MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 28

24.8K 2.1K 661
By CIK_ZALIKHA

SETIBA sahaja di hadapan pagar rumah agam Tuan Haji Zamani, Luth menolak pintu kereta kemudian terus ke pagar. Walaupun kemarahan cuba ditahan, namun seluruh kulit mukanya sudah terasa panas dan berpijar. Lebih geram lagi apabila dia melihat Pak Mail, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah ini boleh tertidur di dalam pondok guard. Suasana di dalam rumah pula kelihatan gelap gelita dan sunyi seperti semua orang sudah tertidur. Macam mana mereka semua boleh biarkan Hawa duduk dalam bilik tu dalam keadaan ketakutan? Dan lebih menyakitkan hati, takkan lah mereka tidak menyedari kehadiran si perogol Jahanam tu!

"Hei, Pak Mail!!"

Pak Mail yang terlena terus tersentak. Terpinga-pinga dia memandang sekeliling, mencari si pemilik suara yang menjerkah memanggil namanya. Apabila dia menyedari kehadiran Luth di hadapan pagar, lintang-pukang dia berlari ke sana.

"Tu... Tuan Luth, bukan ke Tuan sepatutnya dekat hospital sekarang?"

"Hei, kerja kau sebagai apa ek dalam rumah ni? Pengawal, kan?! Macam mana kau boleh tertidur sampai biarkan orang pecah masuk rumah ni?!"

"Pe... Pecah masuk? Ma... Mana ada..."

"Buka pagar ni! Aku kata buka!!" Luth menjerit-jerit seperti orang hilang akal. Tak cukup dengan suara yang melengking, digoncang pula pagar besi itu sekuat hati. Pagar yang statik tak bergerak membuatkan api kemarahannya kian marak.

Dan Pak Mail pula masih kaku tak bergerak. Tak tahu sama ada ingin membukanya atau pun tidak. Kalau dapat tahu pada Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani yang Luth lari daripada hospital, tentu dia juga yang akan dimarahi kerana tidak membawa Luth pulang semula ke sana.

"Hei, kau pekak ke?! Aku kata buka! Kau jangan sampai aku panjat pagar ni, dan aku pecahkan muka kau! Buka!!"

Pak Mail mengeluh kecil. Dia tiada pilihan lain lagi. Kepala diangguknya berkali-kali. "Baik, Tuan. Sekejap." pamitnya. Lantas, dia beredar ke pondok guard untuk mengambil kunci. Alat kawalan pagar yang memang disangkut bersama rantai kunci kereta terus ditekan. Tatkala pintu pagar besar itu terlapang luas, sepantas mungkin Luth meluru masuk ke halaman rumahnya.

"Bagi duit pada teksi tu!" sepintas lalu sahaja Luth mengeluarkan arahan. Pengawal itu mengangguk kepala tanda menurut perintah. Sampai sahaja di hadapan pintu, jari-jemari Luth pantas menekan kata laluan yang berada dibawah tombol pintu. Lantas, pintu itu pun terbuka dengan sendirinya.

"Hawa!" jerit Luth, kuat. Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia meniti anak tangga dengan laju menuju ke tingkat atas. Sampai sahaja di hadapan bilik Hawa, pintu itu diketuknya berkali-kali.

"Buka pintu ni Hawa! Buka!!" dengan kasar Luth memulas tombol pintu itu, malangnya ia terkunci kemas daripada dalam. Luth semakin gelisah. Kedua belah tangannya mencengkam rambutnya.

"Arghh!!" dia menjerit sekuat hati. Geram betul!

Luth menggeleng kepala. Dia tiada cara lain lagi selain menendang pintu itu.

DUM!!

Sekali tendang sahaja terus ia ternganga luas. Membeliak biji mata Luth apabila melihat Hawa sudah terbaring di atas lantai. "Hawa!"

Dia pantas berlari mendapatkan Hawa. Tubuh Hawa ditarik rapat ke arahnya. Diletakkan kepala wanita itu ke atas paha, manakala sebelah tangan lagi menampar pipi Hawa berkali-kali dengan perlahan.

"Hawa, bangun Hawa! I'm here now! Buka mata!" rayunya begitu resah sekali. Nafas di dada Luth juga menderu kencang. Seperti terlalu cemas, kalut dan sungguh risaukan tentang Hawa. Sekilas pandangan dijatuhkan ke arah kedua belah tangan Hawa yang tercalar jelas gara-gara dicengkam kuku di perogol tadi.

"Kurang ajar!" Anak mata Luth melilau memandang sekeliling. Diperhatikan ruang bilik itu, mencari sesuatu yang tidak kena. Ya! Sliding door di bilik Hawa terbuka dengan luas. Pasti si perogol itu sempat melarikan diri melalui pintu kaca itu.

"Luth? Sejak bila kamu balik? Apa dah jadi ni?" soal Puan Kalsum terpinga-pinga. Lampu bilik yang berada di tepi pintu ditekannya. Mencerahkan bilik yang tadi gelap gelita. Terkejut Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani saat melihat Hawa yang terbaring pengsan di atas pangkuan Luth. Mereka pun baru sahaja bangun daripada lena apabila terdengar pintu seolah-olah ditendang seseorang tadi.

"Dia lari..." gumam Luth.

Kening Tuan Haji Zamani berkerut, kurang jelas mendengarnya. "Apa dia Luth? Apa yang jadi sebenarnya?"

"Dia mesti ada dekat luar lagi!" Luth terus melepaskan Hawa. Lantas, berlari menuju ke arah balkoni. Jeritan daripada Tuan Haji Zamani yang memanggil namanya langsung tidak dipedulikan. Anak mata Luth meliar ke sekeliling halaman rumahnya. Dia sempat menangkap figura seorang lelaki yang memakai baju hitam, berlari tergesa-gesa ke arah belakang pagar halaman rumah mereka. Luth mendengus tidak puas hati.

"Woi!!" jerkah Luth. Tanpa berlengah, terus dia melompat turun daripada balkoni tingkat dua. Kali ini, dia akan pastikan perogol itu takkan terlepas!
Apabila kaki sudah menjejak ke tanah, terus dia memecut menghambat si durjana tadi. Aksi kerja-mengejar itu sampai ke jalan raya. Penat, memang penat. Tapi dia takkan beri peluang lagi! Ini dah semakin melampau!

"Berhenti!!" jerkah Luth memberi amaran. Namun, lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkannya. Teksi yang lalu di jalan raya, pantas di tahan oleh perogol itu. Lekas dia masuk ke dalam kereta itu, lalu memecut dengan pantas meninggalkan Luth yang masih terhegeh-hegeh mengejarnya di belakang. Larian Luth semakin lama semakin bergerak perlahan. Termengah-mengah dia membongkokkan tubuhnya mengambil nafas kepenatan.

"Sial betullah!" sinis Luth. Batu kecil yang berada di tanah disepak menunjukkan rasa ketidak puasan hatinya. Kalau aku dapat tahu siapa si perogol tu, memang aku akan kerjakan dia sampai mampus! Luth mendengus geram. Teksi itu pun sudah berlaku pergi, jika dikejar sekalipun hanya sia-sia sahaja.

"Hawa..." gumam Luth. Hatinya kembali resah apabila teringatkan tentang wanita itu. Tanpa berlengah, dia kembali berlari menuju ke rumah agam Tuan Haji Zamani.








"UNTUK kali kedua, dia datang ke sini lagi! Luth tak peduli, Luth nak buat report polis!" ujarnya, dingin. Kepala digeleng berkali-kali sambil kedua belah tangannya mencekak pinggang. Aku dah fade up dengan semua ni. Dulu Sumaiyah, sekarang Hawa pula? Itu dah melampau! Sangat-sangat melampau!

Sekilas dia memandang ke arah Hawa yang masih lagi terbaring di atas katil pesakit. Wanita itu tidak menyedarkan diri sejak tadi. Dia harap, tiada benda serius yang berlaku kepada Hawa. Kalau tidak, sampai ke lubang cacing aku cari mamat tu!

"Abah tak setuju." bidas Tuan Haji Zamani.

Luth mengerut kening. Puan Kalsum juga turut terkejut dengan bantahan suaminya. Mereka serentak menoleh ke arah Tuan Haji Zamani yang duduk di atas sofa panjang yang tersedia di dalam bilik pesakit ini.

"What?"

"Lagipun, Hawa cuma pengsan. Dia bukan kena rogol lagi." ujar Tuan Haji Zamani. Luth ternganga dengan mata yang berkedip-kedip memandang orang tuanya. Baru sekejap tadi hatinya tenang sekejap, sekarang amarahnya kembali memuncak.

"Memang! Memang dia tak kena rogol lagi, tapi dia hampir kena rogol! Kau nak tunggu dia hilang dara baru nak pergi report polis huh?! Apasal bodoh sangat kau ni?!" bentak Luth geram. Terlampau bengang sehingga tidak boleh menahan mulutnya daripada memaki. Separuh kesabarannya sudah hilang. Makin sakit kepala otak aku dibuatnya. Tegang sahaja muka Luth memandang lelaki tua itu.

Tuan Haji Zamani spontan bangkit daripada duduk di atas sofa. Dia berdiri betul-betul di hadapan Luth. "Dia bukannya keluarga kita. Yang kau sibuk sangat nak ambil berat tentang dia kenapa?"

"Yes! Dia memang bukan keluarga kita. Tapi walau apa pun terjadi, kita tetap kena bertanggungjawab! Kenapa? Kau nak tutup report macam mana kau buat pada arwah adik aku huh?"

"Jaga sikit mulut kau Luth! Abah tak pernah ajar kau jadi kurang ajar macam ni!!" jerkah Tuan Haji Zamani. Bibir diketapnya geram.

Segaris senyuman sinis terbentuk di bibir Luth. Dia menggeleng kepala.

"Aku tak kurang ajar. Kau yang buat aku jadi macam ni. Daripada dulu sampai sekarang, kerja kau asyik pentingkan diri sendiri! Bila dapat anak kurang ajar macam aku, kau mula salah diri aku huh? Kau tak sedar ke yang kau punca aku jadi syaitan macam ni adalah sebab dapat bapak macam kau!!"

PANG!!

Terus melayang tangan kiri Tuan Haji Zamani tepat ke muka Luth. Puan Kalsum tersentak. Lantas dia menarik lengan Luth merapatinya. Pipi Luth yang merah menyala digosok-gosok penuh kasihan. Jatuh air mata Puan Kalsum melihat pentengkaran antara anak dan bapa sendiri.

"Ya Allah, cukuplah bang... jangan buat anak kita macam ni."

"Hei, awak ajar sikit anak awak ni untuk hormat saya! Sekali lagi, kau tinggikan suara dekat aku, aku sendiri akan arahkan dekat abang kau untuk hantar perempuan ni balik ke tempat asal dia!" bentak Tuan Haji Zamani. Menggertak Luth dengan amarannya.

Terkacip-kacip gigi Luth menahan geram. Kedua belah tangannya dikepal kuat. Dia memandang Tuan Haji Zamani dengan pandangan tajam. Perlahan-lahan tangan Puan Kalsum ditepisnya. Luth mengangguk kepala.

"Malik lagi... lagi-lagi nama tu yang kau asyik pentingkan daripada aku."

"Luth, sudahlah..." pujuk Puan Kalsum.

"Engkau..." Jari ditunding ke muka Tuan Haji Zamani.

"Engkau memang bapak tak guna. Aku menyesal dapat abah macam kau. Kalau betullah dia baik, kalau betullah dia malaikat dalam keluarga kita... mana dia sekarang?!! Kau tunjuk dekat aku mana jantan tu, sekarang! Sejak aku balik daripada hospital tadi, sikit pun aku tak nampak kelibat dia. Ke mana ya? Entah-entah... perogol yang aku cari selama ni abang sendiri."

"Luth!!" sekali lagi tangan Tuan Haji Zamani naik ingin menampar wajahnya. Tetapi tangan Luth lebih pantas, mencengkam lengan orang tua itu dengan kuat. Tuan Haji Zamani tersentak.

"Dengar sini baik-baik orang tua... kalau aku dapat tahu kau bersubahat dengan Malik semata-mata nak jaga nama baik dia, just wait and see. Kepala siapa yang aku akan gantung dekat depan pagar rumah agam kau tu!" ugut Luth. Tertelan air liur Tuan Haji Zamani mendengarnya.

"Jangan cabar aku!" terus tangan orang tua itu ditolaknya. Membuatkan tubuh Tuan Haji Zamani terenjak sedikit ke belakang. Luth menjeling ke tepi. Lantas mengatur langkah ke arah kerusi yang berada di tepi katil pesakit, lalu melabuh punggung di situ. Dia menarik selimut menutupi hingga ke paras dada.

Tuan Haji Zamani mendengus kecil. "Sudahlah, mari kita balik Sum! Biarkan dia jaga perempuan tu." degusnya. Lantas tangan isteri ditariknya beredar meninggalkan bilik sakit itu. Meninggalkan Luth bersama Hawa.

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 29.1K 12
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sah...
77K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
48.1K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
116K 5.6K 21
Terbitan, Suara Hati Publication. "Politic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you." - Haydar Black Dunia memandang su...