Persoalan Tentang Farhan

28.5K 3K 260
                                    

PADA malamnya, seperti biasa, aku akan berbual-bual dengan 426. Perkara ni sudah menjadi rutin penting dalam hidup aku. Agaknya kalau tiba-tiba 426 tiada, boleh hilang arah aku jadinya. Mungkin aku seorang saja yang merasai semua ni.

Bantal dipeluk erat ke dalam dakapanku sambil mata memandang skrin komputer riba yang gelap gelita. "426, tak boleh ke awak mengaku saja siapa diri awak? Farhan ke Haries?" Aku mencuba nasib. Mana tahu, 426 berlembut hati nak beritahu aku tentang identitinya.

"Kalau macam tu, jangan panggil aku Hacker 426. Fira, you've to understand. I hide my identity because it'll cause danger if this information leaked out." Terang 426 dengan mada mendatar.

Ya, aku tahu dan aku faham. Tapi hati ni berdegil. Lebih-lebih lagi bila aku mengetahui yang 426 adalah di antara Farhan dan Haries. Pastilah aku berkobar-kobar nak tahu.

"Dunia sekarang semakin bahaya. Even if they only know about my first name, tak mustahil, mereka akan tahu pula pasal keluarga aku, kawan-kawan aku, tempat tinggal aku."

Aku diam. Benar kata-kata 426 dan dia tak salah sikit pun. Aku yang degil untuk tahu identiti sebenar lelaki itu. Aku tak boleh menerima hakikat yang 426 sangat dekat dengan aku, tapi... aku tak kenal dia.

"Dah tu, kenapa awak biarkan je saya cari siapa awak?" Soalku, hairan. Bila aku kata, aku mahu mencarinya, 426 tak menghalang sebaliknya sengaja mencabar aku.

Kali ini, 426 pula terdiam lama. Sepuluh saat berlalu namun dia masih mengunci mulutnya.

Tiba-tiba saja, skrin komputer ribaku bertukar cerah. Mulutku ternganga dengan mata membuntang besar. Kepala laptop aku dipegang lalu digoyang-goyangkan.

"426, mana aci terus potong panggilan!!! Tak beritahu pun!! Awak tak jawab lagi soalan sayakan?" Marahku pada laptop itu yang sebenarnya ditujukan kepada 426.

Dengusan keras terbit di bibirku. Pandai 426 nak elak soalan aku. Terus dia matikan panggilan. Kurang asam! Nasib baik aku sayang, gerutu hatiku, sungguh tak puas hati dengan tindakan tiba-tiba 426 itu.

Aku ingat mahu minta tolong sesuatu. Tapi nampaknya, aku terpaksa hantar mesej saja kepadanya.

Sebenarnya, aku nak dia tolong carikan senarai rakan-rakan terdekat Haries untuk diberikannya kepadaku. Aku tahu, mesti ramai dan memerlukan banyak pekerjaan tapi aku sendiri yang nak ambil risiko.

Lagipun, 426 awal-awal lagi sudah berpesan bahawa untuk mencari identiti dirinya bukan benda mudah.

Setelah menghantar mesej kepada 426, aku merebahkan tubuhku pada katil yang empuk. Masih berbekas rasa tak puas hati aku kerana tindakan 426 itu.

"Suka mengelak! Perahsia yang amat!" Rungutku. Walhal, aku taklah rasa soalan yang aku utarakan kepadanya susah sangat untuk dijawab.

"Hish, apa-apa jelah. Sabtu ni, aku nak jumpa dengan Inspektor Aiman." Omel diriku, cuba melupakan hal tadi.

Fikiran difokuskan pada misi Apa yang Misteri tentang Farhan. Aku yakin Inspektor Aiman boleh menjawab soalan-soalan aku walaupun bukan semua.

Baru saja petang tadi, aku menelefonnya untuk mengatur janji temu bersamanya. Sempat aku berpesan supaya dia tak membuka mulut tentang pertemuan kami kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi Farhan.

Harapan aku, semuanya berjalan lancar.

####

PANTAS saja tangan 426 memutuskan perbualan. Dia pasti Shafira marah dengan perbuatannya, tapi... sewaktu dia diajukan soalan oleh Shafira tadi, tiba-tiba saja dia hilang kata. Fikirannya terus kosong hinggalah dia ambil jalan mudah, putuskan talian.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now