Amaran Dendam

31.1K 3.3K 674
                                    

BADAN anjing yang tergantung di tengah-tengah ruang bilik bawah tanah itu berhayun-hayun perlahan.

Mata anjing hitam tu sudah terkeluar dari kantungnya manakala mulutnya pula telah dipotong hingga ke telinga. Bahagian telinga sudah hilang entah ke mana. Ekor anjing itu juga dah tiada. Bulu-bulu anjing dilumuri dengan darah basah dan juga kering.

RedK tersenyum sinis di hujung bilik. Dia memandang bangkai anjing itu tanpa perasaan. Pemandangan biasa. Tiada apa yang nak ditakutkan sangat pun.

Melainkan kalau tiba-tiba bangkai anjing tu menyalak padanya. Memang RedK lari tak cukup tanah.

Dua orang anak buahnya dipanggil.

"Bungkus. And then, both of you know what to do, right?"

Lelaki-lelaki itu dijeling tajam bagai nak tembus. Kalau jawab tak tahu, matilah mereka!

Dua orang lelaki itu mengangguk pantas. Muka memang lawa tapi boleh tahan kejam orangnya.

#####

PAGI. Setelah meneliti penampilan diri untuk ke kerja, aku turun bawah untuk bersarapan. Dua keping roti dibakar menggunakan pembakar roti. Marjerin dan gula disapu ke atas roti sebagai penambah perisa. Minuman hanyalah air milo panas saja.

Mudah saja. Kalau dulu, pagi-pagi makan masakan mama. Aduhai, rindulah pula dengan air tangan mama.

Ah, dahlah! Jangan terlalu ingat sangat. Nanti tak pergi-pergi kerja.

Tiba-tiba saja hidungku terbau benda pelik. Busuk sangat! Nak kata tahi kucing, aku kenal baunya macam mana. Bau ni rasa lain.

Bulu romaku menegak. Pantas kiri kanan dipandang. Air liur diteguk. Takkanlah pagi-pagi macam ni pun ada hantu?

Orang kata, kalau bau busuk, maknanya hantu dah dekat. Mungkin sebelah aku je sekarang.

Shafira, jangan fikir macam-macam!

Cepat-cepat aku sarapan pagi sampai rasa nak tersedak sebab kelam kabut sangat. Dahlah bau itu semakin lama semakin menusuk hidung.

Busuk sangat! Nak muntah pun ada.

Usai bersarapan, barang-barang penting diambil bersama. Aku menuju ke ruang tamu dengan langkah yang luas. Hati dah berdebar semacam.

Tapi semakin dekat dengan ruang tamu, bau busuk itu semakin kuat dan kuat. Aku jadi resah.

Setibanya di pintu, pintu dibuka luas, bersedia untuk keluar dari rumah.

Apa yang aku tahu, aku mahu ke pejabat dengan kadar segera. Aku sangat pelik. Dari mana datangnya bau ini?

Kalau wangi tak apalah. Ini busuk sampai rasa kembang tekak ni.

Tapi langkahan kaki yang laju ingin keluar tadi terhenti. Mataku meliar melihat halaman rumah. Rasa mahu tercabut jantung memandang pemandangan yang terbentang luas di hadapan sepasang mataku ini.

Nafasku bergetar perlahan. Badan terundur ke belakang sebelum aku terjatuh kerana lutut yang lemah tak berdaya.

Terasa longlai saja tubuh ini.

Apa yang aku nampak?

Aku nampak halaman rumahku kotor dengan darah dan cebisan daging-daging merah yang masih mentah. Dinding rumah seperti diconteng dengan budak-budak. Tapi bezanya, menggunakan cecair merah yang pastinya ialah darah.

Udara tercemar yang mencucuk-cucuk hidung takku pedulikan. Sungguh, aku terkejut sangat.

Nak saja aku jerit tapi suara bagaikan tersekat di kerongkong. Tubuhku sudah menggigil ketakutan.

Hacker 426 ✔️ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon