Kamelia mendekatkan sedikit jaraknya.

Photographer lelaki itu mengeluh perlahan.

"Dekat sikit, itu nampak lagi jarak dia." Arahnya lagi. Keadaan mereka yang janggal kelihatan seakan-akan mereka bukan seperti suami isteri sahaja.

Macam mana dia hendak menjalankan tugasnya sebagai photographer andai Noah dan Kamelia tidak mahu memberikan kerjasama yang dia mahukan.

Kamelia merapati Noah.

"Ha macam itu! Sekarang sila posing romantik sikit." Tambahnya lagi, kamera sudah diangkat, sudah bersedia untuk menangkap gambar-gambar mereka.

"Romantik?" Soal Kamelia gugup.

Anggukan dari lelaki itu membuatkan Kamelia mati kutu. Noah dipandang namun lelaki itu hanya mendiamkan diri seakan patung.

Ahli keluarga sudah memandang mereka aneh.

"Err macam mana nak romantik?" Soalan Kamelia mengundang tawa dari rata-rata orang yang melihat mereka sedang menangkap gambar. Noah mengeluh berat melihat kebodohan Kamelia.

Betul ke ini isterinya? Perasaan malu menebal di hati.

"Err," photographer lelaki itu sendiri sudah kematian kata-kata. Datin Zahira yang sudah tidak tahan melihat menantu barunya yang seakan dipermainkan melangkah ke arah mereka berdua.

"Qaiser, cuba tolong jangan buat perangai sekarang ini. Mama nak Qaiser serius, siapa yang nak kahwin dengan siapa sekarang? Qaiser kan? Jangan malukan Lia dengan family kita? Tak kesian tengok Kamelia ke? Tak kesian tengok mertua Qaiser?" Bisiknya dengan nada keras sambil tangannya berpura-pura membetulkan tali leher anak lelakinya.

Noah mengeluh berat.

Datin Zahira mendapatkan Kamelia pula.

"Lia peluk Noah ke, asalkan nampak romantik tu." Ujar datin Zahira lembut. Kamelia mengangguk faham.

Pergi sahaja datin Zahira, Noah terus menarik Kamelia ke dalam pelukan. Tersentak wanita itu dibuatnya.

Anak matanya tajam menikam anak mata Kamelia. Keadaan berubah menjadi romantik secara tiba-tiba, jantung Kamelia berdegup kencang.

Photographer lelaki tersebut tersenyum lebar saat posing yang dimaksudkannya sudah terjadi, laju tangannya menangkap gambar mereka.

"Bagus, ha peluk rapat sikit lagi tuan." Kamelia mengalihkan anak matanya dari terus memandang Noah. Dia tidak sanggup, jantungnya terasa seperti hendak pecah sekarang ini.

"Pandang aku, kalau tak, aku cium kau dekat sini juga." Ugut Noah secara berbisik. Nak atau tidak, Kamelia terpaksa memandang semula wajah Noah. Air liur terasa seakan sukar hendak ditelan, wajahnya terasa panas.

Amanda yang sudah tahan melihat aksi romantik suaminya dan perempuan yang dibencinya terus melangkah ke arah mereka. Termati perbuatan photographer tersebut saat Amanda muncul.

"Okay, cukuplah gambar korang berdua. Ramai lagi ahli keluarga yang nak bergambar. Simpan sikit aksi romantik sangat tu." Tangan Noah yang sedang memeluk pinggang Kamelia direntapnya lalu diletakkan ke pinggangnya.

Tidak cukup dengan itu, Kamelia ditolak ke tepi sehingga wanita itu hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Natasya.

"Terima kasih kak Sya," Natasya hanya mengangguk akur walaupun dia pelik kenapa Amanda sanggup berbuat begitu kepada Kamelia.

Namun didiamkan sahaja.

Upacara menangkap gambar diteruskan, pelbagai aksi dan gaya yang dilakukan oleh mereka sekeluarga. Walaupun majlis sangat simple tetapi kemeriahan itu tetap ada.

PELUKAN lama diberikan kepada Hajah Samsiah saat wanita itu mengatakan bahawa dia sudah ingin beransur pulang.

Hajah Samsiah berat hendak melepaskan Kamelia dan juga Adam namun apa harus dia lalukan? Wanita itu berhak bahagia.

"Umi dengan Im balik dululah, Lia jaga diri baik-baik dekat sini. Ambillah masa sebanyak mana yang Lia nak sebelum pulang ke KL, umi sentiasa tunggu Lia." Dikucup sekilas kedua-dua belah pipi Kamelia.

Kamelia mengangguk. Air mata Hajah Samsiah diseka lembut.

"Umi jangan menangis macam ini, sedih Lia nanti." Ujarnya sambil menahan sebak. Hajah Samsiah tergelak kecil, air mata yang mengalir segera dihapus.

"Okay umi tak sedih dah, umi happy!" Kata-katanya mengundang tawa dari Kamelia.

"Bagi umi peluk Adam sekejap, nak lepas rindu puas-puas sebab lepasni tak tahu lagi bila dapat tengok Adam." Adam bertukar tangan. Dikucup sepuasnya wajah tembam itu.

"Okay, umi gerak dulu. Assalammualaikum, jaga diri Lia, Adam dengan suami ya, kirim salam juga pada keluarga." Pelukan terakhir diberikan. Kamelia mengangguk sebak.

Imran menepuk bahu Kamelia perlahan.

"Jaga diri Lia, abang Im sentiasa ada untuk Lia. Ada apa-apa masalah, Lia sentiasa boleh whatsapp abang. Abang setia untuk membantu Lia dengan Adam." Pesan Imran ikhlas.

Kamelia mengangguk.

"Lia minta maaf kalau sebelum-sebelum ni Lia banyak usik abang Im." Imran menggeleng.

"Abang pun banyak sakat Lia so, kita takde beza. Abang minta diri dulu. Adam yang baik, jaga mama tau. Kalau mama nakal, cubit mama untuk uncle Im." Sempat diberi pesanan pada si kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Ciuman sekilas diberikan pada Adam sebelum dia melangkah pergi.

Kamelia menghantar kepergian Hajah Samsiah dengan sorotan mata.

***

Bye bye uncle Im.

MRS NOAH QAISER©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora