab tu aku suruh buat dua."

"Eh, tak apalah. Saya dah minum banyak sangat air dekat dapur ta..." Hawa terhenti saat Luth menjeling tajam ke arahnya. Nampak sangat dia nak aku minum. Hawa tersengih nampak gigi. Tanpa banyak soal, terus dicapai huluran gelas Milo itu.

"Aku suruh minum je pun, bukannya aku suruh kau telan bom atom! Melainkan kalau... kau letak sesuatu dalam air ni."

"Ish, buat apa saya nak buat macam tu? Tak ada faedah pun lah."

"Aku tahu. Aku cakap sahaja yang kau nak terasa lebih kenapa? Sudah, minum air tu!" herdik Luth. Hawa mencebir bibirnya. Manalah tahu kalau dia anggap aku berniat jahat. Tapi untuk apa aku sabotaj dia? Langsung tiada manfaat. Setelah membaca bismillah, air itu terus diteguk perlahan-lahan.

Membulat mata Hawa saat melihat Luth meneguk air itu sehingga habis. Aku baru minum separuh dia dan teguk sampai licin gelas tu. Sah! Dia ni memang perut air.

"Cepatnya awak minum."

"Kalau sedap aku minum sampai habis. Pandai kau buat. Tak manis, tak tawar. Serba perfect. Tapi..." kata-kata Luth terhenti sejenak. Dia memandang gelas kosong di tangan.

"Macam ada rasa lain sikit."

"Mungkin sebab saya terlebih susu cair kot?" Hawa bantai sahaja meneka kekurangan air itu. Entahlah, setahu aku semuanya diletakkan dengan cukup. Tiada yang terlebih atau mungkin aku yang terlepas pandang semasa membuat kerja.

Luth menjongket bahu. Tak kisahlah, janji sedap. Luth meletakkan semula gelas kosong itu ke atas dulang. Begitu juga dengan Hawa. Air yang diminumnya ditinggalkan separuh. Tak larat untuk teguk sekaligus. Lagipun, dia memang dah minum air di dapur tadi.

"Tak sangka betul, kan? Awak berani tolak pinangan Shahidah. Saya ingatkan awak akan terima bulat-bulat macam dalam drama." ujar Hawa. Mula membuka topik untuk dibualkan. Luth tergelak kecil. Dia berpaling memandang Hawa.

"Kenapa? Kau fikir aku akan terima?"

"Mungkin. Sebab awak kan baik dengan Puan Kalsum. Saya tengok tadi Puan Kalsum macam berkenan aje dengan Shahidah tu. Jadi saya ingat awak akan terima dia demi mak awak."

"Aku takkan terima kalau aku tahu dia tak mampu bahagiakan aku." Ujar Luth.
Hawa mengangguk faham. Yalah. Perkahwinan bukan satu benda yang mudah. Bagaimana nak teruskan membina rumahtangga jika pasangan tidak memberi kasih sayang yang sama rata? Tapi, macam mana agaknya kalau aku jadi macam Shahidah? Mesti mamat ni terkejut beruk sebab orang gaji sendiri masuk meminang. Hawa ketawa seorang diri.

Luth mengerut kening. Pelik melihat Hawa yang tiba-tiba sahaja ketawa. "Kenapa kau ketawa?"

"Tak adalah... saya cuma terfikir macam mana kalau saya yang masuk meminang awak? Mesti awak terkejut, kan? Tapi tulah, saya akan datang seorang diri sahaja sebab saya dah tak ada keluarga yang lain." ujar Hawa dengan ketawa mengekek. Malah Luth pula hanya tersenyum senang mendengarnya. Dia menunduk ke bawah, memandang jari-jemari yang mula tidak duduk diam mencubit antara satu sama lain.

"Mungkin... aku akan terima."

Hawa berhenti ketawa. Dia tergamam sejenak. Betul ke apa yang aku dengar ni? Lambat-lambat dia menoleh ke sisi memandang Luth.

"Huh?" Hawa Kebingungan.

"Aku..." Luth menelan air liur. Entah mengapa tubuhnya mula terasa kurang selesa. Sekejap dia menggeliat, sekejap dia membetulkan posisi duduknya kepada bersila. Tubuhnya juga sudah berkeringat panas. Dia mengibas leher bajunya berkali-kali.

Berlapis dahi Hawa memandangnya. "Awak kenapa?"

"Entahlah. Aku rasa macam..." Luth tidak tahu bagaimana ingin menceritakannya. Yang dia tahu sekarang, dia tidak boleh duduk diam. Dia harus bergerak supaya jiwanya tidak terasa perasaan misteri ini.  Seluruh geloranya sudah naik.

Tak sampai beberapa minit, Hawa pula yang terasa seperti khayal. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Disaat dia memandang segenap ruang bilik itu, dia terasa berpinar-pinar. Hawa menggeleng kepala berkali-kali. Sebelah tangannya sudah naik memicit kepala.

"Kau pula kenapa?" soal Luth, risau.

"Sa... Saya pening."

"Pening?" Luth semakin pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja mereka terasa begini? Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Terus matamu menyasar kepada air Milo yang berada di atas dulang. Punca air itukah mereka terasa perasaan ini?

"Kau pasti ke kau tak ada letak apa-apa dalam air tu?" soal Luth, cemas. Ah, tubuh aku dah rasa semakin tak selesa. Seolah-olah mengajak untuk ke arah yang buruk. Luth menggeleng kepala. Tak! Aku tak boleh buat semua tu. Dia menampar wajahnya berkali-kali agar tersedar setiap kali memikirkan tentang perkara itu.

Hawa menggeleng kepala menafikannya. "Saya tak letak apa-apa. Cuma... Cuma saya ada pergi tandas sekejap tadi. Takkanlah..."

"Malik." muncul nama itu dibibir Luth. Ya, ini mesti kerja Malik! Tak lain tak bukan dia mahu aku keluar daripada rumah ni dengan melanggar syarat yang Tuan Haji Zamani pernah arahkan kepada mereka sebelum membawa Hawa masuk ke dalam rumah. 'Jika terjadi sesuatu pada Hawa, antara Malik atau Luth yang bakal dihalau keluar dan tidak layak memiliki satu sen pun hartanya.' itulah syaratnya.

Luth menggeleng kepala. Aku takkan biarkan benda tu terjadi! "Bangun, Hawa. Kau kena keluar daripada bilik aku!" arahnya, tegas. Dia masih cuba mengawal perasaannya yang sudah membuak-buak ke arah yang hina. Tanpa berlengah, Luth terus berdiri. Kedua belah lengan Hawa dipegangnya, memapah wanita itu untuk bangun.

Terhuyung-hayang Hawa cuba berdiri dengan stabil. Pandangan matanya juga semakin kabur. Kepala turut berputar-putar, kepeningan. Dalam hati sudah berzikir, mengharapkan rancangan Malik itu gagal.

"Argh!" tubuh Luth semakin lemah. Tak mampu menampung tubuh wanita itu untuk dibawa menuju ke pintu keluar. Tak semena-mena tubuh mereka rebah bersama ke atas katil. Tak berdaya tangan Hawa untuk menolak tubuh Luth daripada menghempap dirinya. Dia hanya mampu menggeleng kepala.

"Tolong jangan Luth..."

"Aku cuba, Hawa. Kau jangan takut. Aku takkan apa-apakan, kau. Kau jangan risau ek?" bisik Luth dengan nafas yang tercungap-cungap. Sedaya-upaya dia cuba melawan perasaan sendiri, namun semakin lama dia rasa tertewas juga. Sesekali dia cuba untuk menjauhkan diri daripada menghempap tubuh wanita itu, tetap gagal.

"Aku tak boleh... Aku tak boleh..." berkali-kali Luth mengulangi ayat itu. Dia menggeleng kepala. Seluruh jiwa terasa lemah.

"Kepala saya makin pening, awak..."

"Yes, I know. Tak apa, aku cuba Hawa. Aku cuba takkan sentuh kau. Kau jangan takut. Jangan takut Hawa..." Luth telan air liur ke sekian kali. Dahinya sudah berpeluh berlawan dengan nafsu sendiri. Tolonglah! Keluarkan perasaan ni daripada tubuh aku. Aku tak nak Hawa benci aku. Please Luth, wake up! Jangan sesekali kau sentuh dia, Luth! Kau boleh lawan, kau boleh! Jeritnya di dalam hati.

Malangnya, ia tetap tewas. Kedua belah tangan mencengkam selimut dengan kuat. Anak matanya merenung sayu ke dalam mata kuyu Hawa. Dia menggeleng kepala dengan kecewa. "I'm sorry, I can't.  I can't control myself anymore. I'm weak."



Continue Reading

You'll Also Like

346K 356 2
2021. *** "Let the case of the story begins!" ACE Series ni satu cerita bersiri yang.... Gila. Gila dari segi watak dan peranannya. Watak yang kau ju...
18.7K 969 12
HIGHEST RANKING: #1 in action-thriller (28/10/2020) #1 in romance (7/1/2021) #2 in fiksyen (9/2/2021) #5 in suspens (28/10/2020) ****** NOVEL INI SUD...
3.9K 2.1K 20
"Apa awak buat ni?" -Hanez Hemilia "Nothing. Just want to save the face of the girl who spilled her Milo into my shirt. So I can easily recognize you...
Al-Rumi By elvrosethrones

Historical Fiction

16.5K 2.2K 5
Asjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elv...