Persoalan Misteri

26.4K 2.9K 169
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Aku yang masih duduk di meja kerja terdongak-dongak memandang ke luar pejabat bagi memastikan Haries benar-benar dah keluar dari pejabatnya.

"Kalau dia dah keluar, bolehlah aku masuk." Omelku seraya fail di hadapanku ditutup. Perlahan-lahan, aku bangun dari kerusiku.

Tiba-tiba pintu pejabatku dibuka. Aku yang terkejut, cepat-cepat kembali melabuhkan punggung dan kelam-kabut membuka fail yang baru saja aku tutup tadi.

"Fira buat apa tadi?" Soal Kak Nurin di muka pintu dengan wajah pelik.

"Eh, tak ada apa. Kaki gatal, ada semut gigit." Jawabku, tenang sambil tersengih. Kak Nurin hanya menggeleng perlahan.

"Hah, akak nak keluar lunch ni. Nak join tak?" Pelawa Kak Nurin. Kepalaku bergerak ke kanan dan ke kiri tanda tak mahu.

Aku menolak ajakan wanita itu dengan lembut, "Tak apalah. Fira ada banyak lagi kerja nak buat ni. Akak tapaukan nasi goreng jelah, boleh?"

Cis, banyak kerja konon! Bukan lepas ni, kau nak skodeng bilik Haries ke? Pandai kau sekarang ni ya, Shafira.

"Hmm... Okeylah. Kalau macam tu, akak keluar dulu ya?" Pinta Kak Nurin lalu tangannya memegang tombol, ingin menutup pintu. Aku hanya terseyum saja. Setelah Kak Nurin keluar, aku melepaskan keluhan lega. Kak Nurin buat aku terperanjat saja. Dada diusap perlahan.

Setelah memastikan keadaan baik-baik saja, aku berjalan ke bilik pejabat Haries dengan gaya terjingkit-jingkit. Betul-betul macam perompak di siang hari!

Pintu pejabat Haries ditolak perlahan-lahan. Badan dibawa masuk ke dalam bilik mewah itu. Tangan dicekak ke pinggang lalu mataku meliar memandang sekeliling bersama senyum puas.

"Apa patut aku selongkar dulu ya?"

Mataku tertancap pada komputer di atas meja kerja Haries. Pantas aku mengambil tempat di kerusi hitam milik lelaki itu lalu tetikus digerak-gerakkan.

Skrin yang gelap berubah terang. Aku menghantuk kepala ke meja. Geram dengan diri sendiri sebenarnya.

"Shafira, kenapa dungu sangat? Mestilah komputer dia ada password. Alahai, aku tak tahu apa-apa pasal Haries, macam mana aku nak teka kata laluan dia?" Keluhku.

Dahi yang sakit diusap-usap lembut. Tiba-tiba, mataku terpandangkan sebuah bingkai gambar yang berdiri tegak di hujung meja Haries.

Tanganku mencapai foto itu. Gambar sebuah keluarga yang terdiri dari tiga orang beradik, dua orang lelaki dan seorang perempuan, seorang wanita dan lelaki yang berusia kira-kira 60-an. Mereka berpakaian baju tradisional orang Melayu sambil tersenyum memandang kamera.

"Ini gambar keluarga Haries waktu raya ke?"

Bibirku mengukir senyum. Senyum pahit. Mereka berlima nampak bahagia. Hatiku jadi sakit apabila melihat foto di dalam bingkai gambar itu. Sejujurnya, aku cemburu sangat.

Kepala disandarkan ke kerusi. "Ah, dahlah!" Pipi ditampar perlahan sebelum gambar itu ditangkap oleh lensa telefon bimbitku apabila memikirkan ia boleh menjadi bahan bukti.

"Tapikan... Kenapa aku macam pernah nampak je muka ayah Haries ni? Dekat mana ya?" Soalku sendiri sambil mata mengecil memandang seorang lelaki tua yang tersenyum bahagia di dalam foto itu.

Aku memejam mata, cuba mencari-cari wajah ayah kepada Haries itu dalam kotak memoriku. Apa nama ayah dia ni?

"Oh, ingatan!!!" Jeritku, geram sebelum tiba-tiba saja aku teringatkan sesuatu. Sesuatu tentang ayah Haries ni.

"Yes, I remember! Masa Haries datang temu duga, dia kata, dia datang kerana janjinya dengan ayahnya."

Selepas tu, tak silap aku, nama ayah dia... Muhammad Hazman. Hmm... Aku pernah dengar ke nama ni? Gambar itu ditatap until kesekian kalinya. Sedaya upaya aku mengerah otak untuk cuba mengingati ayah Si Haries ni.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now