MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 13

26.6K 2.1K 441
By CIK_ZALIKHA

                        “TAK pasal aku yang kena beli baju perempuan! Buat malu betul! Perempuan dekat sini pun semuanya pandang aku dah kenapa? Ish, geram pula aku!" bebel Luth seorang diri sambil tangannya mencapai beberapa baju T muslimah yang berada di kedai pakaian wanita itu lalu dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan untuk meletak barang. Apa sahaja pakaian yang ada di depan mata dicapai ikut suka hati. Malas nak fikir saiz berapa, dia ambil sahaja mana yang dia rasa sesuai untuk Hawa.

Ada juga beberapa gadis yang turut membeli belah di situ memandang ke arahnya. Sekejap berbisik, sekejap ketawa. Entah apalah yang diaorang mengumpatkan tu!

Luth mengetap bibir. Kalau nak diikutkan hati, nak sahaja aku lemparkan baju-baju ni. Nasib bukan kedai aku, kalau tidak dah lama aku buat!

"Apa dia ingat aku ni suami dia ke huh nak kena beli barang-barang ni semua? Ini pertama kali aku masuk kedai-kedai macam ni. Buat malu tujuh keturunan aku sahaja! Sudahlah duit makan aku belanja, ini duit baju pun aku kena belanja! Parah... Parah..." bebel Luth lagi. Leka dia mengambil pakaian yang tersangkut di hadapannya. Tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai baju dress biru serentak dengan Luth. Tanpa sengaja Luth menyentuh tangan wanita itu. Mereka berpaling memandang sesama sendiri.

Shahidah?

Pantas Luth menarik semula tangannya. Dia mula terpinga-pinga. Anak mata dilarikan ke arah lain. Macam mana aku boleh terserempak dengan  perempuan ni pula? Aduh...

Shahidah tersengih menampakkan gigi. Dia juga turut menarik tangannya daripada menyentuh baju dress biru yang menjadi pilihannya tadi. "Abang Luth rupanya. Terkejut Sha."

Luth mengerut kening. Dia memandang Shahidah kembali. "Abang?"

Shahidah ketawa kecil. "yalah. Abang. Awak kan tua lagi daripada saya? Kenapa? Salah ke kalau Sha panggil abang, abang?" soal Shahidah. Pantas Luth menggeleng kepala menafikannya. Tak salah pun cuma pelik sahaja.

"Eh, tak adalah. Ikut suka kau lah nak panggil aku abang ke apa?" balas Luth, acuh tak acuh.

Shahidah tersenyum lebar. Sekilas dia menunduk memandang ke arah bakul baju yang berada di tangan Luth. Penuh dengan pakaian wanita. "Untuk siapa tu?"

"Huh?"

"Baju tu." Shahidah memuncungkan bibirnya, menunjuk ke arah bakul yang dipegang Luth. Luth menunduk melihatnya seketika.

"Oh, baju ni... baju ni untuk anak saudara aku. Saja aku nak beli untuk dia.  Err... kau pula buat apa dekat sini?"

"Laaa... dah kalau ini kedai perempuan tentulah saya shopping, bang. Abang tu je yang pelik, ada dekat kedai macam ni. Sebab tu perempuan-perempuan dekat sini asyik tergelak pandang abang." ujar Shahidah. Betul juga katanya. Aku yang patut pelik kenapa aku ada dekat tempat macam ni.

"Kenapa pelik pula? Aku beli baju je pun, bukannya buat benda bukan-bukan dekat sini."

"Memanglah. Tapi abang seorang je lelaki dekat kedai ni. Macam abang shopping barang untuk isteri pula." ujar Shahidah dan ketawa sendiri.

Luth menjuih bibir. "Isteri apanya... calon pun tak ada..." sinis Luth pada dirinya sendiri. Tipulah kalau kata tiada seorang pun wanita yang pernah menyukainya. Tapi malang, seorang pun tidak menepati ciri-ciri wanita yang dia minati. Shahidah tersengih lagi.

"Mungkin kali ni bakal ada."

"I don't think so. Ada memang ada, tapi aku yang tak suka. Bukan senang nak jadi orang yang paling penting dalam hidup aku."

"Kalau 'ada' orang tu macam mana?"

"Maksudnya dia bertuah, sebab aku akan jaga dia separuh nyawa aku." balas Luth. Shahidah mengulum senyuman bahagia. Entah mengapa hatinya pula yang berbunga-bunga apabila Luth berkata begitu. Sekilas Luth menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangannya. Pukul 7. Elok sangatlah aku pulang sekarang. Entah apa pula yang jadi dekat minah sewel tu. Sekejap dia memandang pula ke dalam bakul baju. Hampir penuh satu bakul. Rasanya sudah cukup. Lagipun, dia pun tidak tahu berapa jumlah baju yang dia ambil. Main letak sahaja tanpa lihat dahulu. Ah, tak kisahlah! Janji perempuan tu ada baju untuk pakai.

"Err... aku minta diri dulu lah. Dah lambat ni. Bye." Pamit Luth. Shahidah mengangguk kepala. Dia berenjak sedikit ke tepi, memberi laluan untuk Luth melangkah menuju ke kaunter pembayaran.














                          SINKI dibiarkan penuh dengan pinggan mangkuk kotor. Mungkin disebabkan Puan Kalsum tidak mempunyai masa untuk membasuhnya. Jadi, sebagai bakal orang gaji di rumah agam Tuan Haji Zamani. Aku pun mengambil alih tugas membersih ini seketika Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani sedang mempersiapkan diri untuk menunaikan solat maghrib.

Lincah Hawa melakukan kerja. Mungkin kerana dia sudah biasa membuat kerja seperti ini sewaktu berada di rumah mak saudaranya dahulu.

"Hawa." Sapa Puan Kalsum yang baru sahaja selesai mengambil wudhu di bilik air. Dia mengatur langkah ke arah Hawa. Sekilas Hawa menoleh ke arahnya. Dia mengukir senyuman lebar.

"Ya, mak cik."

"Laa... kenapa cuci pinggan ni? Tinggalkan aje. Jom, ikut mak cik solat sama-sama dengan pak cik. Pinggan ni nanti-nanti pun boleh bersihkan."

"Eh, tak apalah mak cik. Sikit je lagi ni. Kejap lagi Hawa solat. Lagipun, Hawa tak ada telekung lagi. Encik Luth pun belum balik lagi, jadi saya kena tunggu dia dahulu." ujar Hawa.

Puan Kalsum mengerut kening. "Encik? Hawa memang biasa panggil Luth, Encik ke?" soal Puan Kalsum, pelik.

Hawa terpempan sejenak. Alamak, terlepas cakaplah pula. "Eh, bukan! Selalunya Hawa panggil Luth, Luth sahaja. Tapi sekarang ni kan Hawa kerja dekat sini. So, kenalah tukar panggilan kepada encik. Dia kan bos."

"Ish, macam-macam aje lah kamu ni. Panggil Luth pun dah cukup dah. Hmm... tak apalah, mak cik nak pergi solat dengan pak cik kejap ya." pamit Puan Kalsum. Hawa mengangguk kepala. Lantas, Puan Kalsum pun mengatur tapak pergi meninggalkan Hawa seorang diri di dapur. Hawa kembali menyambung kerja membersihkan pinggang kotor yang berada di dalam sinki.

Pintu utama dikuak Malik yang baru sahaja pulang daripada rumah kebajikan anak yatim. Dia meletakkan kunci kereta di atas meja kopi. Sekilas dia memandang sekeliling kawasan rumah itu. Kelibat Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani langsung tidak kelihatan. Mungkin sedang menunaikan solat maghrib di bilik yang berada di tingkat dua. Bunyi air sinki yang mengalir daripada dapur mengalih perhatiannya. Tanpa banyak bicara, dia mengatur langkah ke sana.

Senyuman sinis terbit di bibir Malik sebaik sahaja melihat Hawa yang sedang lincah membersihkan pinggan di sinki. Sekali lagi dia mendongak memandang ke tingkat atas untuk memastikan tiada sesiapa yang sedang melihat mereka. Setelah memastikan ianya selamat, Malik  menghampiri Hawa dengan lebih dekat.

Tanpa sedikit pun rasa malu, dia menyeluk kedua belah tangannya ke dalam baju kurung Hawa daripada belakang. Hawa terkejut. Baru sahaja dia hendak menepis, sebelah tangan Malik lebih pantas memeluk tubuh Hawa. Mengunci tubuh wanita itu daripada melawannya. Manakala sebelah tangannya laju mencapai pisau pemotong sayur yang berada tidak jauh daripada situ lalu diletakkan tepat pada leher Hawa. Hawa terdiam. Nafasnya terasa sekat sehingga sukar untuk bernafas.

"Berani nak lawan aku? Lawanlah!" cabarnya, separuh berbisik. Bimbang jika Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani akan mendengarnya.

"Lepaslah! Ini rumah mak bapak awak, awak tak takut ke huh?!"

"Pembetulan, sayang. Ini rumah aku. Aku yang bayarkan semua bill dalam rumah ni. Jadi aku boleh buat apa-apa sahaja. Termasuk dengan kau." sinisnya dan ketawa jahat.

"Cuma... kalau kau berani buka mulut tentang aku, tahulah apa yang aku nak buat dekat kau." sambungnya lagi, sambil bermain dengan pisau di leher Hawa. Hawa telan air liur, kesat. Tubuhnya sudah menggigil ketakutan.
Hawa memejam matanya. Nafas mula tersengkang di kerongkong, tatkala merasakan deruan nafas lelaki itu membahang panas di pipi kanannya. Dia pantas berpaling wajah ke lain. Tidak mahu Malik menciumnya. Malik tersenyum menyenget.

Dia menghidu bau bahu Hawa, keharuman minyak wangi menusuk ke dalam hidungnya. "Ermmm... wanginya... aku suka."

"Sudahlah tu, Malik! Lepaslah!" herdik Hawa. Dia cuba untuk merentap tangan lelaki itu, namun semakin lama semakin kuat pelukannya. Membuatkan Hawa terasa senak. Perbuatan Malik serta-merta kaku. Tajam matanya menikam ke arah Hawa. Pantang jika gelora nafsunya yang tadi sudah membuak hingga ke kemuncak, kini hancur kerana perbuatan Hawa yang ingin melepaskan diri.

"Kau cakap apa? Lepas? Hei, kau ingat tak malam aku cakap apa? Bila-bila masa aku akan tuntut balik. Selagi aku tak dapat..." pelukan diketatkan lagi. Dia mendekatkan wajahnya dengan pipi Hawa. Hawa cuba untuk mengelak sedaya upaya.

"Selagi tu aku akan terus buat kau macam ni. Sampai aku puas!" ucapnya, terus bibirnya cuba untuk menyambar bibir wanita itu. Tubuh Hawa tak henti-henti bergerak, cuba untuk memboloskan diri. Dia meronta ingin dilepaskan.

"Lepaslah! Jangan buat saya macam ni, lepas!!"

"Assalamualaikum!" sapa seseorang daripada halaman rumah. Luth menanggalkan kasut sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Anak matanya melilau memandang sekeliling, mencari kelibat Hawa.

Terus tubuh Hawa dilepaskan. Malik mengundur ke belakang. Dia mendengus kasar. Spoil betullah!

Tanpa berlengah, Hawa terus berlari anak mendapatkan Luth di ruang tamu. Tercungap-cungap nafas Hawa, letih berlari. Dia berhenti betul-betul di hadapan Luth. Lega hati apabila melihat wajah Luth. Alhamdulillah, dapat juga aku terlepas daripada pelukan syaitan tu!



                               

Continue Reading

You'll Also Like

346K 356 2
2021. *** "Let the case of the story begins!" ACE Series ni satu cerita bersiri yang.... Gila. Gila dari segi watak dan peranannya. Watak yang kau ju...
256K 16.8K 41
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
98.1K 3.9K 13
Terbitan, Suara Hati Publication. "Burung memerlukan sayap untuk terbang, dan begitu juga saya. Saya perlukan awak untuk bantu saya lihat keindahan I...
23K 1.3K 3
Tak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling s...