MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |...

By CIK_ZALIKHA

2.2M 132K 30K

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cin... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
40
41
42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
49
50
51
52
Bab 53
Bab 54*
Bab 55
Bab 56
Bab 57
BAKAL TERBIT
PREODER AKU BUKAN MALAIKAT
PREODER BULAN 9
READY STOCK ❤️
READY STOCK
READY STOCK
READY STOCK
PREODER
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT
READY STOCK NOVEL!!
EBOOK AKU BUKAN MALAIKAT DI SHOPPEE
RESTOCK FOR NEW BATCH!!!
BULAN 5 RESTOCK!

Bab 6

29.4K 2.4K 148
By CIK_ZALIKHA

                   MOTORSIKAL kawasaki berwarna hitam di parkir di hadapan sebuah kelab malam. Dia membuka helmet, lalu diletakkan di atas seat motorsikal. Rambutnya yang sedikit serabai dibetulkan seketika. Tanpa berlengah, dia terus melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Anak mata meliar memandang pemandangan sekeliling kelab malam yang kelihatan begitu rancak sekali. Rizal yang sedang berkhayal bersama beberapa orang gadis di situ menjadi sasarannya. Dia terus berlari menuju ke arah sana.

Paha Rizal ditamparnya. Menyedarkan lelaki itu tentang kehadirannya. Rizal agak sedikit tersentak. Dia berpaling memandang Luth yang sudah melabuh punggung di hadapannya. Luth ketawa.

"Bukan main kau ek? Tiap-tiap hari tukar perempuan." ejek Luth. Dia mencapai sebatang rokok di atas meja, lalu di letakkan pada bibirnya. Pemetik api dikeluarkan daripada kocek seluarnya, lalu dicucuh pada batang rokok itu. Bukan selalu dia dapat menghisap rokok. Lagi-lagi depan Tuan Haji Zamani. Orang tua tu dah lah ada sakit jantung. Tak pasal-pasal meninggal di sebabkan aku nanti.

Asap rokok disedutnya, lalu dihembus keluar. Berkepul-kepul asap rokok keluar daripada hidung dan mulutnya serentak. Luth bersandar pada sofa. Sebelah kakinya di silang ke atas. "Lambat kau datang hari ni? Selalunya pukul 9 kau dah terpacak dekat sini."

"Biasalah. Abah aku tu. Dengan abang aku bukan main lagi dia bagi keluar. Dengan aku, macam-macam pula halangan yang dia bagi." rungutnya.

Rirzal mengerut kening. "Kau ada abang?'

Luth mengangguk kepala mengiyakannya.

"Aku tak tahu pun selama ni."

"Alaa... bukannya penting pun aku nak bercerita tentang dia. Ni aku nak tanya, kau tak ada benda best ke yang aku boleh buat malam ni? Aku dah bosanlah asyik lepak macam ni."

"Benda best?"

Luth mengangguk. Rizal mengukir senyuman sinis. Dia melepaskan kedua-dua orang gadis di sebelah kiri dan kanannya. Rizal berenjak sedikit ke hadapan, mendekatkan diri dengan Luth. Sebelah tangan Luth di tariknya, dia meletakkan sebentuk kunci diletakkan di atas tapak tangan lelaki itu. Luth mengerut kening.

"Apa benda ni?"

"Tu." Rizal menggerak-gerakkan matanya ke kiri. Menunjukkan sebuah bilik yang berkunci. Luth pantas menggeleng kepala. Dia menyerahkan semula kunci itu kepada Rizal.

"Kau gila?!"

"Gila apanya? Kau kata nak benda best kan? Pergilah. Aku bagi kau free aje. Tadi ada first customer aku dia tak sempat nak sentuh perempuan tu. Segar lagi tu! Aku confirm kau enjoy sampai esok punya."

"Hei, Rizal. Aku tahu aku ni jahat. Tapi sejahat aku tak adalah sampai nak rosakkan anak dara orang. Ini kalau tahu dekat bapak aku, mahunya dia halau aku daripada rumah! Tak naklah aku! Karang mengandung perempuan tu mulalah nak tuntut dekat aku." sinis Luth.

"Kalau perempuan tu mengandung, adalah cara aku nak gugurkan kandungan dia. Kau jangan risaukan. Kalau kau risau sangat..." Rizal mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya. Dia meletakkan satu kotak kondom di atas tapak tangan Luth.

"Guna benda ni, tak ada siapa yang akan mengandung."

Luth mengeluh kecil. Makin ditolak, makin dipaksa juga si Rizal ni. "Aku tak naklah, Zal... "

"Sekali aje. Pergilah. Kau kan kawan aku.  Kawan mesti bantu kawan, kan? Aku bukannya bagi kau dadah pun. Pergi!" Tubuh Luth ditolaknya. Memaksa Luth untuk bangun menuju ke arah bilik itu. Luth mendengus kecil. Hendak tak hendak, dia harus juga masuk ke dalam bilik itu. Jika tidak, Rizal makin memaksanya. Tanpa berlengah, dia mencapai semula kunci itu. Lantas mengatur langkah menghampiri bilik yang berada di belakang Rizal.













                                    PINTU bilik ditolak perlahan. Anak matanya melilau memandang sekeliling pemandangan bilik yang agak luas dan selesa. Dia tersenyum kecil. Pintu di tutup terlebih dahulu sebelum dia melangkah lebih jauh ke dalam bilik. Kelihatan seorang wanita sedang terbaring di atas sebuah katil dengan keadaan kaki dan tangannya yang terikat. Wajah Wanita itu jelas menunjukkan keletihan. Dengan rambutnya yang kusut seperti baru sahaja lepas bergelut dengan seseorang. Luth melabuh punggung perlahan-lahan di sebelah wanita itu.

Daripada bawah hinggalah ke atas Luth menatapnya. Cantik. Memang layak jika menjadi mangsa ratahan si nafsu syaitan. Luth tidak teragak-agak ingin menyentuh wajah wanita itu. Terasa kulit wajahnya yang lembab, seperti baru sahaja lepas menangis. Dia membelai setiap yang ada pada wajah wanita itu dengan penuh kelembutan. Bermula daripada mata hinggalah turun ke bibir mungil itu. Benar-benar menaikkan nafsunya, tetapi dia masih lagi boleh mengawalnya. Luth tersenyum menyenget. Perlahan-lahan Luth menyembamkan mukanya ke leher wanita itu.

Mata Hawa bergerak-gerak saat merasakan ada sesuatu merayap di lehernya. Terbuntang matanya saat melihat seorang lelaki cuba untuk menjadi pelanggan keduanya. Pantas Hawa menggunakan segala kudrat untuk menolak tubuh lelaki itu agar menjauhinya. Tak semena-mena, Luth jatuh terduduk ke atas lantai. Dia mengaduh sakit.

"Jangan sentuh! Jangan sentuh aku!" jerit Hawa. Dia cuba untuk duduk dan mengesot diri ke belakang. Jantungnya kembali berdegup laju. Nafasnya mula tidak teratur. Perasaan takut kembali menyelubungi dirinya.

Luth kembali bangun daripada terus terduduk di atas lantai. Dia mendengus geram. Tak pasal-pasal hilang sudah mood bahagia dia yang tadi. "Kau ni apahal huh, perempuan?!"

"Jangan sentuh saya! Saya bukan perempuan murahan!"  bentak Hawa. Luth menjuih bibir. Dia kembali merangkak naik ke atas katil. Hawa sudah mula gelabah. Rahang wanita itu dicengkamnya kuat. Hawa cuba untuk menepis, namun gagal.

"Habis kenapa kau dekat tempat ni? Kau tengok tu!" Luth menarik wajah Hawa untuk melihat botol-botol arak yang tersusun di dalam almari kaca.

"Tu semua benda yang mengkhayalkan. Kalau kau ada dekat sini, maknanya kau tempat untuk aku berkhayal dengan kau."

Hawa menggeleng kepala. Air mata kembali membanjiri kelopak matanya. "Percayalah saya bukan tempat untuk awak lunaskan nafsu. Saya dipaksa kerja dekat sini. Tolonglah jangan apa-apakan saya." rayu Hawa, lemah. Luth menjeling menyampah. Dia menolak wajah Hawa ke tepi sehingga wanita itu kembali terbaring ke atas katil. Luth turun daripada birai katil itu. Bakinya yang sedikit berkedut dibetulkan di hadapan sebuah cermin yang besar.

"Encik..." panggil Hawa. Dia membetulkan semula posisinya kepada duduk. Hawa hanya mampu memandang tubuh figura itu daripada belakang.

"Tolong keluarkan saya daripada tempat ni."

"Sorry. Aku bukan polis yang boleh bantu kau." sinis Luth. Tanpa berlengah, dia mengatur tapak ingin keluar daripada bilik itu. Hawa sudah mula cemas. Dia memaksa diri untuk turun daripada katil. Tak semena-mena, dia tersembam jatuh ke lantai. Kaki Luth di genggam menggunakan kedua belah tangannya. Menghentikan langkah lelaki itu daripada meninggalkannya di sini seorang diri.

"Tolonglah saya... saya tak nak berada dekat sini. Saya tak nak jual maruah saya, Encik..."

"Aku kesah apa? Kau tak ada kena mengena pun dalam hidup aku. Lepaslah!" Luth cuba untuk menepis, tetapi Hawa masih lagi berkeras tidak mahu melepaskannya. Ini sahaja peluang aku untuk keluar daripada tempat jahanam ni.

"Saya merayu, Encik. Saya janji ka... kalau Encik keluarkan saya daripada tempat ni. Saya akan buat apa-apa sahaja. Saya tak akan bantah sedikit pun!"

Luth menjuih bibir. Hendak ketawa dia mendengarnya. Luth duduk mencangkung di atas lantai. Dagu Hawa ditarik, memaksa wajah itu untuk mendongak menatap mukanya.

"Kau nak buat apa-apa sahaja dekat aku? Kau anak Dato' ke? Bukan, kan? Kau tu cuma perempuan kampung yang berasal daripada keluarga miskin. Kau takkan mampu nak tunaikan apa yang aku minta. Melainkan kau cuma ada tubuh kau. Itu sahaja yang berharga buat masa sekarang. Kau sanggup ke? Tapi kau jangan haraplah aku akan bertanggungjawab. Aku tak ada masa nak jaga perempuan simpanan dalam hidup aku." sinis Luth.

Hawa terdiam sejenak. Kata-kata Luth benar menyentap perasaannya. Luth tertawa sinis. Dia menggeleng kepala, sebelum bangun daripada situ. Tangan Hawa ditepis Kuat dengan menggunakan kakinya, memaksa Hawa untuk melepaskannya. Spontan tangan Hawa terbuka. Lantas, Luth pun kembali menyambung langkah meninggalkan bilik itu.

"Saya mungkin sanggup... kalau hanya encik seorang." Hawa membuka suara setelah lama dia mendiamkan diri. Dia tiada pilihan lain lagi, selain menyatakan ayat itu. Daripada dia meneruskan duduk di sini dan melayan beribu orang lelaki. Baik aku tunaikan perminta lelaki itu. Sekurang-kurangnya, aku tidaklah terlampau terseksa.

Langkah Luth terhenti lagi. Dia tergamam sejenak.

Perlahan-lahan Hawa mengangkat muka memandang figura yang membelakanginya itu.

"Saya janji... saya takkan tuntut apa-apa hak sekalipun pada, Encik. Cukup saya dapat terlepas daripada tempat ini, saya dah bersyukur separuh mati. Saya tak dapat nak pujuk hati Encik, sebab Encik tiada langsung adik perempuan. Encik takkan faham situasi saya. Tapi kalau encik ada perasaan kasihan. Biarpun hanya sebesar zarah, tolonglah saya..." rayu Hawa lagi.

"Lebih elok puaskan nafsu seorang lelaki, daripada beribu lelaki yang bakal memperkosa saya selepas ini. Saya terima dengan reda..."

Luth terdiam tanpa sepatah kata. Dia memusing memandang Hawa yang masih terduduk di atas lantai. Fikirannya pula memainkan jeritan seorang gadis yang cukup derita beberapa tahun yang lalu. Luth mengetap bibirnya, kuat. Dia dapat melihat seolah-olah ada bayangan di hadapan matanya yang sedang memainkan kejadian ngeri itu. Luth menggeleng kepala. Dia cuba untuk menghilangkan perkara yang menghasut fikirannya. Tetapi makin lama, makin kuat jeritan itu kedengaran. Sehingga emosi Luth terganggu dan dia menjerit sekuat hati. Hawa sedikit tersentak.

Botol arak yang berada di sisinya di capai, lalu dihempas kuat ke lantai. Mujur sahaja tidak terkena pada Hawa. Luth menunding jari tepat ke wajah Hawa dengan penuh jelingan tajam. "Kau... jangan sebut perkataan adik perempuan depan aku kalau kau nak teruskan hidup!"

Continue Reading

You'll Also Like

7.9K 835 75
Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop ni! ✨ Batch 1- CLOSED Batch 2- CLOSED Bat...
1.3M 62.4K 28
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murung...
449K 33.2K 26
Ardean Tufail X Eshal Elzahra
489K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...