Tiba-tiba Hyeran mendengus. “Dahlah fanmeeting percuma,” Dia memang mengesyaki sesuatu terjadi memandangkan fanmeeting itu percuma. Free of Charges.

“Kenapa kalau percuma?” Hyunae tertanya-tanya. Keningnya dengan perlahan terangkat.

“Mestilah ramai orang nanti! Kau tak terfikir ke kenapa smALL adakan fanmeeting percuma? Mungkin sebab dia dah nak muflis dan semakin ramai peminat tinggalkan EXO jadi, smALL buatlah fanmeeting percuma sebagai inisiatif agar dapat tarik peminat-peminat EXO balik ke EXO semula. Kau tak terfikir macam tu, ke?”

“Oh…” Hyunae terlopong. “Betul ke? Aku tak terfikir pun.”

Hyeran mengerling jam tangannya. Tidak dirasakan lima minit telah berlalu apabila berbual dengan Hyunae. “Lagi lima minit je lagi. Kau tak nak pergi, ke?”

“Oh, betullah,” Ucap Hyunae setelah melihat jam miliknya. “Aku kena pergi dulu sebab prof aku memang garang. Lagipun, kelas aku jauh.” Tambahnya lagi.

Tangan Hyeran melambai kepada Hyunae sebagai tanda perpisahan. “Annyeong, Jumpa esok ke?”

Hyunae pula mengangguk. “Ya. Jumpa esok. Annyeong.” Dia tersenyum sambil membalas lambaian Hyeran. Hyeran pula cuma tertawa melihat gelagat sahabat baiknya itu.

*****

Hyeranah… Kau dah janji, kan? Pastikan kau siap semuanya sebelum pukul 6 dan kau harus bertolak dari rumah pukul 6, faham tak? Aku akan tunggu kau di perhentian bas yang dekat dengan rumah kau ni.

Hyeran ternganga apabila membaca mesej dari Hyunae. Pukul 6 dah kena siap? Biar betul? Bukankah fanmeeting itu bermula pada pukul 6.30? Hyeran menggeleng-geleng kepalanya seraya tangannya ligat membalas mesej itu.

Pukul 6? Okey. Jangan mesej taw. Aku nak masak makan malam ni.

Sebaik sahaja dia menghantar mesej kepada Hyunae, dia terus sahaja ke bilik appa yang hanya beberapa langkah sahaja.

Pintu bilik Appa diketuk oleh Hyeran dengan perlahan. “Appa?”

Telinganya didekatkan kepada pintu bilik untuk mana tahu dapat mendengar suara appa. Namun, appa tidak membalas apa-apa pun.

“Appa… Saya masuk, ya?” Dia meminta izin. Tanpa ragu-ragu, tombol pintu yang bilik tidur Appa dipulas perlahan.

Dia menjengulkan kepalanya ke dalam bilik appa. Appa yang sedang berbaring terus duduk apabila melihat Hyeran. “Huh? Hyeranah…”

“Appa… Appa sakit ke?” Soal Hyeran. Dia betul-betul risau dengan appanya akhir-akhir ini. Appa kelihatan benar-benar sakit. Wajahnya pucat. Sudah puas dia memujuk Appa untuk pergi ke Klinik tapi lelaki yang usianya hampir mencecah 50 itu tetap sahaja menolak.

Langkah kakinya di atur ke arah Appa yang sedang berbaring di atas tilam yang terbentang di atas lantai. “Appa… Hyeran nak masak makan malam awal sikit hari ini.” Beritahu Hyeran sambil duduk di atas lantai. “Appa nak Hyeran masakkan bubur?” Soalnya.

Appa menggeleng. “Bubur kan untuk orang sakit…”

“Tapi kan appa sakit…” Ujar Hyeran dengan mimik muka yang sedih.

“Hmm… Yelah…” Appa mengalah jua. “Hyeran nak pergi mana?”

“Hyeran dah janji dengan Hyunae nak pergi ke Fanmeeting EXO.”

“EXO?” Appa kelihatan terkejut.

“Kenapa? Appa tak izinkan ke? Kalau appa tak izinkan…”

Pantas sahaja Appa menggeleng. “Tak. Hyeran pergi jelah.”

“Betul ke?” Soal Hyeran dengan gembira.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin