Watak Jahat

27.1K 2.9K 123
                                    

PINGGAN disental kasar dengan span berwarna kuning itu. Sabun dari span terlekat pada pinggan yang berminyak. Span kuning di tangan dicengkam kuat. Ah, kenapa ini perlu terjadi? Kenapa aku perlu jadi orang gaji dalam rumah ni? Tanpa gaji pula tu! Ini bukan orang gaji tapi hamba abdi! Gerutu hati kecil Lyana, geram.

Gila! LBP dan anak-anak buahnya memang sudah gila! Tak pernah seumur hidup dia perlu melakukan semua ini tanpa diberi upah. Ini adalah suatu pengkhianatan!

Habis, kau khianat Shafira tak apa pula? Akalnya menyoal.

"Hish, cerita perempuan tu lain, aku lain!" Bisik Lyana sambil tangan asyik menyental pinggan mangkuk di sinki.

Jadi, inilah yang mereka maksudkan. Korbankan dia dengan menjadikannya sebagai hamba!

"Hoi, cik kak! Lapar ni! Makanan mana? MAKANAN!" Soal Black di muka pintu dapur. Lyana pantas menoleh ke arah Black dengan pandangan tajam. Bibir pula diketap rapat-rapat.

Sakit matanya melihat lelaki itu. Bukan, semua orang lelaki di dalam rumah ini dia benci dan benci dan benci! Kalaulah dia kuat, pasti setiap seorang dibelasahnya teruk-teruk dan rebus buat daging cincang.

"Hei, bukan setengah jam lepas aku baru sediakan nasi goreng ke? Tak puas-puas lagi? Kau ni nafsu makan apa?!" Jerkah Lyana.

Apa taknya, susah payah dia masakkan nasi goreng kampung dua mangkuk besar untuk mereka, tapi masih ada yang tak puas-puas makan lagi. Span di tangannya sudah hancur kerana digenggam kuat sangat.

"Itu main dish. Dessertnya mana?" Soal Black. Dia tahu Lyana sakit hati dan benci dengan mereka, tapi itulah yang disuruh ketuanya, LBP.

"Biar dia merana jiwa duk dalam rumah ni. Lepas tu, boleh terus hantar pergi Hospital Bahagia." Ujar LBP lalu tersenyum misteri.

Namun Black tahu, LBP hanya bergurau saja. LBP masih ada sisi kemanusiaan dalam dirinya. Jikalau tak, masakan Lyana boleh duduk sini dengan tenang dan aman. Cuma Lyana macam dah jadi Cinderella versi jahat dalam rumah ni.

"Wei, kalau kau nak sangat, kau pergi buat sendiri sajalah. Kau ingat aku ada masa ke nak melayan kau je? Jangan buat aku makin stress boleh tak?!" Marah Lyana lalu pinggan mangkuk dan cawan yang siap dicuci disusun kasar di rak.

"Ala, kau pun dah habis basuh pinggan. Lagipun, sedar diri sikit. Kau tu orang gaji je." Sinis Black berkata. Memang hobinya menyakitkan hati Lyana yang dah seminggu jadi hamba abdi dalam rumah mewah ini.

Lyana bercekak memandang Black. "Kau tahu tak? Aku kena basuh baju dan sidai baju kau lagi. Rumah pun belum kemas! Kau ingat ni rumah pondok ke? Rumah ni besar tau! Jadi, tolong jangan kacau aku!" Bebel Lyana lalu berjalan pergi ke belakang dapur.

"Huh, garang gila perempuan tu. Nenek aku pun baik lagi." Omel Black.

Dia melangkah ke arah peti sejuk lalu pintu peti dibuka luas. Puding manga diambil. Lantas itu, fikirannya mula melayang mengingatkan perbualannya dengan LBP seminggu lepas.

"Ketua nak buat apa dengan dia?" Soal Black, sekadar berbasa-basi. Ingin tahu juga nasib gadis di dalam kurungan mereka itu.

LBP melabuhkan punggung di sofa. Alat kawalan jauh di meja kaca diambil lalu punat on ditekan. Semerta skrin televisyen yang gelap bertukar cerah.

"Hmm... aku ingat nak biar dia duduk sini sekejap. Jadi orang gaji." Selamba LBP menjawab. Dahi Black berkerut pelik. Dia turut mengambil tempat di sisi ketuanya itu. Wajah LBP dipandang tajam. Walaupun hakikatnya mereka sebumbung dan sudah berbulan-bulan lamanya berkenalan, tapi wajah dan identiti sebenar LBP masih tak diketahui.

Jikalau tak dengan topeng putihnya, pasti dia akan memakai topi dan topeng klinik untuk menyembunyikan identiti sebenar.

"Kenapa tak serah saja kat polis? Dia boleh didakwa sebab bersubahat dengan pembunuh."

LBP diam sejenak. Black masih setia menunggu jawapan. Mata LBP tepat memandang skrin TV, namun Black dapat merasakan sepasang mata coklat cair itu bagai merenung sesuatu yang jauh.

"Aku kesian dekat dia."

Black masih menunggu jawapan selanjutnya. Dia percaya penuh dengan lelaki bertopeng putih itu. Pasti LBP ada sebab tersendiri.

"Aku selalu dengar dia nangis malam-malam,"

Hanya suara pengacara di kaca televisyen saja yang memecah sepi antara mereka berdua tika itu.

"Aku tahu, dia rindukan mak dan ayah dia." Nada suara LBP bertukar sayu.

Black terangguk-angguk perlahan. Ya, dia tahu sejarah hidup Lyana. Dari kecil lagi, Lyana dah dipaksa mencari kerja demi sesuap nasi buat ibunya yang lumpuh separuh badan dan ayahnya yang diserang strok.

Demi sesuap nasi. Demi ibu dan ayah. Demi kebahagiaan kedua-dua orang tuanya.

Lyana kini hidup sebagai seorang perisik. Hanya dengan itu, dia dapat mencari duit dengan banyak untuk menampung kehidupan daif ibu dan ayahnya.

Mereka diam lagi. LBP memandang Black di sebelah.

"Kadang-kadang, kau kena faham juga watak jahat ni. Kan?"

Pi! Pi! Pi!

Bunyi dari peti sejuk Panasonic itu menyentakkan Black, membawa jauh lamunannya tadi. Pantas pintu peti ditutup rapat.

Korang dh maafkan author blom? Sorilah ye. Nak bitau author hiatus, fon dah kene rmpas siap2. Harap korg fahammm.... Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now