Aliyah mengaru leher.

"Err I pergi sana dulu, nanti apa-apa text I." Amanda yang sibuk berkucupan hangat dengan kekasih gelapnya tidak membalas langsung kata-kata sahabat baiknya.

Dia sudah tergelam dalam nafsu dan godaan Tengku Darwish.

"Malam ni rumah I, jom?" Ujar Tengku Darwish dengan nada sensual seusai melepaskan kucupan mereka.

Amanda mengangguk setuju. Dia juga sudah rindu belaian dari Tengku Darwish.

NOAH memandang sekilas jam tangannya, keluhan dilepaskan. Sudah melonjak 4 pagi tetapi isteri pertamanya masih belum pulang. Kemana dia pergi? Soalnya sendiri.

Hati dipagut rasa risau.

Enjin kereta yang kedengaran di perkarangan rumah membuatkan Noah bergegas mendapatkan daun pintu. Amanda tidak menghiraukan Noah yang sedang memandang tajam ke arahnya malah kasut tumit tingginya ditanggalkan selamba.

Noah dilintasi tenang.

Kakinya terus menapak menaiki ke arah bilik mereka, dia sungguh penat sekarang ini. Dia perlukan rehat.

"Amanda!" Noah segera mengejar langkah isterinya.

Daun pintu bilik mereka yang hendak ditutup ditahan menggunakan tenaga lelakinya.

"Buka pintu ni abang cakap!" Amanda merengus kasar, pintu dilepaskan sebelum dia melangkah ke arah katil namun ditahan oleh Noah.

Amanda menepis kasar.

"Apa kau nak?" Tanpa sedar, bahasanya berubah menjadi kasar.

Terkedu Noah mendengarnya.

"Apa maksud sayang apa abang nak? Abang nak tanya sayang pergi mana satu hari ni? Dari senja abang tunggu. Takkan fashion show sampai 4 pagi?" Sindirnya tajam.

Amanda memandang tajam ke arah Noah.

"Suka hati Amanda nak pergi mana! Abang kan ada Kamelia tu? Suruh betina sundal tu layan abang. Amanda ni bukan wujud pun depan mata abang dah sejak abang kahwin dengan sundal tu. Entah apa dia santau abang sampai sanggup abaikan Amanda." Tengkingnya kuat. Melepaskan rasa amarahnya.

Noah terdiam.

Amanda terus ditarik ke dalam pelukan.

"Abang minta maaf, sayang.. Abang tak sangka sayang rasa abang seperti abaikan sayang. Abang janji, abang takkan abaikan sayang lagi. Abang minta maaf ya," bisiknya memujuk.

Amanda hanya mendiamkan sahaja.

Melihat bahu sang isteri yang putih membuatkan nafsu Noah meningkat, terus dikucup perlahan-lahan sebelum semakin kasar. Amanda yang sedar keinginan Noah terus menolak lelaki itu ke belakang. Dia sudah penat! Tiada masa hendak melayan nafsu lelaki itu.

Noah tersentak.

"Abang suami Amanda, kenapa Amanda tak nak layan abang?" Soal Noah tidak puas hati.

Amanda terus membaringkan badannya ke atas katil.

"Pergi minta dekat Kamelia, sayang pasti dia tak menolak keinginan lelaki abang tu." Arahnya. Noah yang terasa seakan tercabar terus menapak keluar dan mendekati ruangan Kamelia.

Oh nak sangat aku layan Kamelia? Okay fine! Gerutu Noah.

Daun pintu Kamelia dibuka, kelihatan wanita itu sedang menepuk-nepuk punggung Adam sambil anak lelakinya menyusu.

Dia meneguk air liur kesat.

Apahal perempuan ni tayang dada dia dekat aku pula, ujarnya sendiri.

"Kenapa?" Soal Kamelia polos.

"Err kenapa kau tak tidur lagi?" Soal berbalas soalan.

"Adam meragam pula mungkin sebab dahaga, ini dia lelap semula lepas dah menyusu. Kau tu kenapa datang sini?" Soalnya kembali. Noah mengaru kepala. Hendak menipu, dia sedang ingin dibelai oleh seorang isteri. Hendak jujur, dia malu!

"Err aku.. Aku nak erm.." ayatnya bagai tersekat di kerongkong.

"Kau nak apa? Jangan kata kau nak makan," teka Kamelia. Noah mempunyai idea nakal.

"Ya, aku nak makan. Nak makan dada kau macam Adam," ujarnya selamba dengan pandangan nakal. Kamelia terus mengerutkan dahi aneh dengan sikap Noah.

"Err apa maksud kau?" Kamelia melepaskan puting dadanya dari mulut Adam lalu menutup dadanya yang tiada bra dengan baju t-shirt besarnya.

Nafsu Noah benar-benar goyah dengan perlakuan Kamelia yang selamba di hadapannya.

"Kau ni lembap betul! Aku nak kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri! Apa ingat tanggungjawab kau sebagai isteri, tolong hidang makan aku, jaga baju aku macam tu je? No! Hari ini aku nak kau!" Jujurnya.

Kamelia menahan malu.

Apesal dia ni straight to the point sangat? Ujar Kamelia sendiri.

"Err bukan kau jijik dengan aku ke? Kau kan ada Amanda, pergilah minta dengan dia." Bidas Kamelia.

"Amanda suruh aku minta dengan kau, dahlah cepatlah."

"Cepatlah apa?" Soal Kamelia. Dia sedang blur sekarang ini. Tiba-tiba sahaja Noah masuk dan menyebut tentang tanggungjawabnya, sudah semestinya dia blur.

"Layan akulah! Dia ni lembap betul," Kamelia mengangguk mengerti namun saat Noah sudah berura-ura ingin menanggalkan bajunya, Kamelia laju menghalang.

"Err boleh tak masukkan Adam dalam buaian dulu? Macam mana nak err.." wajahnya benar-benar panas saat ini. Noah merengus kasar namun tidak pula membantah, Adam diangkat perlahan lalu dimasukkan ke dalam buaian dengan baik.

Lalu Kamelia yang sudah diam tidak berkutik didekati.

"Asal muka kau macam terpaksa ni?" Soalnya geram.

"Err mana ada, aku ikhlaslah ni. Aku kan isteri kau err," wajah Kamelia yang sudah semerah udang bakar dipandang dengan penuh minat. Benar-benar menguji imannya sebagai seorang lelaki.

Kenapa dia tak rasa jijik nak sentuh Kamelia? Kenapa malah dia mahu merasa tubuhnya? Kenapa dengan kau ni, Noah?

"Ini sebab selalu sangat tunjuk dada kau dekat aku," dikucup kasar leher jinjang Kamelia buas, Kamelia hanya membiarkan.

Dia tidak mahu bergelar isteri derhaka meskipun Noah membencinya. Hak lelaki itu tetap adalah hak.

Direlakan sahaja tubuhnya dikerjakan sehingga lunyai oleh lelaki itu.

***

Nafsu is tetap nafsu! So girls, if suami kau cibek macam Noah, just tarik baju kau naik atas eh. Confirm tak tinggal dah lepastu.

Eh kejap apa aku ajar ? MUAHAHA.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now