7|426 Macam Komputer?

43.3K 4.3K 247
                                    

MULUTKU tersenyum-senyum sendiri sambil menopang dagu di depan komputer apabila teringatkan kejadian dua hari lepas. Kelakar rasanya!

426 tu tak adalah teruk sangat. Dia baik saja dengan aku. Mungkin ke khabar angin yang aku dengar dari Kak Nurin tu tak betul?

Boleh jadi juga. Jujur aku kata, aku selesa bersamanya. Dia kedengaran tak menakutkan langsung. Pada pendapat aku, dia lebih kepada kawan dari seorang penggodam yang digeruni oleh orang lain.

Tiba-tiba pintu pejabatku diketuk dari luar. Setelah mengarahkan Kak Nurin masuk, aku membetulkan duduk lalu pura-pura menaip. Hish, kantoilah kalau bos sendiri tak buat kerja.

Kak Nurin duduk di hadapan aku dengan wajah serius. Air liur ditelan. Aduhai, dah kantoi ke?

"Fira, akak nak tanya ni? 426 macam mana? Setakat ni dia ada inform apa-apa tak dekat Fira?" soal Kak Nurin.

Aku menggeleng perlahan. Belum lagi. Mungkin masih dalam proses. Lagipun 426 mesti ada kerja lain. Aku pasti di sebalik kod pengesahan 426 tu ialah seorang manusia biasa.

"Hmm... Fira. Sementara sempat ni, apa kata kita batalkan je perjanjian dengan 426 tu. Akak tak sedap hati!" beritahu Kak Nurin dengan wajah bimbang yang amat.

Berdetak jantung aku mendengarnya. Pantas aku menggeleng, tak bersetuju. "Kak, mana boleh. Fira dah sign surat perjanjian tu."

"Tapi," Kak Nurin mengeluh perlahan.

Dahiku berkerut. "Apa yang akak takutkan sangat? 426 tu baik je dengan Fira. Fira pun selesa berurusan dengan dia." ujarku, lalu tersenyum lebar.

Kak Nurin merenung tajam mataku membuatkan senyumanku semakin pudar. "Fira, look. You've to be serious. Benda ni tak semudah yang Fira sangka. 426 tu tak sebaik yang Fira perhatikan selama ni."

Kepalaku tertunduk memandang meja di hadapanku mendengarkan kata-kata itu.

"Mungkin Kak Nurin salah faham. Dia tak jahat. Tu semua khabar angin je." balasku, perlahan.

"Shafira, be in reality please! Akak risau apa-apa jadi dekat Fira. Dah, Fira jangan nak rapat dengan dia. Kita nak selesaikan masalah syarikat, bukan cari calon suami."

Teguran itu membuatkan aku serba salah. Aku tahu Kak Nurin bimbang dengan keselamatan diriku. Lagi-lagi bila tahu keluarga aku dibunuh kerana dendam.

Kak Nurin berdiri di sebelahku lalu bahuku dipeluk kemas. "Akak bukan nak marah Fira tapi akak tak nak apa-apa jadi kat Fira. Fira ni dah akak anggap macam adik sendiri."

Pelukan itu dibalas. Perlahan-lahan, aku mengangguk saja. Tapi dalam hati ni terasa berat untuk mengiakan semua tu.

"Dah, apa-apa pun... Sentiasa hati-hati dengan 426 tu. Anggap je dia macam komputer. Wujud dan berguna, tapi bukan untuk dianggap teman dan kawan." ujar Kak Nurin.

Komputer di hadapanku dipandang sayu. Wujud dan berguna, tapi tak boleh dijadikan kawan?

Betul ke 426 ni macam komputer?

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now