BAB 24

1.3K 97 47
                                    

Letakkan sepenuhnye kepercayaan pada yang Maha Esa💞💞

-----------------------------------

Apa maksud kata-kata kau Haziq???

Persoalan itu semakin berlegar-legar dalam mindaku.Aku tidak bermimpi?Adakah Haziq baru sahaja mengatakan bahawa dia cinta kepadaku?Tidakkah hanya aku yang menyimpan perasaan kepadanya?

Aku tahu aku bodoh.Aku sedar akulah wanita paling bodoh kerana mencintai lelaki kejam sepertinya.Lelaki yang bunuh orang yang aku sayang.Lelaki yang telah memijak maruahku.
Lelaki yang tak jemu menyakiti dan menghinaku.

Walhal pada hakikatnya,aku sewajarnya membenci dia.Aku sepatutnya tidak membenarkan walau sekelumit rasa cinta terhadapnya.Aku seharusnya jijik untuk mencintainya selepas apa yang dia lakukan kepadaku.

Jujur bahawa akalku menyatakan memang aku sangat benci kepadanya.Bukan hanya benci namun terlalu hina dirinya buatku.Malah aku merasakan lelaki sepertinya tidak layak untuk dicintai olehku.

Namun di sudut hatiku,entah bagaimana boleh ada satu perasaan buatnya.Perasaan seolah-olah aku mahukan dia melindungiku.Perasaan seolah-olah aku mahu dijaga olehnya.

Hidup aku terlalu kosong.Semua insan yang aku sayangi dah pergi.Tiada siapa yang bersama aku lagi.Namun wujudnya dia membuatkan hatiku berasa seperti hanya dia yang layak menggantikan semua orang yang aku sayangi.Hanya dia yang mampu untuk membina semula harapan hidupku yang telah lama hancur.

Bodohnya aku kerana terlalu berharap kepadanya.Bodohnya aku kerana menjadikan dia satu-satu impianku.Bodohnya aku kerana menginginkan sesuatu yang terlalu mustahil untuk terjadi.

Namun kata-katanya tadi.Kalimah suci yang keluar dari mulutnya itu membuatkan pengharapanku kepadanya semakin bercambah.Dia katakan bahawa dia cintakan aku bukan?

Namun begitu.Mengapa dia perlu menyiksaku sepeti ini?Sekiranya dia mencintaiku mengapa dia sanggup melihat aku sakit?Kalau benar dia mempunyai perasaan suci itu mengapa dia gembira di atas penderitaanku?

Tapi!Pada masa yang sama dia tidak sanggup untuk membunuhku.Aku akui dia kelihatan sangat gembira apabila aku kesakitan.Namun di sebalik kegembiraannya itu,dia tidak sanggup untuk membunuhku.

Siapa sebenarnya dirimu Aiman Haziq?Kenapa kau begitu misteri buatku?Kenapa kau tiba-tiba hadir dalam hidup aku dan menghukumku?Apa salah aku kepada kau?Dan kini kau bina satu lagi persolan dalam diri aku.

Betulkah kau mencintai aku
Haziq?Tolong jangan berikan aku pengharapan.Jika benar kau mencintai aku jadikanlah aku yang halal buatmu.

Sedang asyik aku mempersoalkan tentangnya,hati aku tiba-tiba terpagut kepada seseorang.Hati yang sedari tadi memikirkan tentang Haziq itu tiba-tiba bertukar dan digantikan dengan nama seseorang.Fikiran yang melayang tentang Haziq itu bersilih ganti dengan wajah seseorang.Seseorang yang amat bermakna buatku.

Dia Abang Danial..

Aku rasakan begitu mudah aku melupakannya?Aku rasakan begitu cepat aku  menggantikannya dengan orang lain.Aku rasa sebegitu senangnya aku melupakan cinta kami berdua.

Beginikah cinta yang aku agungkan dulu?Begini cinta yang aku cuba pertahankan selama ini?Beginikah pengakhiran cinta aku dan Danial?

Apa istimewanya cinta kami sekiranya aku tidak mempertahankannya?Apa yang boleh aku banggakan sekiranya aku dengan mudah melupakan?
Tidak!Cinta aku dekat dia tak semurah itu.Cinta aku dekat dia tidak sewenang-wenangnya aku lupakan.

Benar!Dia Abang Danial.Aku sepatutnya tidak harus menduakan dia.Dia cinta pertama aku.Dia yang ada di saat sukarku.Dia yang aku ketahui benar-benar tulus mencintai aku.Dan aku juga pernah berjanji untuk tidak mencintai orang lain selain daripadanya.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now