Haries, Apa Cerita?

41.2K 3.3K 1.2K
                                    

PASTI semua orang tertanya tentang aku, Haries si hero kedua. Apa yang terjadi pada Haries selepas Shafira dan Farhan dah bersama? Ramai yang kecewa kerana pengakhiran Shafira bukanlah aku. Ramai juga yang keliru yang aku ini ialah 426.

Maka hari ini, aku akan membuktikan kepada mereka yang aku bukanlah 426 dan selama membaca cerita ini, mereka telah salah faham.

Ya, jika aku bukan 426, aku ialah LBP. Berbeza dengan 426, aku memang seorang orang dalam polis dan terang-terang aku berpihak pada polis. Aku selalu bekerjasama dengan 426 dan boleh dianggap macam kawan baik jugalah. Sebab itulah aku seorang saja yang tahu tentang identiti sebenar 426.

Aku sekarang bekerja di syarikat Shafira sebagai seorang CEO dengan cara temu duga. Walaupun sebenarnya temu duga itu tak pernah ada, tapi aku tetap menebalkan muka ini pergi ke syarikat Shafira dan mengaku datang ke syarikat ini untuk ditemu duga. Nasib baik, aku dah biasa dengan kerja yang memerlukan aku berlakon. Jadi, dengan tahap keyakinan yang melampau, aku sendiri memberitahu mereka AmZa Holding ada mengadakan temu duga.

Fuh, nasib baik berjaya!

Macam mana aku boleh tahu tentang ini kalau aku bukan 426? Hah, jawapannya mudah. Akukan kawan baik 426, jadi dia menghubungi aku dan meminta aku pergi ke AmZa Holding untuk menjadi CEO syarikat itu memandangkan aku ada memberitahunya aku masih tak mahu bekerja di syarikat keluarga sendiri.

426 memang terbaik. Baru dua minggu aku menyuarakan hasrat suci murni aku tak nak bekerja dengan papa, dia sudah pun memberitahu kekosongan jawatan CEO kepada aku.

Rupa-rupanya, 426 sengaja ambil kesempatan terhadap aku. Majikan aku, Shafira Addina tu sebenarnya klien dia, dan dia ingin membantu Shafira dengan menggunakan aku. Ah, apa-apa jelah. Janji aku juga untung!

Kira win-win situation lah kan?

Ramai orang tak dapat membezakan aku dengan 426 tetapi sebenarnya, kami ada perbezaan yang sangat ketara. Aku jenis yang easy-going dengan semua orang. Tapi 426 pula jarang-jarang sekali menunjukkan emosinya. Aku pula agak cepat gelabah tapi 426 seorang yang sangat tenang. Jarang sekalilah aku nak tengok dia marah ataupun risau. Ini kerana prinsip 426 ialah bertindak rasional. Lagi satu, walaupun 426 tak nak mengaku perkara ini, tapi sebenarnya dia agak pandai memujuk perempuan sedangkan aku tak!

Sebab tu, sewaktu aku memarahi Shafira dan membuatnya menangis, sungguh aku buntu nak buat apa. Jadi, dengan kebodohan sendiri, aku pun pergi minta tolong Pak Cik Google. Salah satu cara memujuk perempuan yang aku dapat ialah belanja dia keluar makan.

Memandangkan Shafira bukanlah kekasih aku, jadi tak perlulah sampai aku nak belikan beg tangan, kasut atau patung beruang dekat dia semata-mata nak memujuk dia. Nanti Shafira kata aku buang tabiat. Jadi cara yang paling mudah dengan mengajaknya keluar makan dan minta maaf.

Tapi walaupun aku mengajak dia makan pun, aku tetap kekok. Jalan ringkasnya, aku pergi main MOBA. Akhirnya, aku kena marah kerana mementingkan game. Tapi hubungan kami kembali baik selepas itu.

Aku selalu membantu Shafira jika dia dalam kesusahan. Aku bukanlah jenis yang suka jaga tepi kain orang sangat, tapi memandangkan Shafira nampaknya seperti orang yang penting bagi 426, jadi aku sebagai kawan sedia membantu.

Akhir kata, aku sebenarnya Lelaki Bertopeng Putih dan sememangnya bukan 426.

Cinta? Hmm... Nanti-nantilah rasanya. Dengan keadaan aku yang tak pandai memujuk perempuan ni, baik aku tangguhkan saja semua itu. Nanti takut bercinta, perempuan aku lari.

"Haries!!" Panggil seseorang. Aku tersentak.

"Farhan," balasku lalu tersenyum saat melihat Farhan sudah segak berbaju melayu dan bersamping. Eh, dah nak kahwin dah ke?

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now