BAB 42

1.1K 79 62
                                    

Kereta Myvi berwarna hitam itu memasuki perkarangan rumah yang sederhana besar tersebut.Rumah kejiranan masing-masing gelap gelita kerana hari kian menginjak ke jam 3 pagi.Apabila kereta diparking maka kedua-dua jejaka tersebut keluar dari kenderaan itu.

Inilah rumah saya Aiman.Rumah saya biasa-biasa sahaja maaf,kata Farhan dengan rendah diri.

Eh tak!Bagi saya ini pon dah lebih dari mencukupi.Saya hargai sangat-sangat,bersungguh-sungguh Aiman Haziq menyangkal kata-kata Farhan tersebut.

Alhamdulillah kalau macam tu.Saya lega mendengarnya.Sudah jom masuk ke rumah,kata Farhan lagi lantas pintu yang berkuci itu dibukanya dan langsung dimasuki oleh mereka berdua.

Aiman Haziq diminta untuk tunggu sebentar di ruang meja makan.Katanya dia ingin mengejutkan adiknya untuk menghidangkan makanan.

Aiman menggerakkan matanya ke seluruh pelosok rumah.Rumah tersebut tidaklah terlalu luas dan tidak juga terlalu sempit.Ia kelihatan serba elok dan sangat tenang apabila berada di dalamnya.
Dipandangnya gambar-gambar yang terlekat elok pada dinding.Kelihatan kesemuanya terdiri daripada tulisan ayat-ayat Al-Quran.

Sedetik dia teringat keadaan di rumahnya dahulu.Teringat akan bingkai-bingkai berunsurkan aksi lucah tergantung.Air mata mula bertakung seterusnya jatuh menitis dengan lebat apabila dia teringat akan dirinya yang langsung tidak mampu untuk membaca ayat-ayat tersebut.

Aiman?,suara kedengaran bersama bunyi pinggan yang berlaga dengan permukaan kayu meja di hadapannya.Jelas pemandangannya disapa oleh Farhan.Di saat pemandangannya dialih ke sisi kanannya,elok terhidang sebatang susuk tubuh yang sedang mencedokkan nasi ke dalam pinggannya.

Jemput makan.Itu adik saya sudah hidangkan.Harap awak suka makanan serba serdahana ini,sambung lagi Farhan apabila terpandangkan Aiman yang masih  terkaku melihat adik wanitanya itu.Aiman hanya mengangguk tanda berterima kasih.

Sumayah Qaisara,terdetik sebaris nama indah itu di dalam hatinya.Matanya masih kekal memerhatikan perilaku wanita bertudung labuh itu.Seketika muncul bayangan wanita yang pernah bertahta di hatinya.Terbit satu senyuman kecil.

Pemakaiannya..Sikap lemah lembutnya..persis kau,kata hati sang jejaka.Saat wanita itu mengangkat kepala,tertataplah empat mata itu.. Terdetik lagi hatinya,tapi dia bukan kau.Senyum hambar pula terukir.

Mata sang jejaka itu masih menatap mata pekat kehitaman gadis di hadapannya.Wajah putih bersih yang bercahaya itu diperhatikan dengan tenang.Mata bundar,hidung mancung terletak elok dan dua ulas bibir bewarna merah delima.Sungguh sempurna di mata semua lelaki namun hanyalah sekadar memori pahit di mata seorang Aiman Haqiz.

Jemput makan,terlontar suara lunak itu lalu ditundukkan kepalanya memandang lantai bagi melarikan matanya dari terus ditatap lelaki di hadapannya itu.Secepat mungkin derap kaki wanita itu turut diatur ke dapur sesudah meminta izin  untuk beredar manakala sang abangnya pula masuk ke bilik untuk mempersiapkan bilik tetamunya itu.

Haqiz menikmati makanan terebut dengan penuh selera.Sudah lama dia tidak menikmati juadah sebegini.Teringat akan air haram yang pernah diteguknya sebelum-sebelum ini.Betapa luluhnya hati itu apabila terkenang akan kejahilannya.

Sesudah makan Haziq merehatkan diri di dalam bilik yang disediakan oleh Farhan.Matanya langsung tidak berasa mengantuk.Pemandangannya dikekalkan pada siling putih sambil fikirannya menerawang teringatkan semua yang terjadi.

Masihkan taubatku diterima Ya Allah?Masihkah ada maaf buat insan yang hina seperti aku ini Ya Allah?,persoalan itu wujud di benak fikirannya.

Berikan aku peluang Ya Allah.Berikan aku kesempatan dan kekuatan untuk bertaubat kepadaMu.Kurniakanlah keampunan serta kemaafanMu terhadap diriku ini Ya Allah,doa itu dilafazkan sebelum mata itu perlahan-lahan terpejam.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now