BC•1

29.5K 2.8K 865
                                    

ALAT kawalan jauh di meja bulat diambil. Punat merah ditekan lalu skrin TV plasma 32 inci yang tadinya gelap berubah cerah. Shafira mencapai pula balang biskut coklat sebelum biskut manis berlemak itu disuap ke mulut.

"Hmm, sedapnya!" ujar Shafira dengan mulut yang penuh. Dia mencapai lagi sekeping lalu disumbat ke dalam mulutnya yang tak berapa besar itu.

Farhan yang baru turun dari bilik memandang ke arah Shafira saat telinganya mendengar suara gadis itu.

"Fira, awak ni asyik makan je. Biskut coklat pula tu. Banyak kolestrol tahu tak? Selama ni tak ada pula suka biskut ni." Farhan dengan lembut mengambil balang itu dari Shafira.

Risau melihatkan gadis itu kejap-kejap makan. Benda sama pula tu. Biskut coklat. Kalau bukan biskut coklat, susu coklat. Kalau tak dapat, mesti mengamuk. Pening kepala dia. Nasiblah aku sayang, bisik hati Farhan.

"Ala... awak. Janganlah. Saya bosanlah. Biskut coklat ni je yang selalu sudi nak temankan saya," rengek gadis yang masih berbaju pajama itu. Dahinya berkerut tak puas hati. Dah ada tanda-tanda nak marah.

Farhan menggeleng perlahan. Tak mandi tak apa, terus duduk depan TV. Lepas tu, melantak. Pipi Shafira yang kembung dengan biskut ditarik.

"Dah, tak payah. Pipi awak ni dah tembam sebab selalu sangat makan benda tak berkhasiat." Farhan tidak mahu berkompromi. Wajah tegang ditayangkan. Nada suaranya pula sengaja ditegaskan.

Shafira menghela nafas panjang. Tak mahu melawan meskipun hatinya rasa panas je bila Farhan ambil balang biskut dia.

"Tak apalah. Biar saya mati je kalau macam tu," omel Shafira. Kepalanya dialihkan memandang ke arah lain. Sakit hati pula nak pandang muka Farhan sekarang ni.

Masalahnya, kenapa ambil biskut coklat dia?

Farhan yang mendengar mengucap panjang. Pelik pun ada dengan sikap Shafira yang terlebih dos manja sejak belakangan ni. Macam ada tak kena je. Tak dapat biskut coklat pun boleh mati?

"Fira," panggil lelaki itu, ingin menarik perhatian si isteri supaya memandangnya.

Namun Shafira buat-buat pekak je. Badannya sekarang ni terasa bahangnya. Bengang dengan tindakan Farhan yang dirasakan sangat tak wajar.

"Shafira." Farhan memanggil lagi. Rambut lurus gadis itu ditarik lembut dengan hujung jari, memaksa kepala itu berpaling ke arahnya. Namun sia-sia.

"Ada yang kena tarik rambut sampai botak ni," gerutu Farhan.

"Sampai hati awak nak botakkan saya. Rambut ni anugerah Allah dekat saya tau! Penat-penat saya simpam bagi cantik macam ni. Awak nak botakkan? Biar saya pula tarik rambut awak sampai botak. Nak?" ugut Shafira dengan bibir yang terketap geram.

Tak, semuanya sebab Farhan ambil biskut coklat aku! Hati Shafira membentak. Dia benar-benar kecewa biskut kegemarannya diambil begitu saja.

Apa salah dia? Teruk sangat ke biskut tu? Farhan tak faham! Farhan tak faham betapa sedapnya biskut tu. Shafira mengamuk lagi dalam hati. Berbuku-buku rasa geramnya dengan Farhan.

Dengan wajah yang sudah kemerah-merahan, dia mencerlung tajam ke arah Farhan. Ada sisa air mata di tubir mata gadis itu.

Farhan mengeluh perlahan. Sabar, Han. Mesti dia tengah period. Teruk juga PMS dia, hati kecil Farhan bersuara memujuk.

Kepala gadis itu diusap lembut. "Fira, kenapa ni? Awak period ke? Atau awak ada masalah? Ada apa-apa jadi kat tempat kerja ke?" soal Farhan, lembut.

Tapi mengikut pemerhatiannya melalui CCTV dari pejabat Shafira, tiada apa pun yang terjadi. Semuanya dalam keadaan normal saja.

"Bila saya mengamuk sikit, awak kata saya period. Saya dah sebulan tak period. Pulangkanlah biskut saya. Lepas ni saya janji takkan beli biskut tu pakai duit awak. Apa salah biskut saya? Kenapa awak nak ambil dia?"

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now