MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

由 CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... 更多

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 32

26.2K 2K 584
由 CIK_ZALIKHA

                        SIAP! Milo ais air tangan Hawa sudah siap dibancuh. Acewahh! Berangan pula aku ni? Buat air sahaja bukannya buat benda susah pun. Hawa ketawa sendiri. Dia meletakkan dua gelas Milo ais ke atas dulang untuk di bawa ke bilik Luth. Namun, langkahnya terhenti serta-merta apabila terdengar jerkahan Tuan Haji Zamani daripada tingkat atas. Ini semua sebab minah pekak tadi tu! Gara-gara peminangan tidak masuk akal ini, Luth diherdik oleh bapanya kerana menolak.

Teruk jugalah Luth kena membebel sehingga terdengar suara Tuan Haji Zamani sampai je tingkat bawah. Betapa kuatnya dia menjerit kepada Luth. Aduhai, kasihannya...

Hawa mengeluh kecil. Dia meletakkan semula dulang berisi air Milo itu ke atas meja. Sekilas dia menjenguk ke tingkat atas, takut pula untuk hantar air ini ke bilik Luth. Takut-takut, kemarahan Tuan Haji Zamani sehingga mencampakkan air Milo ini ke wajah anaknya sendiri. Hawa pantas menggeleng kepala.

"Tak boleh... Tak boleh... baik aku tunggu dulu dekat sini." gumamnya. Dia menarik satu kerusi di meja makan lalu melabuh punggung di situ.

"Pelik jugakan Luth ni? Perempuan cantik macam Shahidah pun dia boleh tolak mentah-mentah. Mesti buah hati dia lagi cantik daripada minah pekak tu. Tapi... Setahu aku Luth tak ada pun kawan perempuan. Setiap masa dia dengan aku. Pukul satu pagi pun, dia call aku bukan teman wanita dia. Hmm..." Hawa bermonolog sendirian. Entah mengapa dia masih lagi belum melupakan tentang wanita misteri yang sudah menawan hati lelaki itu. Hebat sangatkah dia? Cinta sangatkah Luth terhadap dia? Terlampau banyak soalan yang bermain di fikiran Hawa saat ini yang tak mampu untuk dia rungkaikan sendiri.

"Takkan perempuan tu aku pula? Ish, kau ni Hawa... bab berangan memang nombor satu! Mamat tu siap panggil kau cicak kobeng lagi. Takkan lah dia suka kau? Padahal, orang lain kalau dah suka panggil sayang, baby, bucuk-bucuk manja... paling kurang pun 'awak'. Ini tidak, dia bercakap dengan aku pun ber 'kau', 'aku'. Ish, tak romantik langsung!" beleter Hawa lagi. Kalau bab romantik, lelaki itu memang kalah! Tapi, jika caring. Ya. Itu memang Luth Mikail. Betapa gembiranya hati aku apabila dapat tahu dia sanggup terjun daripada balkoni semata-mata nak kejar si perogol tu. Seolah-olah sama seperti cerita puteri Rapunzle pula yang terperangkap di dalam sebuah istana, dan muncul seorang hero yang berani menyelamatkannya biarpun harus berlawan dengan seekor naga dahulu. Oh, caring betul!

"Aduh!" Hawa mengaduh sakit saat perutnya terasa mengulas. Kedua belah tangannya menekan perut. Berkerut wajahnya menahan sakit.

"Sakit perutlah pula. Sempat lagi kot aku pergi tandas? Lagipun, bapa Luth pun tak habis membebel lagi." desis Hawa. Tanpa berlengah, dia terus beredar ke arah bilik air yang berada bersebelahan dengan dapur. Dua gelas Milo ais dibiarkan sahaja di atas meja.

Setelah memastikan kelibat Hawa menghilang, Malik melajukan langkahnya turun daripada anak tangga. Sampai sahaja di ruang tengah, dia terus melencong ke dapur. Segaris senyuman sinis terbentuk di bibir saat melihat dua gelas air Milo berada di atas meja. Pasti itu untuk Luth. Sekilas dia memandang kiri dan kanan, memastikan tiada siapa yang berada di situ.

Lantas, dia mengeluarkan paket kecil berisi serbuk putih lalu dituangkan sedikit ke dalam dua gelas air Milo itu. Sudu teh yang berada di atas kabinet dicapainya, lalu dikacau sedikit supaya tidak serbuk itu terlarut ke dalam air.

"Bukan main kau kejar aku semalamkan Luth? Kau nak sangat perempuan tu, kan? Sekarang, aku akan bagi dekat kau. Minum air puas-puas, sebab selepas ni kau takkan jejakkan lagi kaki kau ke dalam rumah ni." gumamnya. Dia tersenyum jahat. Setelah habis dikacau, dia kembali membasuh sudu teh itu dan diletakkan ke tempat asal. Tanpa berlengah, dengan pantas dia berlari meninggalkan dapur saat terdengar pintu bilik air dibuka.










                             “ABAH tengah cakap dengan kamu, Luth! Kamu jangan sampai abah hilang sabar dengan perangai tak tentu hala kamu tu!!" jerkah Tuan Haji Zamani, kuat. Dihentak tongkat ke lantai, menunjukkan amarahnya yang semakin membuak-buak. Berombak dadanya apabila melihat Luth yang hanya menayang muka tidak bersalah. Boleh duduk di atas sofa sambil membaca buku seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Puan Kalsum sudah berlinangan air mata. Digosok-gosok belakang tubuh suaminya agar bersabar. Namun, perbuatan itu langsung tak memberi kesan apa-apa kepadanya. Dia tidak sanggup melihat Luth sering diherdik oleh bapa sendiri. Kalau sehari sahaja kena marah, itu mungkin boleh dikawal. Tapi kalau tiap-tiap hari menerima makian, Luth pun mungkin boleh jadi hilang akal dan bertindak lebih bahaya.

Malah, jerkahan Tuan Haji Zamani langsung tidak diendahkan. Luth masih lagi leka membaca buku tentang tokoh usahawan. Tuan Haji Zamani mendengus geram.

"Luth Mikail bin Haji Zamani!!" nama penuh Luth disebut dengan nada tinggi. Ah, aku tak boleh tahan lagi. Terus buku tokoh usahawa itu dicampakkan ke lantai dengan kasar. Tersentak Tuan Zamani melihat. Dia lantas bangkit daripada sofa.

"Kau nak apa?! Kau nak suruh aku terima perempuan tu? Kenapa aku kena terima dia? Sebab dia pilihan kau huh?!"

"Aku abah kau, kau sepatutnya dengar cakap aku!!"

"Oh, dengar cakap kau? Habis selama ni ada kau ikut cakap aku? Ada kau tunaikan hasrat aku yang nak tahu punca kematian adik sendiri huh?!" bentak Luth, nafasnya mula turun naik.

"Ini langsung tak ada kena mengena dengan arwah Sumaiyah! Kenapa kau nak kaitkan tentang kes adik kau setiap kali kita bergaduh? Itu sahaja ke alasan kau untuk lawan cakap aku, huh?! Aku nak kau kahwin dengan Shahidah sebab dia terbaik untuk kau! Supaya kau jadi orang beriman, tak menyetan macam sekarang!!"

"Haih... orang tua ni memang nak kena dengan aku!" jerit Luth. Dia mula menunjukkan amukan dengan menyepak meja kopi di sebelahnya hingga terpatah dua. Puan Kalsum menjerit kecil, terkejut. Sebelah tangannya pantas menekup mulut. Jujur, ini bukan Luth yang sebenar. Mungkin tahap kesabaran Luth sudah menipis gara-gara tertekan dengan Tuan Haji Zamani.

"Sabar aku tinggal sikit sangat sekarang ni. Sekali lagi kau bersuara, aku koyakkan mulut kau! Kau fikir kau siapa nak tentukan hidup aku?! Kalau aku tak nak perempuan tu, maknanya aku tak nak! Kau tak ada hak nak paksa-paksa aku kahwin dengan dia!" 

"Hei, kau ni memang tak reti nak hormat orang tua ke? Kau sedar sikit siapa yang besarkan kau selama ni!" sampuk Malik, dingin. Baru sahaja muncul di bilik Luth, apabila mendengar Luth terjerit-jerit seperti orang hilang akal.

Luth tersenyum sinis. Ini lagi seorang!

"Kau..." Luth menunding jari ke arah Malik, penuh dengan gaya tidak puas hati.

"Kau pun sama sekepala dengan orang tua ni. Kalau tak dia bela kau, kau pula yang akan bela dia. Kenapa ek? Korang ni ada pegang rahsia antara satu sama lain ke macam mana huh? Tu! Dekat dahi tu. Lain macam sangat bentuk luka tu. Kau ke mana ya semalam?"

Malik terdiam sejenak. Terkulat-kulat dia memandang ke arah Tuan Haji Zamani dan Puan Kalsum yang turut menoleh ke arahnya. Cis! Dia sengaja nak perangkap aku ke apa?

"Hei, cakap tu biar elok sikit! Memang tiap-tiap malam aku tak ada dekat rumah. Aku buat amal kebajikan dekat surau, bukan macam kau! Luka dekat dahi ni pun sebab aku bergurau dengan Hawa."

Luth menjuih bibirnya. Hendak tergelak dia mendengar jawapan yang keluar daripada Malik.

"Buat amal kebajikan ke.... atau puaskan segala nafsu serakah kau?" soal Luth, dia menjongketkan kedua belah keningnya ke atas. Malik tergamam.

"Lagi satu, bergurau dengan Hawa? Selama aku kenal Hawa, Hawa tak pernah lagi bergurau sampai nak hempuk kepala orang guna batu lesung. Melainkan kalau kau ada cuba nak sentuh dia."

"Luth! Kau jangan nak tuduh abang kau bukan-bukan!" cantas Tuan Haji Zamani.
Malik menunduk menikus memandang lantai. Cuak sudah! Kini hatinya berdebar ketakutan.

"Malik." panggil Luth, dingin dengan riak muka yang tegang. Malik kembali mengangkat wajahnya memandang lelaki itu. Kini mata mereka saling berbalas pandangan tajam.

"Sebelum kau nak sentuh Hawa, baik kau langkah mayat aku dulu. Jangan bagi aku yang langkah mayat kau."

"Kau langsung tak ada bukti nak tuduh aku buat benda bukan-bukan pada perempuan tu!"

Luth mengangguk kepala. "Ya. Memang aku tak ada bukti lagi. Tapi bila cukup bukti dekat tangan aku, just wait and see. Bila-bila masa aku boleh lupa yang aku ni manusia." gertak Luth. Tertelan air liur Malik mendengarnya. Dia tahu, Luth bukan seorang yang bermain dengan apa yang dia luahkan. Kalau bunuh, dia pasti akan bunuh orang itu tak kira siapa orangnya!

"Kau memang kurang ajar! Dengan abang sendiri pun kau tak hormat! Kau lebih sanjung perempuan yang aku tak pernah tahu mana asal usulnya daripada keluarga sendiri! Kau memang lelaki tak berguna! Menyesal aku jaga kau daripada kecil sampai ke besar. Dah besar macam ni, jadi kurang ajar pula!" herdik Tuan Haji Zamani.

Luth tersenyum menyenget. Dia mengangguk kepala berkali-kali dengan angkuh. "Yes. Because she's always trust me."

"Opocot!" Hawa terlatah saat dulang yang dipegangnya hampir jatuh terkena lantai. Mujur dia sempat mengimbangkan diri daripada air Milo ais itu tertumpah. Terasa longlai lutut apabila dia terdengar Luth berkata begitu. Serentak pandangan mereka tertoleh ke arah Hawa yang tercegat di hadapan pintu bilik.

Hawa tertunduk malu. Aduh, kacau privasi rumah tangga orang sahaja aku ni!

"Semua keluar daripada bilik ni. Aku nak rehat." arah Luth. Puan Kalsum mengangguk faham. Ya. Dia pun rasa mereka harus memberi ruang untuk Luth merehatkan fikirannya.

"Sudahlah, abang. Malik. Jangan ganggu Luth lagi. Bagi dia rehat dulu. Mungkin dia tak sengaja tinggikan suara sebab terlampau tertekan." ujar Puan Kalsum. Luth tersenyum senang mendengarnya. Daripada dulu sampailah sekarang, hanya Puan Kalsum sahaja yang akan memahaminya. Terima kasih, mak. Getus Luth di dalam hati.

Malik menjeling tajam ke arah Hawa dan Luth silih berganti. Tanpa membuang masa, dia terus beredar meninggalkan bilik Luth.

"Mari, bang." ajak Puan Kalsum. Lengan suaminya dipaut erat, menarik lelaki itu mengekornya menuju ke ruang tamu yang berada di tingkat bawah. Meninggalkan Hawa dan Luth sahaja.

"Errr... mungkin saya pun kena pergi. Encik nak rehat, kan? Selamat merehatkan diri." ucap Hawa, tergesa-gesa. Dia menunduk hormat sebelum melangkah kaki ingin meninggalkan bilik lelaki itu. Namun, Luth terlebih dahulu menarik tudung belakangnya.

"Ah, aduh!"

"Siapa yang bagi kau keizinan untuk kau tinggalkan aku? Masuk!" herdik Luth. Hawa mencebik bibir.

"Kata nak rehatkan diri? Lagipun, awak dah tendang meja tu sampai terpatah dua! Macam mana saya nak letak dulang ni?"

"Memanglah aku nak rehatkan diri. Tapi... dengan kau." ujarnya. Diperlahankan sedikit ayat hujungnya. Hawa mengerut kening. Kurang jelas mendengarnya.

"Apa dia?"

"Ish, masuk je lah! Jangan nak beri banyak alasan. Letak je dekat atas lantai. Kita duduk bersila!" ujar Luth dingin. Lantas, tudung Hawa dilepaskan perlahan-lahan. Dia menunding jari, menunjuk ke arah karpet bulu yang berwarna hitam. Tempat untuk mereka duduk sekejap lagi. Hawa mengangguk kepala. Tidak mahu tidak, kenalah juga teman si mamat singa ni. Kecut perut juga aku nak melawan selepas tengok dia tendang meja kopi tadi. Boleh tahan garang juga. Aumm!

"Baiklah, Encik Luth...."






继续阅读

You'll Also Like

7.9K 835 75
Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop ni! ✨ Batch 1- CLOSED Batch 2- CLOSED Bat...
75.6K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
489K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
42.3K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...