5|Masalah!

47K 4.7K 452
                                    

KEPALA yang bertudung dipegang. Ah, pening kepalanya! Terasa berdenyut. Kepala disandarkan ke kerusi lalu perlahan-lahan kerusi dipusing. Terpampang suasana bandaraya Kuala Lumpur.

Kaki mendekati cermin lut sinar tu lalu aku menyandarkan pipiku di situ. Banyaknya masalah. Satu-satu masalah datang memunculkan diri. Syarikat mengalami banyak kerugian. Tender tak lepas, projek diambil alih syarikat lain tanpa alasan yang kukuh, sekuriti akaun syarikat pun diceroboh. Semua ni berlaku seakan-akan ada orang yang nak sabotaj aku.

"Mama, mampu ke Fira buat semua ni? Papa, macam mana Fira nak selesaikan masalah ni seorang?" monologku lalu tangan dilekapkan ke dinding kaca itu.

"Ya Allah, bantu aku. Siapa lagi yang boleh tolong aku kalau bukan Kau?" bisikku perlahan. Air mata mengalir membasahi pipiku.

Cepat-cepat air mata diseka. Mesti ada jalan penyelesaian. By hook or by crook, aku mesti selamatkan AmiZa Holding dari muflis.

Tapi macam mana?

Pintu pejabatku diketuk tiga kali. Aku menoleh memandang pintu. Setelah mengarahkan manusia itu masuk, barulah pintu itu terbuka luas.

Dah agak. Kak Nurin.

"Ya, kak. Fira ada appointment lagi ke? Atau Kak Nurin nak cakap sesuatu?" soalku pada Kak Nurin yang sedang tersenyum kelat di depanku.

Nampak macam ada masalah saja. Kak Nurin duduk di sofa. Aku juga turut duduk dengannya. Kak Nurin dah aku anggap macam keluarga aku. Selama lima bulan di sini pun, Kak Nurin banyak mencurahkan kasih sayangnya kepadaku.

Jadi kalau Kak Nurin ada masalah, tu bermakna ia adalah masalah aku jugalah.

"Fira, akak tahu mesti Fira pun tengah pening dengan masalah yang datang sekarang nikan? Akak ada cadangan tapi Fira kena beranilah tanggung risikonya." ujar Kak Nurin, serba salah. Tangan pula digenggam erat.

Berkerut dahiku melihat keresahan Kak Nurin. Cadangan apa tu? Aku menunggu kata-kata seterusnya.

"Sebenarnya, suami akak pun tak galakkan kita guna cara ni. Tapi bila tengok keadaan syarikat ni, akak tak ada pilihan lain. Lagipun, Fira pernah cakap dengan akak yang Fira rasa ada orang yang sabotaj semua nikan?"

Aku mengangguk mengiakan. Memang aku pernah beritahu Kak Nurin tentang kebimbangan aku tu. Tapi aku masih tertanya-tanya,

"Cadangan apa tu?" soalku.

"Hmm... Kita boleh minta tolong dengan 426."

Aku tercengang. "Apa benda tu? Robot ke?"

Kak Nurin menggeleng. "426 ni hacker terkenal. Apa yang akak tahu, orang selalu panggil dia 426. Dan bayaran perkhidmatan dia..." Ayat Kak Nurin tergantung. Aku dah menelan liur. Mahal ke? Agaknya, beratus-ratus juta setiap perkhidmatan.

"Kenapa? Dia nak duit banyak ke?"

Lagi sekali Kak Nurin menggeleng. "Dia langsung tak minta duit. Tapi dia minta benda yang lebih berharga dari wang."

"Hish, macam menakutkan je. Tak naklah!" Pantas aku menolak cadangan itu. Mahunya 426 tu minta nyawa dari aku ke, tak ke naya?

Tanganku dipegang kemas oleh Kak Nurin. "Fira, dengar dulu cakap akak. Ya, memang berisiko kalau kita minta tolong dia, tapi apa lagi kita mampu buat, Fira? Sekurang-kurangnya, kita cubalah!"

Aku terdiam. Ya, Kak Nurin ambil keputusan ni kerana dia pun dah buntu nak buat apa. Mungkin sebab tu cadangan tu saja yang terlintas di kepalanya. Tapi betul ke dah tak ada jalan lain untuk selesaikan masalah ni?

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Pantas aku menjawabnya apabila melihat panggilan itu daripada Encik Ghazali, pengurus kewangan syarikat. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Cik Shafira, we have big problem. Lima juta US dolar syarikat dah hilang!" beritahu Encik Ghazali membuatkan aku tergamam. Lima juta US dolar bukan sikit.

Ya Allah! Terasa sempit dada ni mendengarkan itu. Wajah Kak Nurin dipandang. Mungkin ni saja caranya yang tinggal untuk aku selesaikan masalah ni dengan segera.

"Akak, tadi akak cakap 426 tak minta duitkan?" soalku, inginkan kepastian sekali lagi. Kak Nurin mengangguk.

"Kalau macam tu, Fira setuju. Kita ikhtiarlah macam mana pun. Fira nak hentikan semua ni." putusku, nekad.

Selagi termampu, aku rela korbankan segalanya termasuklah nyawa sendiri.

Kuatkn Fira ni? Author saja nk buat heroin yg kuat dn tabah orgnye dn ada sikit comel dia. Barulah hero senang jatuh hati ye x? Vote n comment!



Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now