2|Sakit

59K 5.1K 653
                                    

TANAH kubur yang masih merah dipandang sayu. Entah dah berapa banyak air mata ni mengalir. Aku dah penat nak menangis tapi bila mengenangkan mereka, aku jadi tak kuat. Imanku goyah, pendirianku berubah.

Aku sedar diri ini siapa. Si hamba yang lemah tanpa sebarang kuasa untuk mengubah jalan ceritanya. Bukan seperti srikandi Islam yang tetap teguh dijalanNya walau diduga dengan ujian yang maha hebat. Ikutkan rasa, ingin saja tanah kubur ini aku gali kembali. Menyelongkar isinya dan menjadikan manusia yang telah mati di hadapanku ini kembali berada di sisi.

Namun kerana kewarasan akal yang masih aku nikmati dan kerana keimanan yang secebis cuma, aku memaksa diri ini untuk redha.

Tuhan, mampukah aku?

Semua orang sudah mula bersurai. Hanya tinggal aku saja di sini, masih termangu-mangu seorang di kuburan yang masih basah. Sunyi. Mungkin jika seorang ahli keluarga aku yang tiada, sekurang-kurangnya aku akan punya peneman di sisi. Saling berkongsi bahu dan beban yang memberat.

Tapi, lihatlah. Seorang peneman pun tiada. Allahu Akbar, mimpi ngeri apa ini?

Aku terus galak merenung lima buah kubur di hadapanku. Bayangkan, lima! Aku tergelak sinis tanpa sedar bersama air mata yang turun di lekuk pipi.

Seluas mata memandang. Bisik hatiku, pedih.

Dalam kesunyian, aku mengimbau kembali punca keluargaku mati. Mati secara beramai-ramai. Mati tanpa sempat aku ucap selamat tinggal. Mati tanpa sempat aku ungkapkan sayang pada mereka! Matinya mereka dengan meninggalkan aku tanpa sesiapa.

Mayat keluarga aku telah ditemui rentung di ruang tamu. Manakala mayat sahabat aku, Maya masih tak dijumpai. Aku tahu, mereka berkumpul beramai-ramai untuk menyambut kepulangan aku dari UK. Tapi tak disangka ini akan berlaku.

Ah, siapa saja yang akan menduga kejadian hitam ini akan terjadi?

Bibir digigit saat teringatkan laporan Inspektor Jamil tentang kes ini pagi tadi.

"Pihak forensik telah menemukan dua tong minyak tanah sekaligus menjadikan kes ini sebagai kes pembunuhan secara sengaja. Motif masih tidak kami ketahui namun pada pandangan saya, ia berkaitan dengan dendam. Sukar untuk saya katakan, Cik Shafira tapi mayat Cik Maya Karmeela masih tak dijumpai. Kami syak suspek telah membawa lari mangsa atas tujuan lain. Mungkin dendam suspek bukan pada keluarga Cik Shafira sahaja, tapi Cik Maya juga."

Aku memejam mata. Kepala yang sakit mencucuk kulit dipegang kejap. Kata-kata Inspektor Jamil buat telingaku rasa berdesing.

"Sakit," keluhku, halus. Tangan masih di kepala. Aku merasakan seakan-akan ada jarum yang menekan-nekan kulit kepalaku.

"Sakit," Air mataku jatuh. Badanku terbongkok ke tikar mengkuang. Ngilu yang dirasakanku membuatkan aku tak mampu untuk duduk dengan betul.

"Sakit! Sakit!!" Aku menjerit, cuba menghalau rasa itu dengan pekikan. Namun sakit itu masih di situ. Masih ingin menyeksa diri aku.

Akhirnya, aku mengongoi-ngongoi di batu kubur itu. Kepalaku tersandar di batu nisan kubur di hadapanku.

Dalam kepayahan, mataku yang kabur dengan air jernih itu membaca nama di batu nisan itu.

Shazrin Binti Adhwa'.

Mama.

Aku menangis lagi melihat nama yang terukir kemas di situ. Dada yang terasa sempit kupegang lalu ditumbuk-tumbuk halus.

Sebenarnya, bukan kepala aku saja yang sakit, tapi...

Hati ini.

Jiwa ini.

Dan iman yang kian menipis.

Mereka yang sakit.

Batu nisan mama diusap lembut bersama linangan air mata yang tak mahu berhenti.

"Mama, kenapa cepat sangat? Kenapa cepat sangat tinggalkan Fira? Papa pun! Kenapa? Semua orang memang tak sayang Fira ke? Fira buat salah apa, mama, papa? Fira tak mampu hidup macam ni, mama. Fira tak rasa Fira nak hidup pun! KENAPA?!" luahku, lirih.

Untuk kesekian kalinya, aku mempersoalkan. Mempersoalkan takdir yang Tuhan tetapkan.

Ya Allah, Kau kata Kau tidak akan membebankan seorang hamba itu melebihi kemampuannya. Jadi, apa yang aku lalui sekarang ni, Kau rasa aku mampu ke? Melihat keadaan aku sekarang, melihat pada iman aku kini, Kau rasa aku mampu ke?

Tolonglah jawab. Tolonglah sesiapa, pujuk aku. Pujuklah aku, tenangkan aku! Hatiku meronta-ronta, mengemis perhatian seseorang, mengemis kasih sayang Dia.

Tapi, tiada siapa yang tiba. Tiada siapa yang hadir untuk memenuhi permintaanku mahupun memberi sedikit simpatinya pada aku.

Dan aku?

Terus menangis. Menangis hingga perlahan-lahan, pandanganku mula kelam dan diakhiri dengan suasana yang gelap.

Aku penat.

#####

MATANYA tunak memerhati seorang gadis yang menangis sendirian di tanah perkuburan itu. Suara halus gadis itu kuat bergema, meraung-raung tidak mahu menerima takdir.

Bibir mungilnya mengukir senyum sumbing. Jiwanya tenang melihat air mata si gadis. Hatinya bahagia melihat kubur-kubur yang masih merah itu. Walau terselit walang di situ, tapi cepat-cepat RedK tepis jauh-jauh. Dia tak perlukan rasa itu.

"Aku faham perasaan kau, Shafira. Sakit tu tak mampu diluahkan. Aku tahu. Sakit yang tiada noktah. Sakit yang buat kau lupa siapa diri kau sendiri." Bisik RedK, halus. Nadanya marah yang bercampur dengan sedih.

Dia mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"Jack, jalan." Arah RedK, tenang. Kereta itu mula bergerak pergi.

"Kau ingat apa tugas kau lepas ni, Jack?" soal RedK, mengingatkan. Matanya masih tunak memandang ke jalan raya walaupun bukan dia yang memandu.

Jack mengangguk. "Tahu. Hancurkan AmiZa Holding."

RedK tersenyum sinis. "Yes, perlahan-lahan."

Misteri dh bermula. Korg agak2 siapa ek RedK tu? Hehehe. Apa2 pon hope you all enjoy with my story. Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin