14|Shazwan

40.9K 4K 330
                                    

BUKU-BUKU yang tersusun di rak buku, dibelek-belek. Apabila terlihat tajuk buku yang diinginkan, buku itu diambil lalu diselak-selak.

Bibirku tersenyum membaca novel itu. Novel ni cerita yang paling diminati oleh Kak Fiqa. Karya Melur Jelita. Tebal memang tebal tapi seronok!

Buku itu dibawa ke kaunter perpustakaan. Aku ingin meminjamnya. Setelah selesai urusan di perpustakaan, aku bergerak ke luar untuk pergi ke kereta.

Kereta diundurkan perlahan-lahan dan tanpa aku duga sama sekali, kereta aku terlanggar motor seseorang.

Membulat mataku. Jantungku berdegup kencang. Cepat-cepat aku keluar dari perut kereta dan melihat ke belakang.

Sebuah motor cabuk sudah jatuh mencium tar jalan manakala seorang lelaki bertopi keledar terduduk di situ. Terdengar suaranya mengaduh sakit. Pantas aku mendekati lelaki itu.

"Ya Allah, encik. Maaf sangat-sangat. Encik okey tak? Nak saya hantar ke hospital? Teruk ke luka tu?" soalku bertalu-talu dengan wajah cemas semacam.

Luka di siku lelaki itu dilihat. Terkoyak! Mulut ditekup. Mesti sakit! Makin kuat rasa bersalahku.

"Tak apa, tak apa. Salah saya juga sebab main jalan je tadi. Saya okey je. Luka sikit je." balas lelaki itu dengan kerutan di wajah. Bibirnya cuba tersenyum tapi tak boleh.

"Betul ke? Tak apa encik. Mari, saya hantar pergi klinik. Motor ni nanti saya suruh siapa-siapa hantar ke bengkel." saranku.

Lelaki itu hanya mengangguk akur. Dia bergerak masuk ke dalam keretaku. Aku pula mengalihkan motor ke tepi.

Setelah menarik gear, kereta diundur perlahan-lahan. Takut seorang lagi jadi mangsa kereta aku.

Lelaki di sebelah dijeling sekilas dengan wajah serba salah.

"Maaflah, encik. Saya tak sengaja. Duit klinik dengan motor tu saya akan bayarkan ya?"

Siku yang luka itu dibelek-belek oleh lelaki itu. Makin bersalah aku jadinya.

"Ya Allah, tak apa. Saya pun salah juga. Nak cepat tadi. Tak perasan kereta cik nak undur." balas lelaki itu.

Kami tiba di klinik. Setelah selesai doktor mencuci luka lelaki itu, kami pulang semula. Aku menghantar lelaki itu balik ke rumahnya walaupun ditegah berkali-kali.

Aku disuruh berhenti di simpang jalan apabila lelaki itu mengatakan kereta tak boleh masuk jalan ke rumahnya sebab lorong kecil sangat.

Akhirnya, aku akur saja. Tapi sebelum lelaki itu berlalu pergi, sempat aku memanggilnya.

"Err... Saya tak tahu lagi siapa nama encik."

Lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Hensem, detik hatiku. Eh, sempat lagi kau, Fira!

"Saya Shazwan. Cik pula?"

"Oh, nama saya Shafira. Maaflah ya. Ah, sebelum terlupa. Saya nak minta nombor telefon. Sebab motor Encik Shazwan nanti,"

Aku teringatkan motor yang mungkin sudah tersadai di bengkel. Dia pun memberikan nombor telefonnya kepada aku.

"Nanti ada apa-apa saya call encik ya. Minta maaf sangat. Saya pergi dulu." balasku lalu dengan berat hati pergi dari situ.

Ya Allah, apa aku dah buat ni? Nasib baik Encik Shazwan tu baik.

#####

Shazwan tersenyum sinis. Sikunya yang pedih dilihat. Sakit. Tapi tak sia-sia! Apa taknya, apabila kereta Shafira nak mengundur, dia terus menonong langgar kereta itu dengan kelajuan 120 km/j. Dan hasilnya, nilah dapat.

"Nilah padahnya kalau kau baik sangat," perli Shazwan.

Sekarang, dia mesti perlahan-lahan mendekati gadis itu sampai gadis itu takkan syak apa-apa pada dia.

Korg agak2 Shazwan ni watak baru ke lama? Fikir sendirilh ye. Author x nk beritahu sbb korg mesti dh tahu. Agaknyalah! Hehe. Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now