3|Pewaris Syarikat

52.1K 4.6K 119
                                    

SYARIKAT yang berdiri megah itu dipandang. Rasa gugup memalu kuat hati. Apa tidaknya, hari ni, aku akan menggantikan tempat papa sebagai pengarah syarikat ni.

Mataku terpejam seketika. Jika ikut logik akal, seorang gadis yang baru saja berusia 25 tahun menjadi pengarah syarikat megah sebegini pasti bakal menjadi masalah besar.

Aku melangkah masuk ke pintu utama dan berdiri di hadapan pintu lif yang tertutup rapat. Mata-mata yang memandang dibiarkan saja.

Lif dinaiki untuk ke tingkat 34. Setelah pintu lif terbuka, lafaz basmallah dibaca. Memberi kekuatan kepada diri yang lemah ni.

Setibanya aku di tingkat 35, aku disambut oleh PA papa, Kak Nurin. Dia tersenyum kelat memandang aku. Dan aku faham sangat maksud di sebalik senyuman itu.

Tubuhku dipeluk erat. Terdengar esak kecil Kak Nurin. "Tahniah, Fira sebab Fira kuat untuk atasi semua ni. Akak bangga sangat dengan Fira." ucap Kak Nurin. Pelukan hangat itu dibalas.

"Terima kasih." Air mata cuba ditahan. Alhamdulillah, Tuhan tu Maha Adil. Dia hantarkan seseorang untuk bantu aku dalam menguruskan syarikat ni nanti.

Aku tahu, Kak Nurin juga sedang sedih. Papa banyak berjasa pada Kak Nurin dan keluarga sebab tu dia juga turut bersedih sama.

"Mari, semua orang dah tunggu Fira kat dalam bilik mesyuarat. Fira sekarang dah jadi pewaris rasmi AmiZa Holding."

Tanganku ditarik menuju ke bilik mesyuarat. Setelah memberi salam, kami masuk beriringan. Aku meneguk liur melihat ramai orang berkot hitam sedang berdiri dan memandang aku.

"Assalamualaikum, semua. Hari ni, Shafira Addina akan menggantikan tempat Datuk Aminuddin. Silakan, Cik Shafira untuk duduk," pelawa Kak Nurin.

Aku melabuhkan punggung di kerusi hitam itu. Aku berada di tempat paling utama sekali. Mereka yang melihatku duduk turut melakukan perkara yang sama.

Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Mic di onkan. Aku memejam sebentar mataku sebelum membukanya kembali. Aku sekarang sedang berhadapan dengan realiti. Dan aku harus tempuhinya walauapapun.

"Assalamualaikum, semua. Saya Shafira Addina. Saya ialah pewaris tunggal AmiZa Holding yang akan mengambil alih syarikat ni secara rasmi. Seperti yang semua sedia maklum, saya baru saja habis melanjutkan pelajaran di UK jadi saya masih mentah dalam hal ni. Saya harap kerjasama dari pihak tuan dan puan untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Tolong tegur saya kalau saya buat silap. Maafkan saya kalau saya tak pandai buat kerja. Dan harapan saya yang terakhir, ampunkan dan halalkan semua yang kamu semua dah beri kepada keluarga saya." ucapku dengan suara yang tertahan-tahan.

Kepala di situ sudah ada yang tertunduk sedih. Mungkin sebab mengingatkan arwah majikan dulu. Papa sangat disayangi pekerja-pekerjanya kerana sikapnya yang pemurah dan peramah. Pasti berita kematian papa menjadi tamparan hebat untuk mereka juga.

"Terima kasih sebab tanpa bantuan kamu semua mungkin syarikat ni tak dapat berdiri dengan megahnya. Terima kasih."

Aku bangun lalu badan ditundukkan. Bibir terketap rapat bersama air mata. Papa, Fira akan hadapi realiti yang pahit ni walau pun susah.

Setelah hampir dua jam berbincang mengenai syarikat, semua dibenarkan bersurai. Aku tersandar di kepala kerusi.

Banyaknya yang aku tak tahu. Dahi diurut perlahan. Ini baru permulaan, tapi aku dah nampak susahnya.

Ya Nasir, bantu aku.

Kesian x dkt Shafira ni? Muda2 lgi dh kene jadi pengarah. Cepat tualah heroin kita ni. Aduhai, hero! Bilelah kau akn muncul dn selamatkn heroin kau ni ya? Hahaha... Chap strusnya maybe?

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now