Awak Ialah Dia

31K 3.1K 390
                                    

TIGA hari selepasnya, Shafira membuka laptop kesayangannya lalu dengan semangat yang berkobar-kobar, tangannya laju menaip di papan kekunci untuk menghubungi 426.

Dadanya berdebar hebat mengenangkan dirinya tak lama lagi akan mengetahui identiti sebenar 426. Perasaan teruja, cemas, dan takut semuanya silih berganti.

Tangan sendiri diramas-ramas sambil tubuhnya tak berhenti-henti bergerak. Bibir pula sengaja digigit. Ah, kenapa rasa berdebar sangat ni? Bisik hati kecil Shafira.

Dada dipegang, merasa denyutan jantung yang laju mengepam darah. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus kuat. "Tenang, Fira! Tenang!" Pujuk Shafira pada diri sendiri yang entah kenapa menjadi gelabah semacam.

"Shafira!!"

Gadis itu tersentak apabila terdengar suara itu menjerit memanggil namanya. Skrin komputer ribanya sudah lama bertukar gelap. Cuma dia saja tak perasan kerana sibuk melayan perasaan.

"Y...ya," tergagap-gagap Shafira menjawab.

Shafira, kenapa dengan kau ni? Teruja sangat ke apa? Hati gadis itu mengomel, geram dengan dirinya.

"Kenapa kau hubungi aku? Biasanya, waktu malam je?"

"Aaa... Ermmm... Aaa... 426." Panggilku, teragak-agak.

"Fira? Kenapa?" 426 hairan dengan nada suara Shafira yang kedengaran cemas itu. Hatinya dilanda risau. Ada apa-apa jadi ke? Tapi berdasarkan CCTV depan rumah Shafira, tak ada perkara yang pelik terjadi pun.

"426, seorang lagi identiti yang dirahsiakan Haries dan Farhan ialah... Lelaki Bertopeng Putih ke?" Soal Shafira, benar-benar tak sabar. Sedikit pun dia tak mengalihkan pandangan dari memandamg skrin laptop kesayangannya.

Jemari yang terasa sejuk digenggam erat-erat. Sesungguhnya, Shafira mengharapkan jawapan 'Ya'.

"Tolonglah, tolonglah 'ya'." Rayu gadis itu dengan suara yang perlahan. Merayu kepada takdir supaya dia betul. Jika dia betul, dia akan selangkah mendekati 426.

Suasana sepi untuk beberapa ketika. Kemudian, barulah kedengaran suara vocaloid itu menjawab, "Nampaknya, aku terpandang rendah dengan kau."

"Maksudnya 'ya' ke?" Gadis itu inginkan jawapan yang pasti, yang mampu melegakan hatinya.

"Hmm... betullah tu." Balas 426, datar.

Hati Shafira terasa berbunga-bunga, bahagia sangat! Dia tak tahu mengapa dia gembira sangat dengan kejayaan kecil ini, walhal dia tak tahu siapa lagi 426 dan siapa pula LBP itu.

Cuma dia rasa gembira.

Sejak balik dari berjumpa dengan Aiman tadi, kata hatinya menyebut satu nama, memberitahu bahawa nama itulah, orang itulah...

Benarkah? Tapi dia yakin dengan kata hatinya walaupun secara logikalnya, dia masih tak dapat mencari identiti sebenar lelaki pujaan dalam diamnya itu.

"426, saya rasa saya macam... Macam dah dapat teka siapa awak?" Pendapatnya diutarakan.

"Mudahnya?" Balasan ringkas 426.

"Sebenarnya, saya masih tak pasti kata hati saya ni betul ke tidak. Tapi, saya nak cuba nasib. Saya nak ikut apa yang naluri saya cakap. Arwah mama pernah cakap, naluri perempuan jarang salah." Tutur Shafira seraya hembusan nafas kuat dilepaskan.

Dia tekad!

"426, untuk tahu saya salah ke tak... Saya akan buat sesuatu."

"Okay, so what do you want to do?"

"426, awak diakan? Yang jarang tunjukkan emosi dia pada saya, selalu ambil berat pasal saya, percayakan saya, sentiasa ceriakan saya dengan cara dia sendiri," Shafira berjeda seketika. Gadis itu rasa sebak tiba-tiba.

"Dia yang pernah jadi kawan baik saya dulu. Seorang tuan kafe yang banyak kali juga belanja saya bila saya sedih. Yang pernah ajak saya pergi pantai... Tanam botol dekat pantai hanya sebab nak ceriakan saya. Dia pernah cakap, lepas setahun, saya akan datang situ dan baca isi dalam botol tu."

426 terus berdiam. Walhal dia dapat tahu nama siapa yang akan keluar daripada mulut Shafira.

"Awak ialah diakan?" Suara Shafira mulai bergetar.

"Farhan Qaidhar?" Gadis itu menyambung kata setelah lima saat senyap.

Sepi. Tiada siapa yang mahu membuka mulut tika itu. Masing-masing buat keputusan untuk menutup rapat mulut.

"Farhan, kalau betul itu awak, saya nak jumpa awak dekat pantai yang pernah awak bawa saya dulu, pukul 5 petang. Tapi kalau awak ialah Haries... Awak tak payah datang. I'm sorry if my guess is wrong."

Dan Shafira terus mematikan talian. Untuk kesekian kalinya, dia menghela nafas kuat. Dia rasa lega tapi risau pada masa yang sama. Lega kerana akhirnya, dia dapat memberitahu sendiri 426 siapakah lelaki itu sebenarnya. Namun bimbang, kalau-kalau tekaannya salah.

Jika tekaannya salah, pasti hubungannya dengan 426 menjadi renggang. Air liur diteguk.

Kedua-dua belah pipi ditepuk perlahan. "Ah, Shafira! Please be confident! Kau sendiri yang pilih untuk buat semua ni." Pujuknya pada diri sendiri.

####

GADIS itu mengambil tempat di bawah sebatang pohon kelapa yang berdekatan dengan tempat dia dan Farhan pernah menanam sebuah botol kaca di dalamnya.

Sejak bercakap dengan 426 semalam, perasaan resah dan teruja tak pernah hilang dari hatinya. Dua perasaan itu seperti bertingkah sesama sendiri dalam dirinya.

Shafira gigit bibir bawah. Kedua-dua belah tangannya yang sudah sejuk macam ais itu disatukan lalu dahi diletakkan pada kedua-dua tangannya, berdoa dan memohon kepada Allah supaya Farhan datang.

Supaya Shafira tahu bahawa tekaannya tak salah.

Dia sanggup menunggu di situ. Apa yang dia harapkan cuma ialah Farhan Qaidhar muncul di hadapannya. Tak perlu kata pengakuan, kerana Shafira akan tahu sendiri Farhan ialah 426.

"Tapi macam mana kalau salah?"

Dia tiada jawapannya walaupun soalan itu sering berlegar-legar di mindanya.

Ya, apa akan terjadi kalau sebenarnya, dia salah? Shafira takut untuk memikirkan perkara itu.

"Please, please... Farhan. Please come." Suaranya bernada merayu. Dia tahu Farhan takkan dengar.

Sudah sejam berlalu. Matahari semakin tenggelam di ufuk barat. Hari pun kian gelap. Shafira perlahan-lahan mendongak memandang langit.

Lebih gelap dari biasa. Mungkin nak hujan. Sedang dia leka memerhatikan langit yang jauh, tiba-tiba saja matanya terasa panas. Dirinya tak mampu untuk lari lagi dari perasaan sebak yang menyerbu dadanya.

Bibir diketap. Perlahan-lahan, esakannya mulai kedengaran. Shafira kecewa sangat. Terasa macam semangatnya hilang dibawa pergi.

"Farhan, saya nak awak datang. Farhan,"

Kepalanya menunduk kembali memandang pasir pantai yang kuning. Shafirat dapat lihat titis air hujan menitik ke atas permukaan kasar pasir.

"Farhan..." Ngongoi gadis itu, sendiri.

Tolonglah datang. Datanglah. Please! Tuhan yang Mengetahui Segalanya yang Tersembunyi, tolong hadirkan dia sekali lagi di hadapanku. Sungguh, aku mohon. Shafira berdoa.

Hanya Tuhan harapannya yang satu.

Homay... Farhan x dtg!!!! 😭😭So tekaan Fira salah lah kan?😓 Means, 426 dye Haries lah kannnn😕....eh, ya keee ni??😶 Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now