6|Shafira & 426

44.2K 5.2K 979
                                    

DENGAN debaran yang mencapai tahap maksima, aku duduk di kerusi pejabatku. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Jari yang menggigil menekan papan kekunci. Sebelum menekan Enter, aku membaca basmallah dulu.

Kak Nurin terpaksa pulang awal kerana anaknya demam panas dan dimasukkan ke hospital sekarang. Jadi, tinggal aku seorang di sini.

Enter ditekan. Setelah beberapa saat, skrin laptop berubah gelap. Semakin hebat rasa gementar aku.

"Yes, 426 here. What can I help you, Shafira Addina Ahmad Aminuddin?"

Aku tersentak bila dia mengetahui nama aku. Makin seram aku jadinya. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan.

"Saya perlukan pertolongan awak untuk selesaikan masalah saya."

"Hmm... Kau ni 25 tahun, tapi dah pegang jawatan besar. Aku nak tanya ni, kau tahu tak apa risiko yang perlu kau tanggung kalau nak minta pertolongan aku?"

Dia pun tahu umur aku. Agak-agaknya, dia tahu tak pasal kisah aku? Memandangkan dia mesti kenal papa. Lagipula, berita tentang kejadian tentang kebakaran rumah aku tu masuk berita.

"Ya, saya tahu. Saya dah fikir masak-masak, and I will do anything." balasku, yakin.

Huh, berani. Getus hati 426. Keningnya terangkat sedikit.

"Okey. Esok aku akan hantar surat perjanjian dekat rumah kau esok. Sekarang, let me hear your story."

"Hmm... Sebelum tu, awak nak alamat rumah tak? Takut nanti tersalah rumah pula." celahku. Yalah, mana tahukan?

"Heh, jangan buat lawak. Aku tak bodoh," balas 426, bernada selamba. Aku tanya pun salah ke? Lagipun aku tengah buat lawak ke?

"Okey." Dan aku terus senyap.

"Kau diam kenapa? Ceritalah. Macam mana aku nak tahu cerita kalau kau diam, Cik Shafira?"

Aku tersengih. Dah kena cerita rupanya. Malunya! Mesti 426 ni ingat aku tak betul. Aku pun memulakan cerita dari A sampai Z. 426 hanya diam mendengar cerita aku sampai habis.

"Okey. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan 426. Surat tu akan sampai esok. Jangan lupa tengok peti surat." pesan 426. Aku mula terfikir 426 ni seorang yang peramah juga. Aku tak rasa takut pun dengan dia sebab dia ni jenis sempoi.

"Sebelum tu, boleh saya tanya beberapa soalan?" pintaku.

"What?"

"Awak takkan minta duitkan?"

"Yes."

"Benda berharga yang perlu saya bayar tu bukan nyawa atau badankan?"

"What?! Hell no!"

Aku mengeluh lega. Maksudnya bukanlah. Aku mula tersenyum.

"Ada soalan lagi? Jangan tanya soalan mengarut kalau tak nak aku blackoutkan syarikat kau sampai esok pagi."

Aku tersengih-sengih. Seronok juga borak dengan 426 ni. Aku membayangkan dia seorang yang serius tapi tak pun.

"Hmm... Satu lagi soalan. 426 tu apa? Kod pengesahan ke?" soalku. Macam mana boleh dapat nama 426 tu agaknya ya?

Usai saja menanyakan soalan tu, lampu pejabatku terpadam. Aku terkejut. Eh, mengarut ke soalan tu?

"426, buka balik! Saya takut gelap! Macam mana saya nak turun bawah? Ni tingkat 35. 426, janganlah main-main!" rayuku sambil laptop didepan digoncang-goncang laju. Kiri kanan dipandang. Seramnya!

Lampu terbuka kembali. Lega! Aku terduduk di kerusi.

"Aku nak offline. Baik kau balik sekarang sebelum aku blackoutkan rumah kau pula!" ugutnya.

Kelam kabut laptop ditutup dan barang dikemas. Bergegas aku tutup lampu dan keluar. Tak naklah aku. Aku ni takut dengan gelap. Terasa diperhati.

Baik jangan cerita!

Hahaha! Chap ni author rasa paling best. Reaction Fira bila blackout tu mmg x boleh blah. Hehehe. Boleh x author rasa citer sendiri best? Ntahlah, nak! Vote n comment!!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now