11|Strategi Baru

46K 4.2K 278
                                    

PAPAN kekunci ditekan laju dengan jari runcingnya. Mata 426 tepat memandang laptop kesayangan yang dah tiga tahun berkhidmat dengannya.

Headphone di kepala dipakai apabila CCTV di rumah mewah milik sebuah mafia yang ingin ditangkap oleh pihak polis dapat digodam dengan jayanya.

Setiap sudut rumah tu tak terlepas dari pengetahuan 426. Mic dibetulkan kedudukan.

"Inspektor, dalam rumah tu ada satu bilik bawah tanah, dekat dengan dapur. Ada enam bilik iaitu satu bilik di bawah, lima lagi di atas. Empat bilik tidur, yang lebih tu mungkin bilik tahanan. Bawah tanah pula cuma ada senjata dan bahan api." cerita 426 kepada polis yang berurusan dengannya, Inspektor Muaz.

"Budak-budak?" Soal Inspektor Muaz.

"Budak-budak dia semua tengah mabuk, sir. Sibuk merasa 'lauk' depan mata. So nothing to worry. And the boss there. Bilik pertama dari kiri. He also busy with his woman. But there are about... five person that you have to be careful. They looked suspicious."
"Oh, bagus! Senanglah kerja saya nanti. Malam ni, semuanya akan berakhir."

426 senyum senget. Mungkin? Manusia-manusia di dalam rakaman CCTV itu dilihat. Dagu ditopang dengan tangan.

"Kauorang tahu, semua kerja ada risikonya tapi kauorang langsung tak ambil peduli. Bila dah kena tangkap tu, accept it with a smile okay?" Perli 426 walaupun ahli kumpulan tu takkan dengar apa yang dia cakap.

Baginya, kalau dah tahu nak jadi gangster sangat, dah tak ada masa nak bersenang-lenang lagi. Musuh sentiasa ada di mana-mana tanpa disedari.

Macam keadaannya sekaranglah. Risiko untuk ditangkap atau mungkin dibunuh tu tinggi kerana 426 dah banyak buat orang memusuhinya kerana bayaran yang tak masuk akal.

Apa taknya, macam-macam dia minta. Tujuan? Pada awalnya, dia sekadar mahu menjatuhkan kumpulan-kumpulan penjahat di Malaysia ni tapi dia langsung tak sangka, selain daripada polis dan kongsi gelap, nama 426 tersebar meluas untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam syarikat.

Bila dah begitu, 426 terima saja. Rezeki jangan ditolak!

#####

PASU bunga yang baru saja dibeli di Paris sebulan lalu kini pecah berkecai mencium lantai gara-gara ditendang oleh RedK.

RedK meraup rambutnya ke belakang. Geram, bengang, benci dan kecewa! Matanya tajam memandang Jack yang sedang berdiri tegak di tengah-tengah bilik.

Wanita itu melangkah ke arah Jack lalu kolar lelaki itu dicekak kuat dengan bibir terketap rapat. Jack hanya membiarkan. Apa kelas lawan wanita? Tak adillah orang kata.

"Eh, aku bayar duit mahal-mahal dekat kau tapi macam mana dalam masa tak sampai seminggu, duit 5 juta US dolar tu hilang? Okeylah, masa tu aku bagi masa tiga hari untuk dapatkan balik duit tu tapi kenapa sampai sekarang tak dapat, hah? Kau buat kerja ke tak?" Tengking RedK dengan wajah memerah.

Jack menepis perlahan tangan majikannya. RedK pula mundar-mandir di biliknya dengan wajah resah.

"Kau ingat senang ke? Sekuriti akaun dia ketat sangat. Susah nak masuk. Ala, kita usaha cara lain." Beritahu Jack, meredakan kegusaran bosnya.

Tulah, gelak lagi macam Kak Ponti hari tu. Sekarang ni nak menangis pula. Piraah! Gerutu hati Jack, jengkel rasanya dengan wanita itu.

"Aku bukan nak duit, tapi aku nak hancurkan dia! Dan salah satu cara dengan ambil duit dia! Yang aku peliknya, macam mana duit tu boleh kembali semula pada dia?" Fikir RedK lalu menggigit jari.

Dia jadi tak tenang kalau Shafira bersenang sekarang ni. Dia mahu lihat muka terseksa Shafira, bukan wajah puas gadis itu. Wajah itulah yang paling dibencinya!

Jack tergeleng-geleng perlahan. "Kau punya taktik tu terlalu obvious. Kau kena guna cara halus supaya dia tak tahu langsung ada orang nak sabotaj dia. Shafira ni bijak. Bila dia tahu ada orang cari pasal dengan syarikat, dia tak bodoh nak menunggu je. Mesti dia ada upah orang." Ujar Jack, selamba.

RedK memandang Jack seraya menjegilkan matanya. "Apa maksud kau? Kau ada cadangan ke?" Soal RedK ingin tahu.

Bibir Jack tersengih kambing. "Maksudnya, kita kena buat dia langsung tak syak apa-apa. Kita buat cara paling halus sampaikan bila syarikat dia muflis pun, dia tak sedar kita yang sabotaj dia." Terang Jack lalu menghempas punggung di sofa.

Wanita itu pantas mendekati Jack. "So what are we gonna do?"

"Kita umpan dia untuk percayakan kita." Jawab lelaki itu. Dia ada rancangan baik punya!

Tiba-tiba kepala Jack ditunjal. "Kau nak suruh aku yang umpan dia? Kau gila?" Kutuk RedK lalu tangan disilangkan ke dada.

Jack menjulingkan matanya. Nak marah, bos sendiri. Nasib baik muka tu cantik juga.

"Akulah yang umpan dia. Macam mana? Tu pandai-pandailah aku bereskan sendiri."

Bibir merah menyala RedK tersenyum sinis. "Ya, ya je kau. Kerja aku bagi pun kau tak mampu buat." Perlinya.

Jack menjeling sekilas RedK sebelum mengeluh panjang. "Aku buat kerja tak jadi sebab rancangan kau tu tak cukup bagus." Bidas Jack lalu menuju ke pintu. Mahu keluar. Rimas duduk dalam bilik ni.

RedK tak melawan. Kalau Jack mampu menjatuhkan Shafira, dia akan bagi pelepasan pada lelaki itu.

Jack pula sibuk merangka strategi baru. Ya, strategi baru untuk menghapuskan Shafira.

Wuuu... RedK kembali dgn org kanan dia. Apsal author rase diorg ni mcm sweet je? Ke perasaan author je? Apa2 pun, apa bende yg Jack rncang ek?

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now