Siapa tidak kenal Tengku Darwish? Playboy yang terkenal.

"Husband you? Kalau you betul-betul sayangkan I, kenapa you masih bersama dengan dia?" Soal Tengku Darwish senada, Amanda melepaskan pelukan. Rambutnya ditolak ke belakang.

"I ada dendam yang belum terlunas dekat suami I, selagi dendam I tak terlunas dan perempuan perampas suami I tak terseksa seperti I, I takkan bercerai dengan dia. You fikir I cintakan dia lagi? No! I benci dengan dia. Dia lelaki paling tak guna pernah I kenal. Hati I dah lama mati sejak I dapat tahu dia mengandungkan perempuan lain." Tangannya dikepal kuat. Sakit hatinya kembali saat kenangan lama terimbas semula.

Tengku Darwish menyimpul senyuman penuh makna.

Tengku Darwish sedar, persamaannya dengan Amanda ketara kerana kedua-dua mereka mempunyai misi bagi membalas semula rasa sakit yang dialami mereka.

"Huh I see,"

"Yes, lepas I dapat balas semula. I akan minta cerai dengan berkahwin dengan you. Lepastu kita berdua dapat kebahagiaan yang kita berdua impikan!" Ujarnya teruja.

Tengku Darwish tidak membalas sebaliknya membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk.

"Sayang.. First day kita dekat Bali ni, I tak nak keluar kemana-mana." Pelukan dilepaskan. Amanda berkerut seribu. Habis nak buat apa? Baik tak payah bercuti andai lelaki itu tidak mahu kemana-mana.

"Habistu you nak buat apa? Takkan nak terperap jadi asam keping dalam bilik ni," soalnya tidak puas hati.

"I nak... Makan you sampai matahari besok pagi naik balik." Ujarnya nakal sebelum tubuh Amanda dicempung dan dibawa ke katil mereka.

Amanda tersenyum.

Hidung Tengku Darwish ditarik.

"Ish mengada you ni," sejurus itu, Tengku Darwish menanggalkan satu-persatu butang bajunya. Tidak sabar dia hendak mengerjakan tubuh ramping Amanda.

Hari itu dibuat seperti hari pertama mereka sebagai suami isteri.

NOAH berlegar-legar di ruang tamu, kukunya digigit perlahan. Mana pergi perempuan ni? Bentaknya geram.

Jam dikalih, ada beberapa minit lagi sebelum jam tepat pukul 8 malam. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa tapi tidak sampai seminit dia bangun semula. Keadaannya seperti tidak tentu hala.

Kedengaran daun pintu dibuka, segera dia berlari ke arah pintu. Tangannya disilangkan ke dada, matanya tajam menikam ke arah Kamelia yang baru muncul bersama Adam dalam dukungannya.

Sampai pun!

"Lama kau balik? Lagi aku diam, lagi kau syok betul kerja dekat warung tu kan? Entah-entah kau ada simpan anak ikan belakang aku?" Tuduhnya secara tiba-tiba.

Kamelia mengeluh.

Wajah Noah dipandang sekilas.

"Kau cuba tengok jam pukul berapa? Waktu tak jejak lagi pukul 8 malam. Dan tolong.. Kalau kau nak cari gaduh sekarang, aku malas nak layan. Aku penat," balas Kamelia tenang.

Kakinya dihala ke arah tangga, ditinggalkan Noah di belakang.

"Eh nak pergi mana tu? Aku belum habis lagi ni," langkah Kamelia dikejar. Geram sungguh dia tatkala Kamelia tidak melayan kerenahnya!

"Aku nak mandi, nak susukan Adam, nak tidurkan Adam, nak siapkan makan malam dan lepastu nak tidur, esok aku nak cuti sebab nak beli barangan basah dekat rumah ni. Lauk dah takde dekat dapur. Lengkap tak jawapan aku? Jadual aku penuh, aku takde masa nak bertikam lidah dengan kau, encik Noah Qaiser." Balas Kamelia panjang lebar.

Noah mengetap gigi geram.

"Mana boleh! Kau kena ada jadual untuk gaduh dengan aku, Lia. Aku tak kira," rengeknya, kakinya turut dihentak-hentak ke lantai.

Kamelia memandang pelik ke arah Noah.

Dah seperti budak tak cukup susu sahaja perangai Noah.

Dah kenapa dengan suaminya malam ini?

"Err kau kenapa? Pelik pula malam ni." Tegur Kamelia, Noah mendekati Kamelia. Senyuman nakal diukir.

"Aku dah lama tak sentuh kau sebab itu aku jadi macam ini. Ah, aku tak kira kau kena masukkan juga dalam jadual kau untuk gaduh dengan aku! Aku ugut ni, kalau tak Adam akan tengok benda yang tak sepatutnya dia tengok, kau nak?" Bisiknya perlahan.

Kamelia memandang tajam ke arah Noah.

"Gatal kau memang tak boleh bawa bual," Noah hanya menjungkit bahu.

"Ish malas aku nak layan kau, Noah." Kakinya terus menapaki tangga. Dibiarkan Noah sendiri.

"Okey, aku buat nanti. Aku tak main-main, kau cabar aku kan?" Jerit Noah di tangga.

Kamelia menggeleng.

Merepek!

***

Aku pun tak tahu nak cakap apa haha.

MRS NOAH QAISER©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang