4|Hacker 426

47.6K 4.6K 481
                                    

MEJA dihentam kuat dengan penumbuknya. Urat-urat mula timbul di dahinya malah rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan amarah.

"Bodoh!! Bodoh!!! Menyesal aku minta tolong dia! Arrgghh!!" jerit Marcus, geram. Barang-barang di meja dilempar ke lantai. Wajahnya yang putih itu memerah.

Konco-konco Marcus hanya diam tak berkutik. Tak nak masuk campur dengan angin monsun bos mereka. Kepala tertunduk memandang lantai, tak berani nak bertentang mata dengan mata merah Marcus. Tak pasal-pasal, kepala mereka berpisah dari badan kalau berani sangat.

Rambut diramas kasar. Marcus memandang orang kanannya, Roy yang berdiri tegak di hadapannya.

"Hubungi 426 sekarang! Aku nak cakap dengan dia!" arah Marcus. Roy akur. Dia mengambil laptop lalu diletakkan di meja. Setelah beberapa ketika menekan-nekan papan kekunci, laptop dihadapkan kepada Marcus.

Skrin laptop semerta bertukar gelap. Itu menandakan 426 dah dalam talian. Marcus cuba bertenang. Dia tak mahu marah-marah dengan 426 kerana manusia tu dah banyak tolong dia. Cuma permintaan daripada 426 memang agak melampau baginya.

"Yes? Anything?" soal 426. Suara itu kedengaran macam suara robot vocaloid. Jadi tak ada siapa tahu 426 ni lelaki atau perempuan. Apatah lagi nak tengok muka dan tahu nama. Lagilah mustahil!

"426, aku tak boleh tunaikan permintaan kau tu." ujar Marcus tanpa selindung lagi.

"Itu bukan permintaan, Marcus tapi bayaran. You've hired me jadi aku nakkan upahnya."

"Tapi bayaran yang kau minta ni melampau! Okeylah, kau cakap je kau nak berapa, aku boleh bagi!" runding Marcus. Mana tahu 426 akan mengubah fikirannya. Kalau setakat duit, petik jari saja. Dia dengan senang hati memberikannya kepada 426.

426 mengeluh. "Mana boleh. Kau dah buat perjanjian dengan aku and you know me well, bro. Kalau pasal duit, banyak lagi dalam simpanan aku tu."

Tangan Marcus tergenggam erat. "426, apa motif kau minta bayaran macam ni? Kau saja nak rugikan aku?!" Suara itu mula naik.

426 tergelak. "Relaks okey? Aku bukan nak rugikan kau tapi kau sendiri yang rugikan diri. Perkhidmatan 426 sangat mahal dan kau pun tahu. Kalau kau tak sanggup tanggung risiko, jangan minta tolong aku." Sinis suara itu menyindir.

Marcus tak dapat menahan amarahnya. "Pergi mampuslah dengan bayaran kau tu. Mintalah macam mana pun, aku takkan setuju bagi semua kawasan taklukan aku pada kau!"

"Heh, okey. But, remember, Marcus... I hate asking. I prefer giving. Dan kau nak tahu apa aku akan bagi dekat kau? You'll see in five minutes."

Talian diputuskan dan dengan itu bangunan itu menjadi gelap gelita. Marcus mula mencarut tak tentu pasal. Ini pasti angkara 426 sendiri.

"426!! Aku akan buat kau menyesal! Aku akan cari kau sampai lubang cacing! Kau tengoklah!" tengking Marcus, bengang.

426 menopang dagu di mejanya sambil mata terarah pada skrin laptop yang memaparkan suasana bilik Marcus. Biskut di mulutnya dikunyah.

Bibir mengukir senyum sinis. "Oh ya? Aku tak yakin itu akan terjadi sebab..."

Enter ditekan. Kini skrin laptopnya menunjukkan suasana di luar rumah mewah Marcus yang sedang dikelilingi pihak polis.

Laptop ditutup. Biskut yang tinggal separuh dimasukkan terus ke dalam mulut lalu kopi panas dihirup.

"Ah, selesai kerja aku." omel 426 lalu menggeliat di kerusi kerjanya.

Ada sesiapa lagi yang nak berurusan dengan 426? Pastikan anda berani tanggung risiko ya?

Amacam? Best x? Huhuhu. Author yg create 426 ni tpi author yg trgila-gilakan si 426. Jgn risau, 426 tkkn kejam dgn heroinnya. Ehek!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now