Just The Beginning

37.8K 3.5K 108
                                    

REDK mendengus geram. Tambah lagi satu kerjanya nak menolong Jack keluar dari penjara dengan mengikat jamin lelaki itu.

Mereka berdua berjalan keluar dari penjara menuju ke kereta Mercedez milik RedK yang terparkir elok di lot parkir.

Kunci kereta dibaling ke arah Jack lalu Jack menyambutnya. "Kau bawa kereta."arahnya, ringkas kemudian membuka pintu kereta lalu memboloskan dirinya ke dalam.

Sebenarnya, RedK masih panas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Jack atau Shazwan itu.

Kereta perlahan-lahan keluar dari balai penjara itu. RedK duduk menyilang tangan di sebelah Jack.

"Kau ni memang teringin nak kena sumbat dalam penjara ke? Amacam? Best dua hari masuk sana?" Perli RedK, bengang.

Jack tersengih-sengih. "Fuh, best dapat merasa debik orang dalam penjara tu. Lain kali bolehlah aku masuk lagi." Balas Jack, sengaja nak sakitkan hati gadis itu.

"Kau memang nak buat aku sakit hati dengan kau ke apa? Actually, kau ni boleh harap ke tak? Aku menaruh kepercayaan pada kau, tapi last-last, aku dapat tahu kau kena sumbat dalam lokap! What's the meaning of this? Kata bernas sangat idea tu!" Cemuh RedK dengan suara separuh menjerit.

Jack memegang telinga kirinya yang terasa berdesing. Ergh, mafia tak mafia, kalau namanya perempuan... Sekali membebel boleh cair tahi telinga!

"Relaks. Aku tahulah apa aku buat."

RedK memandang Jack tak percaya. Rasa mahu dipijak-pijak saja lelaki itu biar penyet. Suka buat dia marah agaknya! Tolonglah, dia pun penat asyik nak menjerit saja.

"Kau nikan tahu cakap, lepas tu menyusahkan orang. Aku bagi kau kerja suruh buat elok-elok. Jatuhkan syarikat dia secara senyap, kau tak mampu. Okay, I give you more chance dengan buat sesuka hati kau untuk jatuhkan Shafira dan sekarang ni apa aku dapat? Aku dapat berita kau kena campak masuk dalam penjara!" Jerkah gadis itu lagi.

Kini wajahnya memerah menahan marah. Dada dah turun naik. Darah mudanya terasa menggelegak dengan sikap acuh tak acuh Jack itu.

Lelaki itu mendengus kasar. Tak sedar diri tu perempuan, bisik hati Jack. Kalau tak disebabkan janji Jack pada ayah RedK, memang dah lama dia bagi makan sup kaki dan tangan masak merah pada RedK itu. Kerjanya nak memekak saja! Rimas.

"Please, stop nagging like a nanny. Bising tahu tak? Aku dah kata aku tahu apa aku buat, kau diam dan tengok sajalah. Apa? Kau ingat kalau kau bising macam ni, Shafira tu dapat mampus ke? Nak hapuskan orang besar macam dia tu, perlukan masa. Shafira not an ordinary woman. She's cannot be fooled and she's not stupid enough like other lowly people. Dan kau! Kena faham tu!" Keras suara Jack kali ni. Kereta sudah diberhentikan di tepi jalan.

RedK pula yang terdiam seribu bahasa apabila suara itu mula naik. Walaupun dia ialah majikan, tapi RedK tetap perempuan. Bila dah kena tengking dengan lelaki, menikuslah jadinya!

Stereng ditumbuk sekali oleh Jack lalu gear ditarik. Kereta mula meluncur laju membelah jalan raya.

Lima minit mendiamkan diri, RedK bersuara, "Jadi apa rancangan kau? Masuk penjara lepas tu?" Soal Redk. Ada nada sindiran di situ.

Jack senyum sinis. "Banyak lagi yang kau tak tahu, RedK. This is... Just the beginning." Ujar Jack.

"Aku akan percayakan kau lagi." Balas RedK. Dia tak mahu bergaduh dengan orang yang paling setia dengannya itu. Jack itulah tulang belakangnya selama ini.

Lelaki itu menjeling wanita di sebelahnya kemudian meneruskan pemanduan. Dia mengukir senyum misteri.

Yes,this is just the beginning.

Hmm... Apsal author rase Jack ni yg brdendam dgn Shafira eh? Ah, apa2 jelah. Author nk tanye ni, korg igt tk watak Redk dn Jack ni. Jgn lupe eh. Ni the antagonist k? Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now