13|Rindu?

41.5K 4.3K 251
                                    

KINI dah sebulan berlalu sejak pergaduhan tu. Selepas kejadian tu, aku hanya dapat mesej daripada 426 tentang bayaran yang dia minta. Dia minta supaya aku tak hubungi dia lagi.

Betul kata Kak Nurin. Dia dah ambil bayaran yang sangat berharga pada aku. Duit boleh dicari tapi kalau benda itu yang tak ternilai, macam mana aku nak hadapinya?

Aku hilang satu lagi kebahagiaan.

Lutut dirapatkan ke dada lalu aku menangis sendiri di atas katil. Jujur aku katakan. Aku rindukan dia. Aku rindukan keluarga aku. Aku rindukan Maya. Aku rindu dengan kehidupan aku sebelum ni.

Biasanya, waktu-waktu aku tengah kesunyian seperti ini, akan ada 426 yang akan menceriakan aku. Dia satu-satunya manusia yang mampu buatkan aku lupa pada derita aku selama ni. Dia berjaya buat aku senyum dan ketawa bila bersama dia.

Tapi 426 sekarang dah hilang.

Dadaku terasa sesak. Aku perlukan dia, Ya Allah. Aku rindukan dia.

Selama sebulan ni, hampir setiap malam aku menangis mengenangkan nasib aku.

Ya Allah, adakah aku tak dapat terima qadak dan qadar Kau dengan hati yang redha? Kalau betullah, teruknya aku! Hinanya aku!

Azan Isyak mula berkumandang di luar rumah. Mendayu-dayu suara itu melaungkan kebesaran Yang Maha Esa. Semakin sebak dan pilu dadaku.

Aku bergerak ke tandas dan mengambil wuduk. Sejadah dibentangkan lalu telekung disarung. Takbir diangkat bersama air mata di pipi.

Ini saja penawar hakiki yang aku ada.

#####

FIKIRANNYA melayang teringatkan seseorang. TV yang terbuka langsung tak dapat menenangkan hatinya. Langsung tak dapat menarik perhatian 426 dari teringatkan Shafira.

Perjalanan hidup gadis itu mampu membuatkan dia rasa simpati. Ketabahan gadis itu juga dapat membuatkan hatinya lembut. Kesedihan yang dialami Shafira menjadikan dia tak sanggup untuk buat Shafira semakin sedih.

Walauapapun, 426 ada alasan tersendiri untuk tak memberitahu identiti pembunuh kepada Shafira. Kerana itulah, bayaran dia minta adalah bayaran paling murah pernah dia lakukan.

426 tak mahu Shafira hubunginya lagi. Shafira mesti akan meminta dia memberitahu siapa pembunuh itu.

"Kalaulah kau boleh tahu siapa pembunuh tu, aku tak yakin kau boleh terimanya." bisik 426 sendiri.

Dia duduk termenung di sofa. Tiba-tiba pipi ditampar. "Kenapa aku terfikirkan dia? Apsal aku ni?"

426 segera bangun dari duduknya nak menutup TV. Dia nak rehatkan mindanya dari asyik teringatkan gadis itu. Kenapa ya?

Adakah ini yang dinamakan... Rindu?

"Ha.ha. Tak lawak 426. Tak lawak!" perli 426 pada diri sendiri apabila dia mula fikir entah apa-apa.

Oh, otak! Jangan kau terlalu bagi sangat ruang pada virus simpati ni. Sekarang siapa yang susah? Aku juga yang susah nak buang virus ni. Getus hati kecil 426.

Pintu bilik dibuka. Ruang biliknya yang suram itu dimasuki. Baru saja 426 merebahkan badan di katil, terdengar bunyi dari laptopnya.

Mata yang ingin terpejam, terbuka kembali. "Kerja,kerja,kerja. Nasib baiklah aku suka!" rungutnya lalu badan digagahkan jua menuju ke meja kerja.

Maklumat yang tertera di laptopnya dibaca sebelum headphone dipakai ke kepala. Papan kekunci ditekan.

"Hmm, what's wrong?"

Ya, itulah pembuka bicara bagi 426. Mungkin dengan cara bekerja, dia dapat lupakan Shafira.

Erk! Dia juga yang aku ingat!

Oh my Allah! 426 rindu ke dkt Fira? X pe, kay? Klu ade jodoh x ke manakan? Hohoho!

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now