17|Chief Excutive Officer

40.5K 4.1K 783
                                    

EMPAT hari berlalu, aku dah pulih sepenuhnya. Sepanjang ketiadaan aku, banyak kerja yang sedang menanti aku dalam pejabat.

Kepala dipegang. Serabut rasanya. Dengusan kasar terbit di bibirku. Apa taknya, dah tujuh bulan berlalu, tapi CEO syarikat masih tak dapat dicari lagi.

Kak Nurin dipanggil menggunakan interkom. Setiausaha aku masuk ke dalam lalu berdiri tegak dihadapanku.
Aku mempelawanya duduk. Wajahku muram saja.

"Kenapa? Fira rasa pening lagi ke?" soal Kak Nurin, prihatin. Pantas aku menggeleng kemudian aku angguk. Berkerut dahi wanita itu melihat pendirian aku ni.

"Macam ni, Fira nak bincang sesuatu dengan akak. Pasal jawatan kosong CEO tu, macam mana? Dah empat bulan kita cuba cari, tapi tak dapat pun?" rungutku.

Kak Nurin dipandang minta simpati. Sebenarnya, aku penat nak menguruskan syarikat ni seorang. Aku perlukan pembantu.

Wanita anggun bertudung itu terdiam. Mungkin baru terfikir tentang itu. Hanya aku saja pewaris tunggal. Tiada yang lain. Tapi takkan aku yang nak uruskan semuanya?

"Akak harap Fira sabar sekejap. Sejak belakangan ni, kerja mencari CEO tu tergendala sebab masalah syarikat. Jadi nak cari tu agak susah jugalah, Fira. Sabar ya!" pujuk Kak Nurin. Wajahnya serba salah.

Aku tersenyum kelat. Tak apa, Fira. Cuba bertahan lagi untuk sebulan ni. In Syaa Allah, boleh!

"In Syaa Allah. Tapi tolong cepat okey? Fira sakit kepala tengok kerja-kerja yang bertimbun ni. Baru cuti sebab sakit, belum cuti kahwin lagi!" balasku, sempat berseloroh.

Apa taknya, kalau cuti kahwin ambil masa sampai sebulan. Kalau masih tak jumpa juga CEO masa tu, memang muflislah syarikat AmiZa Holding ni.

#####

426 mengangkat keningnya. CEO? Perlahan bibirnya mencoret senyum. Dia ada idea yang bernas untuk membantu Shafira.

Ya, dia akan lakukan secara percuma kepada Shafira. Gadis itu tak perlu tahu apa yang dia nak buat.

#####

Lelaki itu tersenyum puas melihat penampilan dirinya. Kemas dan bergaya. Memang nampak macam seorang yang berjaya.

Kemeja dibetulkan. Pantas kakinya dilangkahkan ke lif dan butang 35 ditekan. Fail dipegang di tangan.

Apabila bertembung dengan gadis-gadis yang melirik manja padanya, dia hanya tersenyum nipis.

Setibanya di tingkat 35 itu, dia bergerak ke meja setiausaha di situ. Waktu itu wanita bertudung itu begitu leka dengan komputer di hadapannya.

"Assalamualaikum."

Mata Nurin teralih pada lelaki itu. Berkerut dahinya. Tak pernah lihat pun. Walaupun hairan, senyum tetap diberikan kepada lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Ya, encik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Nurin sopan. Dia berdiri bagi menyambut tetamu tak dikenali itu.

"Saya datang untuk temu duga jawatan CEO." jawab lelaki itu, tenang saja perwatakannya.

Makin bertambah kerutan di wajah Nurin. Pipi digaru. Sejak bila pula aku ada buat temu duga ni? Kejap, atau Fira sendiri yang buat? Getus hati kecil Nurin. Hairan jadinya.

Lelaki itu langsung tak mempedulikan kerutan di wajah Nurin. Sebaliknya jam tangan dilihat.

"Temu duga tu pukul 11 pagi. Sekarang dah pukul 10.55, bila saya boleh masuk?" soal lelaki itu.

Nurin tercengang-cengang sendiri. Namun cepat-cepat mulutnya yang ternganga dikawal.

"Kejap ya, encik! Saya nak call Cik Shafira dulu. Encik boleh tunggu di sofa sana tu." ujar Nurin lalu jari ditudingkan pada sofa baldu berwarna biru tua di sudut dinding.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now