Kehidupan RedK

32.2K 3.2K 270
                                    

CAWAN antik bercorak bunga-bunga itu diangkat lalu air teh di dalamnya dicicip perlahan.

Dia melepaskan nafas kuat apabila air panas itu memasuki kerongkongnya. Sangat melegakan tekaknya yang sedari tadi terasa kering pada petang yang agak panas.

Cawan itu diletakkan kembali di atas piring kecil lalu matanya merenung kolam ikan mini di halaman rumah. Air yang mengalir tenang itu membuatkan lamunannya semakin jauh pergi.

Namun itu semua tak lama apabila tiba-tiba saja meja batu dihadapannya ditepuk kuat.

RedK terus tersentak. Matanya mencari empunya tangan yang kurang ajar dan tak reti nak beri salam tu.

Matanya terus terjegil apabila manusia itu ialah Jack. Aduh, apa lagilah lelaki ini mahukan? Selalu saja nak mengacau. Ni buat RedK makin stres dan tak berhenti membebel macam mak nenek.

"Amboi, dari tadi aku perhati kau. Macam tuan puteri London je aku tengok. Sopan dua macam!" usik Jack. Tapi RedK tahu Jack nak memerlinya.

RedK hanya membalas dengan jelingan tajam. Rosak moodnya hari ni dengan kedatangan Jack yang tak diundang itu.

Terus Jack tergelak. "Baru hari ni ke period kau berhenti? Apsal baik sangat hari ni? Biasanya, dah terbalik rumah ni sebab jeritan hantu kau tu." sindir Jack lagi.

Membuntang mata RedK. Amboi, mentang-mentang dia baik petang ini, Jack dah ambil kesempatan nak pijak kepala dia.

"Baik kau diam sementara aku boleh bersabar ni. Aku dah penat asyik nak marah je. Bagi aku rehat, okey?" pinta RedK, agak lembut.

Terlongo Jack di situ. Pantas kerusi batu di hadapan RedK diduduki lalu RedK dipandang tak percaya.

Tanpa berfikir panjang, pipi mulus milik RedK dicubit kuat. Terkejut RedK jadinya. Tangan kasar Jack ditepis kasar.

"Kau apa hal?! Sakitlah! Aku tahulah pipi aku comel, sedap cubit tapi bagilah signal dulu!" marah RedK geram lalu pipinya yang sudah merah digosok perlahan.

Wajahnya berubah masam. Memang mak Jack lahirkan lelaki ni untuk sakitkan hati dia ke apa?

"Hmm... Tak adalah. Sebab kau nampak lain hari ni. So, aku cubitlah kau. Mana tahu depan aku ni hantu ke," ujar Jack tanpa nada.

Dagu ditopang memandang wajah cemberut RedK yang macam baru telan cuka dua baldi.

"Hei, kalau aku ni hantu, dah lama aku gigit-gigit kau bagi mati!" balas RedK bengang. Giginya terketap rapat.

Dah elok-elok dia jadi Perempuan Melayu Kedua Terakhir abad ke-21 tadi, senang-senang saja Jack musnahkan status tu.

Jack sengih nakal. "Hah, boleh juga. Gigit kat sini." Lehernya disua kepada RedK yang berada di hadapannya.

Tak tunggu lama, terus RedK bagi karate chop pada leher Jack. Lelaki itu mengerang sakit. Berkerut dahinya.

"Sakitlah, bodoh! Patah leher aku macam mana?" rungut Jack lalu mengusap-usap tepi lehernya. Pasti dah merah.

Bibir RedK tercebik kecil. "Aku buat tak kuat pun. Acah je kau. Dah, blah! Aku tak nak layan orang sengal macam kau." halau RedK kasar. Langsung tak rasa bersalah melihat Jack yang kesakitan tu.

Jack terus bangun dari duduk. Ceh, kurang asam punya perempuan! Sebelum berlalu, telinganya sempat mendengar gumaman kecil RedK,

"Nak aku gigit kat situ konon. Baik aku cekik je kau. Gatal punya jantan." kutuknya, perlahan.

Jack hanya senyum. Kasar, kasar pun RedK ni, kadang-kadang ada comel juga walaupun sebenarnya, bila RedK ketawa, memang Jack jadi seram gila!

#####

SETELAH hampir sejam menenangkan diri di luar rumah, RedK masuk ke dalam banglo dua tingkat tu yang hanya didiami olehnya dan Jack.

Kelihatan TV plasma 32 inci di dinding itu terbuka tapi orang yang sepatutnya menonton TV itu sudah pun tertidur di sofa bed ruang tamu rumah mewah itu.

RedK mengeluh. "Bazir elektrik rumah aku saja. Bil elektrik aku juga yang keluar duit." bebel RedK perlahan.

TV ditutup lalu Jack yang tertidur dibuai mimpi itu dikejut. Badan Jack digoncang kasar.

Langsung lena lelaki itu tak terganggu. Statik saja. RedK dah geram. Nak saja dia tolak tubuh itu biar bergolek sampai meja makan kat dapur. Jadi bola dalam rumah ni.

Tapi RedK tak adalah kejam sangat dengan housemate dia. Disabarkan jua hatinya.

Sekali lagi, Jack dikejut. "Bangunlah.Tidur kat bilik kau."

Kali ni, ada respons. Jack bergerak sedikit lalu mengaduh kecil. Lehernya dipegang. Kening lebat lelaki itu bertaut rapat menahan kesakitan.

Baru RedK perasan kesan merah di leher Jack masih belum surut. Melihatkan wajah menahan sakit Jack, dia jadi bersalah pula.

Walaupun dia seorang ketua mafia, tak mungkinlah dengan orang kanannya pun nak jahat jugakan?

RedK duduk di sofa lalu leher Jack dibelek dengan wajah yang risau. Kuat sangat ke sampai merah-merah ni? Tapi takkanlah. Ataupun leher ni memang tempat sensitif? Hati RedK tertanya-tanya.

Ah, dia bukannya doktor punlah.

Hmm... Apa patut dia lakukan ya? Setelah berfikir agak lama, kakinya menuju ke arah dapur lalu pintu peti ais atas dibuka luas. Wap-wap sejuk mula menampar wajah RedK.

Sejuk!

Kain tuala diambil lalu lima ketul ais diletakkan di dalam tuala. Kemudian, tuala itu dibungkus rapi.

Dia lekas-lekas menuju ke ruang tamu semula. Kepala Jack diletakkan di ribanya lalu kepala itu dipalingkan ke sisi supaya mudah RedK mahu menuam leher Jack itu.

Saat tuala yang berbungkus dengan ais itu bersentuh dengan leher merah Jack, terus Jack buka matanya lalu bangun secara spontan kerana terkejut.

Leher yang basah dipegang. RedK dipandang tajam. "Kau nak rogol aku ke apa?" tuduh Jack.

Bulat mata RedK mendengarkan tuduhan tak berasas tu. Pantas tuala sejuk itu dibaling tepat ke muka Jack namun lelaki itu pantas menyambutnya.

Sejuknya! Dia rasa ada ais dalam tuala ni.

"Suka hati je kau nak tuduh aku rogol kau. Kau gila ke apa?! Aku pun tak pernah lagi kena sentuh dengan lelaki lepas tu nak rogol kau pula?" tengking RedK. Merah wajahnya.

"Dah tu? Kau buat apa? Kenapa leher aku basah?" soal Jack bertalu-talu. Agaknya, tidur lepas asar, bila bangun, terus jadi bengong!

Lehernya yang basah itu diusap-usap.

"Takkan itu pun masih tak dapat tangkap lagi? Itu aislah! Otak tu jangan lembap sangat boleh tak?" keluh RedK lalu terus bangun dan menuju ke tingkat atas.

Malas mahu melayan perangai masuk air Si Jack tu. Sakit hati adalah.

Boleh dia kata aku nak rogol dia? Apa dia ingat aku ni miang macam dia ke? Getus hati RedK yang mendongkol penuh geram.

Jack terpinga-pinga sebentar sebelum memegang lehernya yang merah. Masih terasa sedikit sakit. Kepalanya dibawa ke bahu kiri dan bahu kanan bagi mengurangkan rasa sakit.

Hujung tuala dipegang dengan dua jarinya. Dia masih keliru kenapa RedK meletakkan ais di lehernya.

Tiba-tiba Jack menepuk dahinya mengenangkan kebodohan diri. Agaknya penangan tidur lepas asarlah tu.

Pantas bibir merah Jack tersenyum senget sebelum dia menjerit dengan lantang dari bawah rumah.

"Eh, ada juga orang sayang aku kat rumah ni?!!!"

"Eee... Diamlah, sengal!" balas RedK dari tingkat dua.

Jack ketawa besar, geli hati rasanya.

Entah nape tgn author ni gatal citer pasal hubungan mesra dorg ni. Saje hilangkn boring kut. Hahaha. Vote n comment.


Hacker 426 ✔️ Kde žijí příběhy. Začni objevovat