MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 18

24.8K 2K 402
By CIK_ZALIKHA

HAWA membawa langkah menuju ke kabinet yang terbina luas di tepi dinding. Setelah siap menyiapkan hidangan makan petang, terdetik pula untuk mengemas di sudut galeri yang memaparkan beberapa keping gambar yang diletakkan di dalam bingkai kaca lalu digantungkan pada dinding. Ada juga beberapa gambar yang hanya diletakkan sahaja pada kabinet sebagai hiasan kenangan mereka. Kepala Hawa sedikit terdongak memandang satu bingkai gambar yang amat besar. Ia terletak paling atas. Gambar keluarga lengkap mereka. Pasti ini gambar lama. Kerana dia lihat Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani sedang mendukung anak kecil mereka di hadapan laut yang luas. Ketika itu mungkin Luth baru sahaja berusia 5 tahun, manakala Malik pula berusia 6 tahun.

Hawa menunduk pula memandang bingkai gambar yang tersusun kemas di atas kabinet yang di isi dengan majalah harian. Entah mengapa, dia rasa tertarik dengan gambar seorang gadis yang memakai kaca mata. Nampak seperti nerd. Tetapi dalam tangan gadis itu memegang segulung ijazah yang membanggakan.

"Cantiknya perempuan ni..." puji Hawa, tangannya mencapai bingkai gambar itu. Wajah di dalam bingkai kaca itu diusapnya lembut. Memang cantik orangnya. Seorang gadis berkulit putih, mempunyai anak mata berwarna hazel pekat. Apabila dia tersenyum, kelihatan lesung pipit di wajah gadis itu. Sungguh manis.

"Itu Sumaiyah." sampuk Puan Kalsum, sedikit menyentakkan Hawa yang leka merenung gambar gadis itu. Dia pantas menoleh ke sisi, memandang Puan Kalsum yang turut melihat gambar yang berada ditangannya.

"Sumaiyah?" soal Hawa, kurang jelas mendengar nama yang disebut Puan Kalsum tadi.

Puan Kalsum mengangguk kepala mengiyakannya. "Iya. Sumaiyah. Anak mak cik yang nombor tiga. Cantikkan? Muka dia ada iras-iras seperti Hawa sedikit. Bila mak cik lihat muka kamu, pasti mak cik akan teringatkan tentang Sumaiyah." ujar Puan Kalsum dengan senyuman mekar di bibir. Namun, disebalik senyuman yang tampak membahagiakan terselit seribu satu duka yang disembunyikan.

Hawa mengerut kening. "Jadi, mana dia sekarang?"

"Dia dah tak ada. Dah lama dia pergi tinggalkan keluarga kami. Dia lah satu-satunya adik yang Luth paling sayang. Sampaikan... waktu dia dapat tahu Sumaiyah dah tak ada. Dia menjerit sekuat hati dia dalam rumah ni. Dia kesal sebab tinggalkan Sumaiyah seorang diri waktu dia nak jumpa dengan kawan-kawan dia untuk buat assignment. Tapi nak buat macam mana, kan? Allah lebih sayangkan dia. Dia mungkin lebih bahagia dekat sana." ujar Puan Kalsum. Tanpa sedar, air matanya turut bercucuran mengalir apabila mengenangkan kembali kisah pahit itu.

"Apa yang jadi dekat arwah Sumaiyah?" soal Hawa, lagi. Entah mengapa dia tiba-tiba rasa ingin tahu tentang kematian gadis ini.

"Dia kena rogol dan meninggal disebabkan tikaman pada perut. Berlaku pendarahan yang banyak sampaikan doktor tak sempat lagi nak selamatkan keadaan Sumaiyah waktu itu."

"Astaghfirullah hal azim... kena rogol? Habis mak cik dengan pak cik tak buat report polis ke?"

"Suami mak cik dah buat report polis. Tapi... dia tarik balik report tu. Mak cik pun tak tahu sebab apa? Mak cik ada cuba tanya dia, tapi pak cik tak nak jawab. Itu sebab lah hubungan Luth dengan pak cik tak berapa nak erat. Dia tak puas hati sebab pak cik biarkan sahaja kes siasatan rogol tu tutup. Luth ingatkan yang ayah dia sengaja tutup kes sebab nak jaga nama baik keluarga. Tapi entahlah... mak cik pun tak tahu sebab apa suami mak cik buat macam ni. Apa-apa pun, mak cik reda dengan pemergian Sumaiyah."ujar Puan Kalsum, panjang lebar dia menceritakan perkara sebenar. Hawa pula terangguk-angguk mendengarnya. Patutlah aku tengok Luth dengan Tuan Haji Zamani jarang bertegur sapa dalam rumah ni. Rupa-rupanya ada kisah silam yang pernah membelah hubungan baik mereka.

Puan Kalsum tersenyum kelat. Dia pantas mengelap semua air mata yang mengalir membasahi pipinya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar agar diri kembali kuat dan tenang. "Tak apalah, Hawa. Hawa sambunglah buat kerja. Mak cik nak pergi rehat dekat atas."

"Baik, Mak cik." Hawa mengangguk kepala. Setelah Puan Kalsum beredar, Hawa masih lagi berkeluh-kesah di situ. Hatinya benar-benar runsing entah kenapa. Biarpun rumah ini besar dan di kawal ketat oleh pengawal di luar pagar rumah. Ianya masih lagi tidak selamat. Mana tidaknya, diri sendiri pun sudah tidak selamat dek kerana ada malaun bertanduk si Malik tu. Jika kematian Sumaiyah pun Tuan Haji Zamani boleh diamkan sahaja, bagaimana pula kalau aku pula yang menjadi mangsa seterusnya di dalam rumah ini? Adakah mayat aku alang hilang sahaja seperti Sumaiyah? Pantas Hawa menggeleng kepala.

"Makin mengarut kepala otak aku ni... baik aku pergi sambung kerja lagi bagus." gumam Hawa. Dia meletakkan semula bingkai gambar itu ke atas kabinet majalah. Baru sahaja dia hendak memusing ke belakang, terkejut Hawa apabila dia melihat figura Luth tiba-tiba sahaja berada tercongok di belakangnya.
Matanya yang tadi kuyu terus terbuka luas. Kedua belah tangan Hawa melekap di dada. Merasakan jantung yang mula mengepam laju.

"Ya Allah... awak ni terkejut saya!" herdik Hawa. Nasiblah aku ni muda lagi. Tiada penyakit jantung. Kalau tidak, mati dek kerana mamat ni sahaja.

Luth menjeling menyampah. Dia berpaling wajah ke arah lain. Kening Hawa berkerut pelik. Entah mengapa dia rasa seperti ada yang tidak kena pada lelaki ini. Hawa mengecilkan sedikit matanya. Baru dia perasan, bebola mata lelaki itu agak sedikit kemerahan seperti baru lepas menangis. Hidung lelaki itu juga turut bertukar merah.

"Encik menangis ke?"

"Buatkan aku Ramen selepas tu hantar ke bilik. Bawa sekali dengan air susu dan air suam." Cantasnya, laju tanpa memandang muka wanita itu. Takkan aku nak biarkan dia lihat muka macho ini menangis? Oh, no! Jatuh reputasi aku sebagai lelaki paling Hot di mata dia nanti.

Hawa tayang muka meluat. Sajalah tu nak mengelak daripada menjawab. Hawa tersenyum menyenget. Dia menunding jari tepat ke muka Luth. "Encik menangis, kan? Eeiii... tak malu. Muka garang tapi dalam hati ada taman. Awak menangis sebab apa?"

"Hei, kau ni memang mak cik bawang yang berjaya ek? Suka sangat nak korek cerita aku? Bila masa aku menangis?" soal Luth, dingin. Dia kembali memandang Hawa. Bibir diketapnya, geram. Hawa tergelak kecil. Mata dah merah menyala macam budak tak dapat mainan, boleh pula dia tanya aku bila masa dia menangis?

"Tu! Mata tu!" Hawa memuncungkan bibirnya, menunjuk ke arah sepasang mata Luth yang memerah.

"Ni bukan menangis. Ni di sebabkan tadi ada pak cik tu dia jual bawang dekat aku. Tapi aku tak nak beli. Dia marah, jadi dia tonyoh bawang tu dekat muka aku. Itu yang merah menyala." bohong Luth. Jangan haraplah aku nak ceritakan hal sebenar. Nampak sangatlah aku ni anak manja nanti. Selepas tu, bolehlah minah ni mengejek aku.

Hawa menjuih bibir. "Encik punya nak membohong sampai saya pun boleh terbang tahu tak? Ni mesti awak bergaduh dengan pak cik Zamani kan? Kan?"

"Eh, kau jangan sibuklah! Itu hal aku dengan bapak aku. Karang ada yang makan siku dekat sini tak pasal-pasal kena tahan dekat hospital tiga hari dua malam!" gertak Luth, bengang. Dia mengacah-acah ingin menyiku mulut wanita itu. Tubuhnya sahaja sudah tegap dan maskulin, ini kalau dilayangkan siku ke mulut Hawa. Mahunya setahun jadi bisu! Luth mendengus geram. Dia melemparkan pandangannya ke lain.

Hawa mencebik bibir. Kecil sahaja pandangannya memandang lelaki itu. Eleh! Ingat dia aje ada siku, aku pun adalah! Hawa menjeling anak mata ke atas. Dia tarik nafas dalam-dalam, lalu dihembus keluar. Sabar sajalah.

"Saya ada masak makan petang. Encik nak tak? Kalau nak saya nak pergi sendukkan." soal Hawa, dia mula mengalih topik mereka. Kini dia kembali kepada status kerjanya sebagai orang gaji di dalam rumah ini. Luth pun salah seorang majikannya juga. Jadi dia harus hormat dan mengambil tahu tentang lelaki itu. Biar sekasar mana pun layanan Luth terhadapnya.

Luth mengeluh kecil. "Kan aku dah kata tadi, aku nak Ramen."

"Apa pula ramen? Saya dah masak ayam masak merah, ketam masak cili api, sayur campur dengan..."

"Ada aku tanya ke kau masak apa hari ni? Aku bos ke kau bos?"

Hawa terdiam sejenak. Ish! Geram pula aku dengan mamat ni. Buat penat aku masak lauk banyak-banyak. Ramen juga yang dia minta! Hawa mengatup mata dalam beberapa minit, cuba untuk menenangkan hatinya yang makin berapi. Karang aku juga yang jadi Ramen Korea terpedas dekat sini! Hawa merengus kecil. Dia kembali membuka mata.

"Nak yang mana? Carbonara atau..."

"Shin Ramyun. Letak daging dengan telur. Selepas tu hantar ke bilik aku. Jangan lupa bawa air sekali macam yang aku suruh tadi." cantas Luth. Mengarah dengan tegas. Hawa mengangguk kepala tanda faham. Setelah segalanya telah diberitahu, Luth pun melangkah meniti satu persatu anak tangga menuju ke aras dua.

"Kerek!" ejek Hawa setelah kelibat Luth tidak lagi berada di hadapannya. Mentang-mentanglah dia bos aku. Macam-macam arahan yang dia hendak berikan. Hawa menggeleng kepala. Baru sahaja dia hendak melangkah menuju ke dapur, sekilas pandangannya tertoleh ke arah Malik yang baru sahaja pulang. Lelaki itu berdiri di pintu utama. Hawa terpempan sejenak. Seteguk air liur ditelannya. Hawa tertunduk menikus saat Malik memandangnya dengan riak tegang. Tanpa berlengah, dia terus berlari anak menuju ke dapur.

Entah mengapa apabila dia memandang Malik, terus dadanya terasa sesak sehingga sukar seperti hendak bernafas. Apabila menjauh, lega sedikit hatinya.

"Baik aku siapkan makanan ni cepat. Karang kalau dia datang dekat dapur, habis aku!" gumam Hawa. Lekas dia menyelongkar kabinet di dapur, mencari paket Ramen yang tersimpan.

Malik pula masih lagi tercegat di pintu utama. Memerhatikan Hawa yang sedang lincah melakukan kerja di dapur daripada jauh. Sejujurnya, dia amat tak berpuas hati dengan layanan Hawa.

"Dengan Luth... bukan main lagi kau boleh bergelak sakan dengan dia. Dengan aku tak pula. Sedangkan si Luth tu sama aje dengan aku. But, It's okay. One day, I will get what should be 'mine', Hawa. That's a promise." gumamnya seorang diri. Dia tersenyum menyenget. Tanpa menegur Hawa, dia terus melangkah naik ke aras dua menuju ke biliknya untuk menukar baju.

Continue Reading

You'll Also Like

Al-Rumi By elvrosethrones

Historical Fiction

16.5K 2.2K 5
Asjad kata, Asjad cinta. Lalu, kami bahagia. Duduk diam di dalam hutan Zlo. Dia suami, aku isterinya. Cinta, manis. Bahagia, tamatnya. Namun, ini Elv...
415 168 13
It's not always about love but the way you declare the war. 𝔓𝔯𝔦𝔫𝔠𝔢𝔰𝔰 𝔖𝔢𝔯𝔦𝔢𝔰 𝔒𝔫𝔢 Start : 27 February 2024 Ends : (Cover by me, Ryeor...
3.9K 2.1K 20
"Apa awak buat ni?" -Hanez Hemilia "Nothing. Just want to save the face of the girl who spilled her Milo into my shirt. So I can easily recognize you...
3.2M 286K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...