Maya Atau 426

32.1K 3.5K 701
                                    

PADA hari ini, aku hanya bermalam di hospital. Aku tak sanggup nak pulang ke rumah setelah apa yang berlaku.

Badan dibaringkan menghadap dinding wad yang coklat dan putih itu. Hatiku semakin ditimpa perasaan resah yang kemuncak.

Doktor yang merawat aku membenarkan aku bermalam di sini kerana mental aku yang masih tak stabil.

Tapi hanya sehari saja. Lepas ni, aku kena balik ke rumah. Cadar bantal digenggam erat. Dapat kurasa titik jernih di tepi mata.

Aku takut. Aku tak nak pulang ke sana. Dahlah aku tinggal seorang. Macam mana kalau pembunuh tu bertindak lebih kejam macam...

Culik aku kemudian mengurungku dalam sebuah bilik yang gelap dan tak berpenghuni? Selepas tu, aku juga takkan diberi makan dan minum. Aku akan mati kelaparan dalam bilik tu.

Ataupun mungkin juga aku akan diseksa sehingga menjadi seorang gila dan dibiarkan mati keseorangan.

Ah, atau kedua-duanya sekali?

Mata dipejam rapat.

Jadi, macam mana dengan AmiZa Holding? Aku dah berjanji dengan papa dan mama untuk meneruskan perjuangan mereka.
Lututku mula merapat ke dada membuatkan badanku terbaring mengerekot di katil wad itu.

Selimut sudah ditarik rapat menutupi separuh badanku.

Suasana yang sunyi sepi tanpa seorang manusia selain aku menambahkan lagi rasa gementarku.

Aku terasa pembunuh tu akan datang sendiri ke hospital dan menikam aku bertalu-talu. Paling teruk, hospital ni bakal diletupkan oleh pembunuh kejam tu.

Fikiranku mula membayangkan macam-macam. Jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon keliling hospital ni.

Piii! Piii! Piii!

Laptopku di sofa wad berbunyi nyaring. Mataku terbuka secara tiba-tiba lalu tindakan spontan, badanku terundur ke kepala katil. Wajahku terasa tak berdarah.

Terkejut dengan bunyi yang takku sangka-sangka itu.

Mata memandang tepat ke arah laptop apple yang masih berdering-dering.

426 ke?

Lambat-lambat, kaki diluruskan lalu turun mencecah lantai bilik wad yang sejuk. Aku mendekati laptop di sofa lalu dibuka.

Skrinnya gelap. Bunyi bising tadi berhenti.

Aku mengeluh lega. Betullah ni 426.

Laptop dibawa ke katil lalu aku duduk bersila menghadap komputer riba itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Kau okey tak?" Soalnya. Dahiku berkerut.

"Aw... Awak tahu apa yang jadi ke?" Jari dimain-mainkan sebentar sebelum cadar katil pula digosok-gosok hingga berkedut seribu. Setelah itu baju hospitalku pula ditarik-tarik perlahan.

Inilah dia orang tak tentu arah. Sampai arah pun tak nampak. Tak reti duduk diam!

"Shafira, stop doing that. I can see you from CCTV. I know you nervous but... Please, try to calm yourself." Tegur 426 membuatkan jemariku yang lincah bergerak terhenti.

Perlahan-lahan, aku terangguk. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus kuat. Aku melakukan perkara yang sama beberapa kali sehingga aku bertenang.

"Shafira, selama ni, aku diam tak buat apa sebab aku nak polis sendiri selesaikan kes kau ni. Tapi nampaknya," ayat 426 tergantung.

Aku menunggu dengan sabar ayat seterusnya yang bakal menerjah gegendang telingaku sebentar lagi.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now