12|Bergaduh

42.6K 4.3K 265
                                    

TANGAN diraup ke muka apabila Kak Nurin dengan gembiranya memberitahu syarikat aku menang tender besar berjumlah 10 juta ringgit.

Alhamdulillah!

Laptop di depanku berbunyi sebelum ia menjadi gelap. Tahulah aku 426 sedang menghubungi aku. Makin bertambah gembira hati ni.

"Aku dapat tahu AmiZa Holding menang projek mega hari ni. Tahniah." Ucap 426.

Ketawa kecil terbit di mulutku. Laju je dia tahu padahal maklumat ni baru seminit lepas diketahui oleh aku.

"Semua ni takkan berlaku tanpa izin-Nya dan tanpa bantuan awak. Saya tak tahu macam mana awak buat semua ni, tapi saya betul-betul gembira. Thanks," balasku pula. Bahagia hati ni rasa. Tak sia-sia aku minta pertolongan 426.

"Yalah. Aku hubungi kau ni bukan nak cakap tahniah je. Tapi aku nak beritahu, aku dah dapat tahu siapa dalang di sebalik semua ni. Maklumat dia lengkap di tangan aku." Beritahu 426 membuatkan rasa terujaku bertambah berkali-kali ganda!

Bulat mata memandang laptop di meja kerjaku. Laptop itu dipegang kemas. "Betul ke? Siapa? Awak tahu motif dia?" Soalku bertalu-talu. Tak sabar rasanya.

Baru saja dua minggu berlalu, tapi 426 dah dapat maklumat. Lengkap pula tu! Tak hairanlah kalau bayarannya pun nanti mahal.

Namun 426 hanya menyepi. Lima saat berlalu, aku dah rasa pelik. Kenapa? Aku salah cakap lagi?

"426?" Panggilku dengan kerutan di wajah. Hairan. Kenapa tiba-tiba senyap saja?

Kedengaran suara itu berdehem perlahan. "Aku rasa kau tak perlu tahu pasal orang tu. Aku akan bereskan dia. Tapi mungkin akan ambil masa sebab orang ni pengaruh dia kuat."

Terkebil-kebil mataku memandang laptop. "Maksud awak, dia ni berbahaya ke?" Soalku, inginkan kepastian. Air liur diteguk. Apa salah aku hinggakan orang berbahaya tu mahu mengganggu aku?

"That's what I want to say. So better you stay out from this. Lagi bagus kalau kau tak tahu siapa dia."

Aku akur saja mendengarkan itu. Tapi satu saja lagi yang aku ingin tahu.

"Apa motif dia?"

"Easy. What I could say is all about rage, angry, madness, hate." Ujar 426 satu-satu. Jantungku berhenti berdegup sesaat.

Badan terasa lemah. Perasaan ni sama seperti berlakunya kejadian lima bulan lalu. Takut, sedih, kecewa. Jadi, semua yang berlaku adalah kerana... Dendam?

Mulutku bagai terkunci rapat. Fikiranku jauh melayang. Entah kenapa semua kejadian sepanjang lima bulan ni membuatkan hati aku terdetik.

Semua ni berlaku kerana dendam dari orang yang sama ke?

"426, you've to tell who the culprit is!" Tegasku. Aku yakin ni semua angkara orang yang sama.

"Jangan paksa aku."

"Tapi, orang tu..."

"Yeah, I know what you actually think. Tapi aku ada sebab sendiri untuk kau tak tahu siapa dia." Potong 426, serius.

Air mataku menitis. "426, please. Saya perlu tahu. Keluarga saya, sahabat saya, hilang sebab orang tu. Saya nak orang tu melutut minta maaf pada keluarga saya dan pulangkan mayat Maya kepada saya."

426 mengeluh perlahan. "That's why I said you better stay away from this."

Hatiku rasa sakit. Kenapa? Aku cuma nak tahu siapa pembunuh yang memusnahkan keluarga aku. Pembunuh yang memusnahkan segalanya dalam hidup aku.

"426, please," Rayuku, lirih.

"Shafira Addina, dont let me say twice. Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada kau jadi tolong jangan buat kepala aku makin serabut!" Suara itu naik sedikit membuatkan aku terdiam.

"Tapikan awak dah janji nak tolong saya selesaikan masalah syarikat ni," balasku perlahan setelah lima saat berdiam diri.

"And guess what? I done with my work. Aku dah tolong kau selesaikan masalah tu. Yang selebihnya, tu ialah kerja polis. Kau tak payah masuk campur." Bidas 426, selamba saja.

"Tapi ni pasal keluarga saya! Saya ada hak nak tahu!"

Aku mula berdiri dari duduk. Aku hampir menjerit kerana perasaan geram yang amat.

Kalaulah 426 ada di depan mata, aku cekik-cekik dia. Geram!

"Aku rahsiakan ni semua untuk kebaikan kau! Aku tak nak kau sedih! Takkan itu pun aku perlu cakap?"

Kini, suara kami dah sama-sama naik. Masing-masing bengang. Agaknya, kalau aku depan mata dia, mesti dia pun nak cekik-cekik aku.

"Esok aku akan minta bayaran daripada kau. Kerja aku dah habis. Lepas tu, jangan kau berani-berani nak hubungi aku. Kalau tak, bayarannya ialah nyawa kau sendiri!" balas 426, tak mahu mengalah juga.

Akhirnya, panggilan diputuskan. Skrin laptop berubah cerah kembali. Gambar keluarga aku sewaktu raya tahun lepas dipandang pilu.

"Papa,mama. Kebaikan apa yang 426 nak buat untuk Fira sebenarnya?" bisikku dengan suara yang serak.

Air mataku terus mengalir menuruni pipi. Aku betul-betul rasa sedih sekarang ni. Bukan saja aku tak dapat tahu siapa pembunuh keluarga dan Maya, tapi aku juga tengah bergaduh besar dengan kawan aku.

Kawan yang mampu buat aku tergelak pada waktu segala bahagia aku hilang meninggalkan aku.

Dia berjaya buat aku tak keseorangan.
Dan sekarang, aku dah buat dia tinggalkan aku. Aku takkan dapat dengar suara dia lagi.

Huwaaa!! 426 dgn Fira brgaduh! Mcm mana ni? Tpi author x mrh 426 sbb tahu 426 buat sume ni demi Fira.

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now