Love Rival Lya

34.1K 3.5K 95
                                    

MEREKA berkeadaan begitu selama beberapa saat sebelum Lyana bersuara,

"Boleh pula macam tu. Ini bukan siapa cepat dia dapat ya? Lagipun, betul ke Farhan tu awak punya? Awak ni mesti budak sekolah lagikan? Atau baru lepas habis sekolah." Serang Lyana.

Aku terkebil-kebil di tengah. Apa patut aku buat sekarang ya? Duduk diam atau berhentikan saja?

"Suka hati je. Rara dah besar. Bulan ni akan masuk 19 tahun. Ala, kalau tua sangat macam akak ni takut Farhan tak nak pula." Sindirnya, sedas.

Erk! Aku dah tepuk dahi. Budak zaman sekarang, boleh tahan mulutnya. Lyana kelihatannya cuba menahan sabar. Bibirnya terketap sendiri bila dikatakan tua.

"Siapa kata saya dah tua? Baru 25 tahun. Farhan tu pun mesti dalam 20-an macam tu. Tak sesuai pula kalau awak dengan dia. Nanti orang ingat ayah dengan anak." Bidas Lyana yang tak kurang hebatnya. Sempat senyum sinis diukir buat Rara.

Aku dah berpeluh-peluh. Terasa aura tegang di kiri dan kananku.

"Hei, mana ada! Jangan reka cerita! Walaupun Rara jauh lagi muda, tapi biarlah. Awet muda macam Rara nilah orang selalu cari tau!" Lawannya pula.
"Heh, Farhan takkan nak dekat budak hingusan macam awak ni. Manja semacam padahal dah besar. Geli tau!" Sindir Lyana, tak mengalah.

"Rara bukan manja. Dah memang Rara macam ni," Suara itu mula perlahan. Alamak, Rara nak menangislah!

Aku menjegil pandang Lyana tapi Lyana buat tak tahu. Dia tak mahu memujuk gadis itu nampaknya. Terpaksalah aku sendiri yang jadi pemujuknya.

"Dah, tak payahlah gaduh-gaduh. Nama awak Rara kan? It's okay, Rara. Walaupun awak ni manja sangat tapi Rara pun mesti ada kelebihan sendirikan? Dah, janganlah menangis."

Air mata Rara mula menitis di pipi. Aku dah gelabah. Aduh, macam mana ni? Tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Rara.

"Hei, Cik Amirah, what's wrong? Kenapa nangis ni?" soal lelaki itu yang jelas kerisauan dan dalam kebingungan.

Rara bangun dari kerusi lalu melangkah keluar dari kafe. Lelaki itu mengejar Rara hingga ke luar kafe.

Aku mengeluh lega. "Lya ni, boleh tahan ya? Tak baik tau cakap macam tu. Mungkin ada sebab kenapa dia manja macan tu?" Tegurku.

"Eee... Saya tak sukalah orang yang manja sangat macam dia tu. Dah besar kut! Lainlah macam Fira. Awak jauh beza dengan dia. Daripada dia, rasanya Fira lagi sesuai untuk Farhan."

Eh, nama aku pula yang keluar!

"Dah tu, dia ada lelaki kut. Nak dekat Farhan buat apa? Hish, dasar budak!" kutuk Lyana membuatkan aku tergeleng-geleng sendiri.

Macam-macam betullah!

"Rania tu memang manja tapi dia okey je. I dah anggap dia macam adik I so lain kali please jangan kutuk dia lagi. I dengar ya semua perbualan you." Tegur Farhan, tiba-tiba.

Wajah kami berdua macam dah tertelan pasir. Alamak, Farhan dengarlah.

"Dari mana awak dengar, Farhan?" soalku, gugup. Jangan kata dia dengar dari awal lagi!

"Dari Lyana tanya aku ni dah berpunya belum." jawab Farhan membuatkan mataku terbuntang.

Macam mana dia dengar? Jauh Farhan daripada kami tadi. Aku tak sangka Farhan ni jenis telinga gajah.

Farhan beriak selamba saja. Tiba-tiba mataku terpandangkan sebuah alat kecil berdekatan meja itu. Ya, aku pernah lihat alat seperti perhiasan meja ni.

Alat perakam suara! Pantas aku lihat telinga Farhan. Alat pendengar di telinganya. Patutlah boleh dengar.

Farhan ni boleh tahan licik juga. Hish, lepas ni aku serik dah nak cakap pasal dia bila datang sini. Tak sanggup kena perli!

Nasib baik aku perasan.

Hahaha! Farhan dgr rupanye. Nasib baiklah Fira ni bijak smpai boleh prasan bende alah tu. Kesian dkt Rara. Its ok, Rara. Author x benci Rara k? Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now