BAB 7

1.7K 122 11
                                    

Abang!kejaplah,Maya penatlah.Adu aku kepada abang Danial yang sedari tadi tidak berhenti melangkah.

Cepatlah Maya.Makin lambat kita keluar makin besar peluang orang Tuan Omar untuk jumpa kita.Jawabnya termengah-mengah.

Maa..Maya tak larat.Maya lapar,dahaga.Kataku dan menghentikan langkah kakiku.Sumpah,aku memang tak bermaya sekarang.Sepanjang aku dikurung tidak pernah sekali aku menjamah sebarang makanan.

Ok!kita berhenti kejap dekat pokok ni.Maya duduk dulu.Abang cuba cari apa-apa makanan.Kata abang Danial dan mula melangkah,namun pergerakannya terhenti kerana pautanku di lengannya yang berlapik itu.

Maya..Maya minta maaf sebab susahkan abang,kataku dalam suara yang lemah.Aku rasa bersalah sangat.Sebab aku dia yang perlu bersusah-payah.

Dia tersenyum sebelum berkata Abang sayang Maya.Takkan abang nak rasa susah bila buat sesuatu untuk orang yang abang sayang.Dah abang pergi dulu.

Aku tersenyum sambil menghantar pemergiannya.
                          ....................

krakk..krakkk...krakkk

Bunyi itu tiba-tiba menerobos ke dalam pendengaran aku.Rasa takut juga mula menjalar.

Mana abang Danial ni?desis hatiku.Bunyi itu juga makin lama makin kuat.Aku takut kalau tu semua bunyi daripada orang-orang suruhan lelaki tua tu sahaja.Sudahlah aku keseorangan sekarang.

Tiba-tiba bunyi itu sudah tidak kedengaran.Suasana menjadi sepi.
Jantungku yang sedari tadi rancak berbunyi kini bertukar sedikit lega.

Baru sahaja aku ingin menghela nafas lega,aku dikejutkan dengan bunyi jeritan seseorang.Dan bunyi itu tidaklah jauh daripada kedudukan aku.Bunyi itu datang daripada sebalik pohon besar yang berjarak mungkin 10 langkah daripada tempat aku.

Aku memberanikan diri untuk melihat apa yang terjadi.Perlahan-lahan aku melangkah bagi mengelakkan sebarang bunyi yang dihasil.Semakin aku mendekati pokok itu semakin kuat aku terdengar bunyi seperti orang bergaduh.Saat aku tiba di pokok itu,alangkah terkejutnya aku apabila melihat Abang Danial yang masih tegak berdiri namun dapat aku lihat juga sedikit darah di kepalanya.Lagi mengejutkan aku apabila aku lihat di hadapannya terdapat seorang lelaki yang bertubuh sasa terbaring bersama pisau yang tercacak di perutnya.

Abang Danial mengangkat wajahnya dan mempamerkan riak wajah yang terkejut apabila ternampak aku.

Aku terkaku.Tak sangka Abang Danial yang selama ini aku kenali dengan sifat lemah lembut mampu membunuh.Perlahan-lahan rasa takut mula menjalar dalam diri aku.

Maya.Walau apa pon yang Maya fikir tentang abang,percayalah abang buar semua ni demi Maya.Ni salah seorang daripada anak buah Tuan Omar.Nampaknya mereka dah mula bertindak.Baik kita pergi sekarang,katanya seraya menarik lenganku untuk pergi.

Aku hanya terdiam dan mengikutinya.Rasa terkejut tadi,tidak dapat aku buang lagi.Hinggakan aku terasa seperti pergerakannya terhenti.Aku mula mengangkat kepala dan aku terundur ke belakang sedikit apabila mendapati wajah Abang Danial begitu dekat dengan aku.

Matanya itu merenung lembut ke dalam anak mata aku.Lantas dia berbicara Maya masih terkejut pasal tadi ke?kalau betul abang minta maaf sangat-sangat.Abang terpaksa buat macam tu.Abang buat macam tu untuk selamatkan Maya.Lelaki tadi,kalau abang lambat sampai kemungkinan pisau tu sekarang tercacak dekat Maya.Abang tahu Maya terkejut.Abang tahu Maya mesti takut sebab duduk sekali dengan pembunuh.Abang tahu diri abang dah kotor sebab dah buat kesalahan tu.Tapi kita dalam keadaan darurat tadi.Maya percayakan abang kan? katanya beserta pandangan meminta simpati kepada aku.

Tiba-tiba hati aku diulit rasa sayu apabila pendengar penjelasannya.
Terang-terangan perbuatan dia cuba untul menyelamatkan aku.Kalau bukan sebab dia mungkin aku dah mati sekarang.

Aku tersenyum.Kenapalah aku tak terfikir semua tu?Aku tak pandang pon dari sudut positifnya.Aku hanya tahu menghukum
seseorang.Berdosanya aku dekat dia.

Maya minta maaf.Maya dah hukum abang.Maya sendiri banyak buat dosa.Maya tak layak nak bersangka buruk dekat abang.Maya patutnya tanya abang dulu sebelum berfikiran macam-macam tentang abang.Maya ni jahat kan?Abang dah tolong Maya tapi Maya bukannya nak hargai abang,kataku dengan penuh rasa bersalah.

Dahlah tak ada apa yang nak dimaafkan.Sekarang ni yang paling penting kita kena keluar dari sini.Abang sempat jumpa ni je, katanya lalu menunjukkan beberapa biji buah mangga.

Kita makan dekat depan sikitlah.Abang dengar bunyi air mengalir.Mungkin ada sungai dekat depan sana.Maya dahaga kan?Sorrylah tapi ni je yang abang mampu,sambungnya lagi.

Kenapa cakap macam tu.Ni pon Maya dah cukup bersyukur Sekurang-kurangnya dapat alas perut sebelum keluar dari sini.Tu pon kalau kita boleh keluar dari sini,kataku.Memang aku bersyukur tapi pada masa yang sama aku juga ragu-ragu.

Tak!Maya kena percaya yang kita akan keluar dari sini.Maya kena yakin yang Allah pasti akan tolong hambanya yang kesusahan.Lagipon abang akan pastikan kita keluar dari sini.Abang akan pastikan niat murni abang tercapai,katanya sambil tersenyum ke arahku.

Apa maksud abang dengan niat murni.Apa niat murni abang?tanyaku sedikit hairan kepadanya.Pelik juga aku,apalah yang mahu dia lakukan.

Maksud abang...Dia berjeda sebentar.

Dia ni buat aku tertanya-tanya betul.Apa yang dia nak cuba sampaikan sebenarnya ni.




NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now