Rancangan

32.1K 3.3K 1K
                                    

LYANA duduk menyilang kaki di atas sofa. Badannya tersandar elok di kepala sofa.

Sampul berwarna coklat yang tebal berisi duit dicampak ke atas meja kaca di hadapan Lyana.

"Upah kau. Ini pendahuluan je. Lepas kau dah berjaya selesaikan misi kau, baru dapat penuh. And if you get any useful information about her, tell me." Ujar RedK atau Maya lalu menyilangkan tangannya.

Sempat Lyana di hadapannya dipandang atas dan bawah. Inilah dia perempuan yang diupah Jack untuk menjadi mangsa dalam kekecohan di AmiZa Holding beberapa bulan lalu. Sebenarnya, ia hanyalah umpan untuk Shafira supaya gadis itu mempercayai Lyana.

Jack pula setia berdiri tegak di sisi sofa. Lebih selesa memerhati.

Wanita itu pantas menyambar sampul coklat itu lalu dibuka pelekatnya. Bersinar-sinar matanya. Banyaknya duit!

Sampul itu dicium lembut. Hmm... Wangi! Bau wang!

RedK hanya tersenyum sinis melihat Lyana yang mata duitan itu. Dasar manusia!

Asal ianya duit, akan dirembat walau terpaksa mempertaruhkan nyawa atau maruah sendiri.

"Okay, deal! Jangan risau. I know my work!"

Lyana kemudian bangun dan terus berlalu keluar. Dia terjerit-jerit kecil kerana seronok mendapat duit.

Ah, nak shopping puas-puas!

#####

HAN'S Cafe. Belakang badan Aiman ditepuk kuat membuatkan lelaki itu tercekik roti yang dimakannya tadi.

Tangan tergawang-gawang mencapai cawan di atas meja namun tak sampai. Muka dah pucat tak ada darah.

Farhan yang melihat dah cuak. Eh, betul-betul tercekik ke apa? Cepat-cepat cawan berisi air kopi diberikan kepada Aiman.

Tapi Aiman tak menyambutnya. Tangannya masih di awangan sebelum tiba-tiba lelaki itu pengsan di atas kerusi.

Membulat kecil mata Farhan. Biar benar? Baru tepuk kecil dah.... Dah...

"Mati?"

Tak semena-mena, Aiman bangun, "Amboi, overnya kau! Nak aku mati ke?" Marah Aiman, tak puas hati.

"La... Hidup balik apa hal? Mati balik... Mati balik!" Arah Farhan, lalu kepala Aiman ditepuk-tepuk.

Tangan Farhan ditepis kasar. "Hei... Hei, kepala ni, jangan sentuh. Suci tau. 34 kali sehari tak tinggal sujud."

Aiman mendabik dada dengan wajah bangga. Farhan tercebik kecil. Nak kata dia solat penuh lima kali sehari.

"Dahlah, kau tiba-tiba saja datang sergah aku kenapa?" Soal Aiman lalu roti kopi di tangan digigit sambil tangan yang memegang pen laju menari di atas kertas.

Itu ialah laporan yang perlu disiapkan untuk dihantar lusa kepada bosnya.

Farhan melabuhkan punggung di hadapan Aiman yang sedang khusuk buat kerja sambil kunyah roti. Gaya makan macam lapar benar.

"Kau... Dah dapat ke maklumat pasal pembunuh yang nak buru Shafira?" Soal Farhan sambil tangannya sibuk bermain-main dengan cawan kopi di meja.

Aiman mengangkat wajahnya.

"Eh, baru aku teringat. Aku ada dapat maklumat baru!" Beritahu Aiman. Pen dilepaskan dari tangannya.

Kini sepasang matanya merenung ke arah Farhan. Badannya juga dirapatkan sedikit ke meja.

Dahi Farhan berkerut. Sedikit tak puas hati. Jarinya tak lagi bermain-main dengan cawan.

"Kenapa kau tak beritahu awal-awal?"
Hanya sengihan kambing diberikan kepada Farhan. Nak kata dia terlupalah tu.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now