Shafira & Maya

33.6K 3.1K 353
                                    

KERETA milik Farhan berhenti di lampu isyarat merah. Shafira memandang Farhan di sebelahnya yang sedang sibuk membelek telefonnya.

"Awak, kita nak pergi mana?" Soal Shafira apabila dia masih tidak dapat menjangka hala tuju mereka.

Farhan senyap seketika dengan gajet di tangan sebelum menoleh memandang gadis itu di sebelahnya. "Penjara Kuala Lumpur." Ujar Farhan lalu tersenyum.

Kening Shafira bertaut rapat. "Tapi bukan ke Penjara KL dekat arah sana?" Gadis itu hairan kerana Farhan menggunakan jalan bertentangan untuk menuju ke penjara itu. Mereka dah salah jalanlah!

"Tahu."

Setelah itu, lampu isyarat bertukar hijau. Pemandu mula menjalankan kenderaan mereka. Farhan menekan pedal minyak lalu stereng dipusing hampir 360 darjah untuk membuat pusingan U.

"Farhan!! Mana boleh U turn kat sini!" Jerit Shafira apabila Farhan dengan tidak rasa bersalahnya membuat pusingan. Hon-hon kereta kedengaran dari arah bertentangan dan belakang, marah dengan tindakan gila si pemandu.

Mata Shafira membulat apabila sedikit saja lagi kereta Farhan hampir berlanggar dengan kereta yang berjalan arah bertentangan dengan mereka.

Tali pinggang keledar digenggam erat. Tuhan, selamatkan aku!

Tiba-tiba Farhan ketawa kecil. "Kau sayang akukan? So, kau kenalah kenal orang yang kau sayang ni suka langgar peraturan jalan raya." Setelah tawanya reda, senyum senget terhias di bibir merah Farhan.

Wajah Shafira pucat ketika melihat meter laju Farhan sudah mencecah 110 km/jam. Nasib baik jalan di Kuala Lumpur luas, jika tidak sudah lama mereka jatuh masuk gaung.

####

BIASAN wajah yang terpantul di cermin tandas itu direnung lama. Berselendang hitam dan berbaju kurung. Dahulu, dia juga sering memandang ke cermin dan setiap kali itu jugalah dia akan melihat sepasang mata yang sedang merenung benci dan marah. Namun itu kisah tiga bulan lalu, kini apa yang dia lihat dalam dirinya hanyalah penyesalan. Langsung tiada ruang dalam hatinya dendam mahupun marah.

"Kalau aku berubah pun, dapat ke dia maafkan aku?" Maya menyoal sendiri.

"Mestilah tak. Kalau aku ada kat tempat dia pun, aku takkan mampu maafkan orang yang bunuh semua ahli keluarga aku." Pertanyaan yang ditujukan kepada diri sendiri tadi kini dijawab dengan nada pasrah. Dialah pembunuh kepada keluarga sendiri dan ternyata sampai sekarang, dia merasakan dia tk layak menerima maaf daripada sesiapa pun mahupun dirinya.

Setelah membetulkan selendangnya, Maya membawa dirinya keluar dari tandas. Setelah mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang menyambutnya tadi, Maya terus berjalan pergi dari penjara itu.

Maya telah berjanji dengan diri sendiri akan sentiasa melawat Jack dari semasa ke semasa.

Tiba-tiba telinganya terdengar suara seorang gadis sedang menjerit kecil. Jantungnya seakan-akan direntap keluar dari jasad tatkala mendengar suara itu. Badannya serta-merta menjadi kaku.

Mungkinkah dia salah dengar?

"Farhan, lepas ni saya yang akan bawa kereta. Awak duduk belakang. Kalau awak yang bawa, saya takut kita terus straight masuk kubur nanti." Bebel empunya suara. Nadanya kedengaran garang namun pada yang sama terselit kemanjaan di situ.

Perlahan-lahan, Maya berpaling ke belakang. Lututnya terasa lemah saat melihat orang itu. Gadis itu.

"Shafira,"

"Maya,"

Mereka berdua menggumam serentak dengan riak muka yang sangat terkejut. Masing-masing tergamam dan terkedu di tempat masing-masing. Tiada seorang pun yang bergerak apatah lagi bersuara.

Hacker 426 ✔️ Onde histórias criam vida. Descubra agora