Kekuatan

33.6K 3.4K 25
                                    

JAM sudah pun menunjukkan angka 3 pagi, tapi mata ni bagaikan tak kenal erti mengantuk.

Okey, tipu. Sejujurnya, aku sangat mengantuk tapi apakan daya, bekerja sebagai seorang pengarah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia banyak kerjanya. Lebih-lebih lagi jawatan pengarah itu disandang oleh aku yang baru saja berusia 25 tahun.

Tiada pengalaman bekerja dan perlu memegang jawatan yang tinggi.

Badan disandarkan di kerusi apabila bahu dan leher mula terasa sengal. Regangan kecil dilakukan bagi menghilangkan rasa sakit dan mengantuk.

Dagu ditopang sambil memandang fail di hadapan. Semua perkataan dah nampak berpusing-pusing malah aku rasa mata aku pun nak naik juling asyik menghadap benda alah ni.

Muk di meja diangkat bagi menghirup sedikit air untuk mengurangkan rasa mengantuk.

"Ergh, sikitnya! Setitik je tinggal? Hmm... Nak kena pergi dapurlah ni?" omelku sendiri.

Malas rasanya nak angkat kaki ni ke dapur namun apabila mengenangkan kerja yang masih berlambak, terpaksalah digagahkan jua hati dan badan ni untuk bergerak ke dapur.

Pintu bilik ditolak lalu aku lambat-lambat mengatur langkah ke dapur. Suis lampu dibuka lalu milo dibancuh di dalam muk.

Tiba-tiba perutku berbunyi kuat. Perut diusap. "Hmm... Kesian kau lapar. Tulah, nak buat macam mana. Tuan kau ni rajin sangat." rungutku pada perut sendiri.

Dah hidup seorang. Beginilah gayanya. Tin biskut dicari lalu biskut kering dicelup dalam milo panas. Alhamdulillah, ada jugalah makanan yang terisi dalam perut ni.

Habis empat keping biskut, milo diteguk. Tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar. Bukan bunyi biasa-biasa tapi bunyi kereta berlanggar yang disertai dengan hon yang panjang.

Aku terbatuk-batuk sendiri. Terkejut punya pasal. Pantas kaki melangkah ke pintu utama lalu dikuak laju.

Pasti ada orang eksiden ni. Hish, ni kawasan perumahanlah. Had laju tak boleh lebih 60km per jam. Siapa pula jadi pelesit pukul 3 pagi ni?

"Astaghfirullahalazhim!" ucapku perlahan, terkejut melihat kejadian depan mata. Segera tudung di bilik disarung lalu selipar dipakai.

Nasib baik aku berlengan panjang dan berseluar yang longgar. Jadi tak perlulah nak salin baju.

Aku bergegas ke pagar. Beberapa orang jiran sudah mengerumuni dua buah kereta yang berlanggar itu.

Bahagian depan kedua-dua kereta dah remuk teruk dan mula berasap tebal. Malah kereta Honda itu dah terbalik. Pemandang yang mengerikan bagiku yang pertama kali melihatnya.

Bunyi bising dari kereta membuatkan ramai jiran bangun pada pukul 3 pagi ni.

Aku lihat tiada siapa yang ingin membantu. Masyarakat sekarang lebih suka merakam, mengejar populariti dengan menyebarkan aib orang daripada menolong mereka.

Namun tak semuanya begitu. Ada yang cuba menghulurkan bantuan walau sekecil-kecil perkara macam menelefon pasukan keselamatan.

Entah kenapa, aku jadi tak sedap hati. Terdetik di dalam hati untuk mendekati kereta Honda yang sudah terbalik itu.

"Cik, jangan dekat. Kita kena tunggu ambulans datang. Bahaya!" tegur seorang wanita 40-an dan menghalangku dari merapati kereta yang sudah berasa teruk itu. Memang bahaya.

Mula-mula, aku akur sehinggalah aku perasan sesuatu. Sesuatu yang mula buat jantungku berdegup kencang macam baru lepas maraton 400 meter.
Wajahku memucat melihat minyak petrol yang tumpah di situ. Tak menunggu lama, aku menolak perlahan wanita itu dan cuba membuka pintu kereta itu. Berkunci.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now