Lelaki Bertopeng Putih

35.8K 3.4K 252
                                    

IZ merenung tajam anak-anak buah di hadapannya. Bagai nak tembus ke dinding jiran depan sehinggakan anak-anak buahnya tertunduk takut.

Masing-masing menelan liur. Pemandangan biasa. Anak-anak buah memang akan takut bila bersama majikan.

Lagi-lagi apabila majikannya bukanlah majikan biasa-biasa yang hanya tahu memecat bila tak buat kerja tapi majikan mereka ini lebih suka menarik nyawa jika kehendaknya tak dilunaskan.

Beberapa keping gambar seorang lelaki dihempaskan di atas meja oleh Iz dengan kasar. Wajahnya tetap dingin.

"Aku nak kau selesaikan orang ni. Aku nak dia hidup-hidup! Aku bagi kauorang masa sampai tiga hari je. Faham?!" Jerkah Iz. Semua mengangguk laju.

Ken mengambil gambar-gambar itu lalu menelitinya. Semerta, wajahnya berubah pucat. Bibir terketar perlahan. Iz dipandang takut-takut.

"Tapi bos, dia... Dia ni,"

"Kau nak melawan ke nak buat kerja? Hmm?" Soal Iz lalu pistol di meja diacukan tepat di dahi Ken.

"Bos, lelaki ni,"

Bang! Bang!

Ken terus rebah ke lantai dengan kepala yang memancut-mancut darah segar. Anak-anak buah yang lain segera mengelak dari terkena darah Ken yang mengalir deras itu.

Iz senyum sinis. "Inilah padahnya kalau melawan cakap aku. Kalau ada sesiapa yang nak bantah, dipersilakan. Pistol aku dah lama tak makan orang."

Keempat-empat lelaki yang ketakutan itu dipandang tajam. Apabila mereka senyap, tak mahu melawan, Iz mengambil kepingan gambar-gambar yang bertaburan di lantai lalu diberikan kepada Black.

"Apa kata aku? Selesaikan dia!" Arah Iz lalu mengarahkan mereka keluar.

Di luar bilik, Andy, Edri , Black dan Addy meneliti gambar-gambar itu lalu memandang sesama sendiri bersama keluhan berat.

"Memang kita akan mati!" Ujar Andy, tertekan. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan dia stres.

"Sama ada mati di tangan bos, atau di tangan dia ni." Sambung Edri, pasrah dengan semua yang berlaku. Terasa tiada harapan tatkala melihat target yang Iz sasarkan.

"Dua-dua menakutkan." Celah Addy yang berbadan besar. Badannya masih menggigil ketakutan kerana kejadian tadi.

"Kita dah tak boleh lari lagi. Nak tak nak, kita mesti dapatkan lelaki ni!" Kata Black, agak yakin di pendengaran mereka walaupun sebenarnya, Black langsung tak pasti kemampuan mereka dalam mengalahkan lelaki dalam gambar itu.

Sekali lagi, mereka berempat melepaskan keluhan berat. Beberapa keping gambar itu dicampak ke meja.

Gambar seorang lelaki bersama baju dan seluar serba hitam dan berhoodie tapi bertopengkan putih sedang berdiri di tengah malam bersama sepucuk pistol di tangan.

Ya, dialah Lelaki Bertopeng Putih atau White Masked Man. Orang upahan pihak polis yang sangat handal dalam mengendalikan kumpulan-kumpulan mafia ini malah menjadi salah satu ancaman besar buat ketua-ketua mafia.

#####

DI gudang lama itu, empat pasang mata itu memandang lama sepasang mata di hadapan mereka. Masing-masing terasa gementar dengan aura menakutkan lelaki bertopeng putih itu.

Tapi Andy, Edri, Addy dan Black cuba berlagak tenang supaya tak dipandang rendah oleh pihak musuh mereka.

"Apa tujuan kau nak jumpa aku?" Soal Lelaki Bertopeng Putih (LBP)

Suara dingin itu memecah sunyi malam di gudang itu.

"Bos kami nak kau hidup-hidup! Nak tak nak, kau kena menyerah diri! Kalau tak, kau tahu sendiri nasib kau." Ugut Black, cuba berlagak selamba.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now