MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 31

26.1K 2.1K 460
By CIK_ZALIKHA

                     “ABANG, sakitlah!" rengek Shahidah. Lelaki ini memang tak berhati perut langsung! Dengan Hawa bukan main baik lagi layanannya. Kalah tuan puteri diberi kasih sayang. Kalau aku, macam ahli sihir pula dilayan. Semasa dekat rumah anak yatim Murni pun sama, luka dekat dahi sedikit pun. Luth dah menggelabah bagai nak rak pada perempuan tu. Ish! Tak adil betul!

Sampai sahaja di hadapan kolam renang, pergelangan Shahidah dilepaskan. Luth mengatup mata dalam beberapa saat, mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan tenang. Dia cuba untuk mengawal emosi daripada menjerkah tindakan Shahidah. Memang, kalau boleh dia hendak memaki betul-betul di hadapan muka wanita itu. Nak dijerit sepuas-puasnya betapa bodohnya tindakan wanita itu yang berani menghantar rombongan meminang. Tetapi dia tidak sampai hati. Lagipun, Shahidah juga wanita yang dia harus hormati sama seperti Hawa.

"Sampai hati abang, kan? Tangan Sha melecur pun, abang boleh pula utamakan Hawa? Padahal baju dia cuma basah je! Tak seteruk apa yang abang buat pada Sha!"

"Hey..." Luth memusing memandang Shahidah. Ditunding jari tepat ke muka lelaki itu dengan gigi yang terkacip-kacip geram.

"Apa masalah kau ni huh? Hantar rombongan meminang secara tiba-tiba, kau tak malu ke?"

"Kenapa Sha nak malu? Sha cuma buat benda baik, bukannya benda buruk pun! Sha sukakan abang, salah ke kalau Sha nak abang jadi yang halal buat Sha sampai bila-bila?" soal Shahidah, bengang.

Salah itu memang tidak, tetapi sekurang-kurangnya bincanglah dulu dengan tuan empunya badan! Ini main sergah, kau fikir kahwin itu suatu benda yang kecil untuk dibuat main? Luth menggeleng kepala. Sebelah tangannya meraut wajah buat seketika. Dia mengeluh kecil.

"Benda tu tak salah. Cara kau je yang salah. Kau langsung tak berbincang dengan aku, kau langsung tak tanya tentang perasaan aku!"

"Perasaan? Untuk apa Sha fikir tentang perasaan? Bila-bila masa sahaja perasaan manusia boleh berubah. Sama juga dengan, abang."

Ish! Tak reti bahasa betul perempuan tak tahu malu ni. Getus Hawa. Dia berdiri di belakang pintu gelangsar sambil memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Perlakuannya tak ubah seperti seorang penghendap upahan. memang bizzy body betul tentang orang lain!Telinga dipasang dengan rapi, ingin mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas. Walaupun tak ada kena mengena dalam kes tersebut, namun perasaan di dada tetap bergolak.

Luth menggeleng kepala. Dia tidak tahu lagi bagaimana cara ingin menerangkan perasaannya terhadap wanita itu. I just want to say I don't like you! Tetapi perkataan itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya.

"Suruh mak bapak kau balik sekarang." arah Luth. Tegas.

"Tak nak!" Bidas Shahidah. Masih lagi menangkan dengan dirinya sendiri. Dia tetap mahukan Luth! Selagi tak dapat, selagi itu dia akan terus mengemis cinta biarpun kelihatan hina.

"Kenapa dengan kau ni? Suruh mak bapak kau balik sekarang, aku takkan terima pinangan ni!"

"You have to! Sha cintakan abang, Sha suka dekat abang! You have to trust me. Sha janji, Sha akan buat abang bahagia sampai abang takkan pandang perempuan lain lagi dalam dunia ni. Percayalah, bang..." tangan kanan lelaki itu ditariknya. Cuba untuk memujuk. Lantas, Luth menepis. Dia pantas berundur setapak ke belakang.

"Don't touch me! Aku tak suka kau sentuh aku. Tolonglah... suruh keluarga kau balik. Batalkan semua ni. Please."

"Kenapa? Kenapa abang benci sangat bila Sha sentuh abang? Habis orang gaji tu boleh pula abang sentuh dia macam dia itu isteri abang! Sampaikan sanggup teman dekat hospital tanpa sesiapa pun suruh. Kenapa dia boleh, dan kenapa Sha tak boleh?!"

"Sebab... Sebab..." Luth cuba untuk meluahkannya, namun ia sukar. Ada satu perasaan yang hadir apabila dia bersama Hawa. Pelik tapi ia sangat membahagiakan. Apabila wanita itu berada di sisinya, dia sentiasa berasa tenang. Dapat melindungi Hawa, seolah-olah dia dapat melindungi nyawanya sendiri.

"Ah, itu semua tak penting!" dia batalkan sahaja niat untuk meluahkan perkataan itu.

"Tapi yang perlu kau tahu, aku tak suka kau. Aku tak setuju langsung tentang pinangan ni. Kau belah dada dan berikan aku hati kau sekalipun, aku takkan terima!" bentak Luth.

Shahidah menggeleng tidak percaya. Ini bukan Luth... ini bukan Luth... berkali-kali dia mengulangi ayat itu di dalam hati. Susah sangatkah permintaannya untuk dikabulkan oleh lelaki itu? Hanya cinta yang dia mahukan, tidak pada benda lain yang lebih berharga.

"Kita kenal terlampau sekejap. Kau tak tahu aku siapa, dan aku pun tak kenal kau seratus peratus. Kau lebih kenal Malik, pergi sahaja pada dia kalau kau betul-betul nak sangat berkahwin! Kau pujuklah berjuta kali sekalipun, aku takkan terima."

"Tapi Sha tak cintakan dia."

"Then, same with me. Aku pun tak cintakan kau."

"Tapi bila dengan abang, Sha boleh bertahan. Sha tak kesah kalau kita bercinta selepas nikah. Abang pernah dengarkan, bila bercinta selepas nikah itu lebih membahagiakan? Sha nak benda tu, abang. Sha nak cintakan abang selepas nikah, dan Sha pun nak abang cintakan Sha semula."

Aduh. Rasanya aku kena pergi korek telinga minah pekak ni. Sudah Luth kata tak nak, tak naklah! Main paksa memaksa pula. Dia ingat cinta tu macam main ping pong ke? Bila dibaling, akan disambut semula? Ish, aku pula yang geram! desis Hawa di dalam hati. Ditumbuk pintu gelangsar itu berkali-kali dengan perlahan. Kang tak pasal-pasal kantoi aku curi-curi dengar perbualan mereka, aku juga yang akan dihumban masuk ke dalam kolam renang oleh Luth!

"Aku takkan boleh cintakan kau."

"Kenapa?"

"Sebab aku cintakan orang lain!" finally. Terluah juga kata-kata itu. Shahidah tergamam. Begitu juga dengan Hawa yang mendengarnya.

Wah! Ada buah hati rupanya mamat ni. Tapi kenapa aku tak pernah tahu? Lagipun, selama aku duduk di dalam rumah ni, tak pernah lagi aku nampak dia keluar dengan mana-mana perempuan. Ish, pelik! Ke... dia sengaja cakap macam itu supaya Shahidah tinggalkan dia? pening kepala Hawa memikirnya. Aku seperti polis pula yang membuka kertas siasatan untuk mencari jawapan yang sebenar.

"Si... Siapa?" soal Shahidah, dengan gigi yang terkacip geram. Berani betul wanita misteri itu merampas hati Luth! Kedua belah tangannya sudah dikepal, kuat.

"Kau tak perlu tahu pun."

"Sha, nak tahu siapa perempuan tu?!"

"Kenapa kau nak tahu? Dia tak ada kena mengena pun dengan kau! Aku takkan sesekali libatkan dia dalam hal ni. Dia langsung tak bersalah. Aku tahu, kalau aku bagitahu kau tentang dia kau akan cari dia sampai lubang cacing. Dan aku takkan biarkan benda tu terjadi. Aku takkan biarkan sesiapa sentuh dia walau hujung jari sekalipun!"

Shahidah menepuk tangan. Sengaja menunjukkan lagak. Kepala digelengnya berkali-kali memandang Luth. Hebat! Memang hebat!

"Ini mesti Hawa, kan?"

Eh? Aku juga yang dilibatkan! Hawa mengetap bibir geram. Tak pasal-pasal dia juga yang dilibatkan ke dalam cerita mereka.

"Jangan sebut nama dia!" keras Luth memberi amaran.

"Yes, she is! I know it! Abang tolak cinta Sha sebab perempuan tu! Wow, tak sangka... tak sangka betul. Tak sangka yang taste abang dekat perempuan yang abang jumpa dekat kelab malam!!"

"Hey!!" tangan Luth naik ingin menampar wajah wanita itu, namun ia terhenti apabila mengesyaki sesuatu. Tergamam terus Shahidah. Membulat mata memandang tangan yang masih berada di atas. Tunggu masa sahaja dihayun ke wajahnya. Air liur ditelan kesat.

"Macam mana kau tahu Hawa daripada tempat tu?" soal Luth, pelik. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke bawah semula. Setahunya, dia tidak pernah lagi memberitahu sesiapa tentang tempat asal wanita itu. Yang tahu cuma dia dan Hawa sahaja. Takkanlah Hawa sendiri yang cerita? Mustahil!

"Heh, untuk apa Sha bagitahu pada abang? Nampak sangat abang cuma kesahkan tentang Hawa. Dah memang terbukti dia yang dah rampas abang daripada Sha."

"Hei, aku tak main-main dengan kau!" seluruh tubuh Luth menggeletar marah. Leher baju Shahidah dicekak geram. Turun naik nafas Luth saat ini dengan muka ketatnya.

"Tell me... macam mana kau tahu pasal hal ni?"

"Wau! Sayang sungguh abang pada dia ya? Sampai sanggup nak pukul Sha."

"I'm serious, now!"

"Sha, takkan bagitahu abang. Untuk pengetahuan abang, Sha tahu siapa yang yang nak rogol Hawa. Tapi Sha takkan bagitahu, sebab dia dah rampas abang daripada Sha."

"Kau jangan cabar aku..."

"Cuma Sha nak cakap pada abang yang abang takkan dapat Hawa sebab lelaki tu akan rebut Hawa dahulu sebelum abang. Hawa pun mesti kenal dia. Cuma dia tak nak bagitahu mungkin sebab dia takut kena bunuh dengan lelaki tu? Heh, siapa yang kisah kalau dia kena bunuh, kan? Senang sikit Sha nak ambil abang semula nanti." sinis Shahidah begitu berani. Kedua belah tangan Luth direntap kasar sehingga melepaskan leher bajunya. Shahidah tersenyum sinis. Lantas, dia beredar meninggalkan Luth seorang diri di hadapan kolam renang.

Terpinga-pinga Hawa berlari semula ke dapur apabila melihat Shahidah sudah mengatur tapak ke arahnya. Cepat-cepat pisau pemotong sayur di capai bersama pucuk paku. Buat-buat seperti sibuk menyiapkan makan petang. Setelah kelibat Shahidah, sudah menghilang daripada pandangan. Hawa menghembus nafas lega. Dia berhenti memotong.

"Nasib baik tak kantoi..." gumam Hawa, lega.

"Lain kali kalau nak ikut masuk campur, berdiri dekat sebelah aku. Tak payah nak terjenguk-jenguk macam kura-kura! Dasar cicak kobeng!" celah suara garau itu. Hawa tersentak. Pantas dia memusing ke belakang memandang Luth yang menjeling tajam ke arahnya. Lah! Mamat ni perasan ke yang aku skodeng mereka tadi? Hawa tersengih nampak gigi.

"Ma... Maaf. Tak sengaja." Ceh! Tak sengaja apa kalau mendengar perbualan mereka daripada A sampai Z? Aduh, kau ni Hawa nak menipu pun agak-agaklah.

Luth menjuling anak mata ke atas. Meluat. Tipulah macam mana sekalipun, dia tetap boleh baca daripada riak muka Hawa. Tapi dia hanya mengendahkan sahaja. Sampai bila-bila pun Hawa takkan mengaku yang dia curi-curi mendengar perbualan mereka. Memang mak cik bawang sungguh!

"Suka hati kau lah. Aku tak kesah pun kau dengar ke tak. Sekarang ni aku dahaga. Buat air Milo untuk aku. Buat dua cawan dan hantar ke bilik macam biasa."

"Du... Dua?" perut air ke mamat ni sampai minum dua cawan? Ah, lantak dialah nak minum berada cawan sekalipun. Sibuk sahaja aku ni!

"Err... Encik nak panas ke sejuk?"

"Sejuk. Karang kalau panas tertumpah dekat tangan kau payah pula. Tak pasal-pasal jadi cacat seumur hidup. Selepas tu apa? Happy sebab dapat parking ticket OKU dekat mall huh?" bebel Luth. Hawa mengecilkan sedikit matanya. Geram sungguh aku dengan mamat ni! Cakap ajelah nak aku berhati-hati, ini tidak! Perli je kerja memanjang. Sabar sahajalah duhai hati.

Hawa menarik nafas yang panjang, lalu dibelanya perlahan. Segaris senyuman lebar diukirnya terpaksa.

"Baiklah, encik. Sepantas kilat saya buatkan air. Kejap lagi saya hantar ke bilik ya, encik?" ujar Hawa, penuh sopan dan lemah lembut. Luth mengangguk kepala. Dalam hatinya sudah berdegup kencang saat Hawa bersuara dengan lembut. Tetapi dia masih lagi dengan riak muka berlagak. Tanpa banyak bicara, dia terus melangkah pergi meniti anak tangga menuju ke tingkat dua.

Continue Reading

You'll Also Like

266K 27.7K 10
Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya bertukar menjadi kes pembunuhan satu keluarga. Hanya dirinya yang terselamat. Satu d...
3.7M 29.1K 12
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sah...
3.3K 130 19
Mengisahkan seorang pelajar (Dahlia) yang menyukai musik dan seorang yang aktif. Malah Dahlia mempunyai seorang stalker berjaya yang mengetahui semua...
850 128 30
Biodata Ezril Hayyan umur 22 tahun darah kacukan, tinggi 185 kulit hitam manis / sawo matang mata warna biru laut and of course hensem anak kepada No...