BAB 2

2.2K 163 53
                                    


Maya sayang harini maksu nak keluar .Nak pergi rumah Mak Som.Esok anak dia kahwin jadi esok ada buat keduri.Mak som kamu tu nak masak gotong-royang kampung.Jadi maksu mungkin balik lewat sikit, kata maksu kepada aku .

Ohh Ok takpe maksu jangan risau nanti Maya jaga rumah.Bye.Jawabku kepada maksu sebelum aku menyalaminya dan menutup pintu.

Pusing je kat belakang aku nampak figura paksu yang memandang aku tidak lepas.Aku segera ingin mengorak langkah ke bilik kerana rasa takut mula menjalar dalam diri.Namun belum sempat aku pergi tanganku digenggam erat olehnya.

Aih paksu kenapa ni?lepaslah Maya nak pergi bilik ni,kataku sambil merungkai pegangan tersebut.

Maya sayang! paksu dah lama dah geram kat Maya ni.Alang-alang maksu dah takde ni macam kena je, katanya beserta senyuman yang miang.

Lepaslah kau ingat aku ni apa?kau ingat aku nak ke buat dosa besar tu?kau tak takut ke balasan daripada Allah?kau tak kesiankan maksu ke?soalku lantang beserta panggilan yang dah bertukar.Aku dah tak tahan dengan dia ni.Haritu bukan main minta maaf dengan aku.

Kau jangan nak cakap pasal dosa pahala dengan akulah perempuan.Kau ingat kau tu baik sangat ke haa.Kau tak sedar ke sekarang ni pon kau dah kurang ajar dengan aku.Tu kau tak kata dosa pulak,kata paksu namun tidak juga melepaskan pegangan tangannya.

Orang yang perangai setan macam kau memang layak untuk aku kurang ajar,hamburku berani.Ibuku sendiri tidak pernah berbicara kasar sebegitu.Tapi dia sesuka hati.Tak aku tak cukup baik untuk biar orang tindas diri aku.

Pang!pijar pipiku angkara tamparan daripada jantan tak guna tu.Aku peduli ape kau ikut aku sekarang,katanya bersama seretan ke biliknya dan maksu.

Tak aku takkan biarkan maruah aku hilang dengan cara ni.Aku kena pertahankan diri aku.Aku tak boleh lemah dengan manusia bertopengkan syaitan ni,kataku dalam hati.Sejurus itu aku mengambil pasu yang elok tersegam di atas meja.Tanpa berlengah lagi,aku terus hantukkan pasu tersebut ke kepala paksu.

Aku sangkakan dia akan pengsan namun aku silap kepalanya hanya berdarah sedikit.Dan satu tendangan diberikan kepadaku mungkin kerana amarahnya memuncak akibat tindakanku.Sakit ye tu yang aku rasakan.Seumur hidupku tak pernah aku diperlakukan macam ni.

Ya Allah!Bantu aku.Selamatkan aku daripada iblis ni.Hindari aku daripada perkara buruk ini ,pintaku kepada Allah S.W.T.

Sewaktu pintu dibuka lantas aku dicampak ke atas katil.Paksu hanya menyeringa kegembiraan dan mula membuka pakaianya.Aku cuba untuk larikan diri namun ditahan olehnya.Apalah sangat kudrat remaja berusia 17 tahun seperti aku ini dibandingkan dengan tenaganya yang berkali ganda daripada aku.

Aku hanya mampu meratapi nasibku.Mengapa Ya Allah?mengapa
nasibku sebegini?jangan biarkan setan ni musnahkan maruah yang telah aku jaga selama 17 tahun ini Ya Allah.

Dalam pada masa yang sama saat setan tu mula melaksanakan kerja terkutuk itu tiba-tiba pintu yang tertutup rapat itu terbuka dan terpapar wajah terkejut daripada maksu.

Ya Allah bersyukur aku.Terima kasih Ya Allah.Maafkan hamba mu ini kerana mempertikaikan nasibku sebentar tadi.Sekali lagi terima kasih Ya Allah,ku panjatkan doa dalam hatiku.

Apa yang berlaku ni?abang, Maya apa yang korang dah buat ni?tanya maksu dengan muka yang memerah

Baru sahaja aku ingin membuka mulut lantang paksu menjawab budak tak guna ni yang goda abang,dia yang tarik abang sampai kat dalam bilik ni,dia cakap dia dah lama suka abang,dia cakap sayang tak ada kat rumah jadi dia nak buat benda tak senonoh dengan abang.Percayalah sayang! abang sayang dekat sayang sorang je.Abang tak akan mampu menduakan sayang.Abang dah cuba sehabis daya untuk tolak,mujur sayang datang.

Aku terkaku.Penipuan apa yang iblis ni lakukan.Apakah maksu percaya kepadanya.Maksu dapat kulihat mukanya mula memerah.

Tak!tak!jawabku terketar-ketar bersama linangan air mata.Aku melutut di hadapan maksu memohon agar dia tidak percaya akan kata-kata setan itu.

Kau tak guna.Tak sedar diri.Tak tahu untung.Aku jaga kau lepas mak kau mati ni yang kau balas kat aku.Nasib baik aku tergerak hati nak balik.Kalau tak sampai sekarang aku tak tahu perangai tak semengah kau ni.Kau mulai harini kau bukan lagi anak sedara aku.Aku tak ada anak saudara semurah kau.Aku menyesal jaga dan bela kau.Mulai harini juga kau akan jadi orang gaji kat rumah ni.Ni semua untuk kau balas semula jasa dan masa yang aku dah korbankan kat kau lepas mak kau mati,kata maksu kepadaku.

Sejurus itu dia memberikan tamparan padu ke wajahku dan menolak aku sehingga aku telentang di lantai.Maksu berlalu dan diikuti oleh paksu yang masih kekal di wajahnya senyuman sinis dan mengejek.

Sejak daripada kejadian itu memang aku dikerah dan dipaksa untuk melakukan semua kerja rumah yang tak ubah seperti orang gaji.Tak aku salah, aku sudah diibaratkan hamba abdi di rumah ini.Maksu memang sudah tidak bercakap denganku dan tamparan sudah menjadi kebiasaan sewaktu aku bersamanya.Paksu pula, tak aku sepatutnya gelarkan dia setan.Ya, setan tu dah pergi ke luar negara selepas kejadian hitam tu atas urusan kerja.Sekurang-kurangnya aku masih bersyukur kerana tidak dipertemukan dengannya.Namun kepercayaan maksu kepadaku sudah hancur musnah.Aku dah tak ada sesipa dalam dunia ni.

Ibu bila Maya nak jumpa ibu?Bila Maya dapat tinggal dengan ibu?astaghfirullahalazim aku tak sepatutnya mempertikaikan perkara tu.Ajal dan maut di tangan tuhan.Hurmm aku hanya mampu untuk reda dan percaya akan hikmah di sebaliknya.

Lamunanku hilang akibat terdengar deringan telefon di ruang tamu.Lantas aku pergi dan menjawab panggilan tersebut.

Assalamualaikum.Ni waris kepada Rahmah binti Ali ke? kata pemanggil tersebut.

Ya saya anak kepada arwah?Kenapa ya? jawabku dalam keadaan separuh tenang.Air mata tolong jangan jatuh.Tolong bertahan demi ibu.

Saya Inspektor Azman yang mengendalikan kes ibu cik.Saya minta maaf tapi kami terpaksa menghentikan penyiasatan kes ibu cik.Kami tidak dapat menjumpai sebarang bukti atau saksi bagi membantu siasatan.Harap maaf dan bersabar,katanya lagi.

Tak apa terima kasih.Assalamualaikum,kataku lalu meletakkan ganggang telefon.Air mata aku tumpah jua.

Ibu maafkan Maya.Maya tak dapat tegakkan kebenaran ibu.Maya memang anak yang tak guna.Maya tak mampu membela nasib ibu ,kataku beserta air mata.

Akhirnya aku hanya mampu mengambil wuduk dan berniat untuk solat bagi memohon petunjuk dan ketenangan daripada Allah yang maha berkuasa.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now