BAB 37

1.3K 79 88
                                    

Haziq POV

Sial!Kau sedar tak siapa kat depan kau?Kau sedar tak dia wanita yang dulu kau cintai?Kau sedar tak dia juga perempuan yang kau sakiti?jerit Haq kepada aku usai Maya menceritakan segala-galanya.

Pernah!Maya kena jangkitan sebab Maya tertelan air laut yang mengandungi bahan tercemar.Seingat ibu pantai tu sepatutnya tidak dibenarkan untuk orang awam mandi tapi Maya mandi juga.Maya lemas sebab cuba selamatkan orang lain dan air masuk ke dalam badan Maya melalui hidung dan mulut Maya dan mula merebak kepada paru-paru.Untung sahaja maya masih boleh diselamatkan.

Saat aku dengari pengakuan itu,jantung aku bagai terhenti.Pengakuan daripada Maya itu membuatkan seluruh tubuhku yang sakit itu kaku.Aku masih diam tak berbuat apa.Otak cuba difokuskan untuk mentafsir segala yang aku dengar sebentar tadi.

Aku!Aku yang memisahkan dia dengan ibu dan bapa kandungnya dahulu.Aku yang menyebabkan dia menghidap penyakit itu.Aku yang menjadi punca penyakit itu.Aku yang buatkan dia menderita sakit itu sehingggakan terpaksa meminjam duit ibu untuk kos rawatannya.Aku yang menyebabkan ibu curang.
Da..aan!Aku yang menyebabkan ayah bunuh diri.

Dia tak bersalah?Aku kah yang berdosa di sini?Aku kah yang menjadikan dia sebagai mangsa keadaan di atas kesalahan aku sendiri?persoalan tersebut semakin berselirat di dalam fikiran aku.Saat itu juga segala perilaku aku terhadapnya berlegar-legar di dalam minda.

Dia!Dia Zirah wanita pertama yang aku cintai.Dia wanita yang sanggup korbankan keselamatan dia demi aku.Dia yang aku buat tersiksa dengan kehilangan ibu bapa kandungnya di usia 7 tahun dan disahkan menghidap penyakit oleh kerana aku.

Dia Sumayah.Perempuan yang berjaya membuatkan aku lupa seorang Zirah.Perempuan yang pernah aku cintai dan masih aku cintai.Dia aku siksa dengan membunuh semua orang orang yang dia sayang.Maruah dia dipermainkan.Tubuhnya disakiti dan hatinya dilukai.

Aku sakitkan dua orang yang aku sayang.Aku lukakan orang yang salah.Aku siksa orang yang tak layak untuk merasa semua itu.Aku menghukum orang yang berjasa kepada aku.Aku hukum orang yang banyak kesalahanku terhadapnya.Dan aku hukum orang yang aku amat cintai.Cintai dari dahulu sehingga sekarang.

Sebab!Zirah dan Maya perempuan yang sama.Perempuan yang pernah wujud rasa cinta dalam diriku terhadap mereka.Perempuan yang banyak tersiksa oleh kerana aku.Perempuan yang banyak aku lakukan kesalahan terhadap mereka.Perempuan yang aku hancurkan cinta itu kepada dendam.

Kejamnya aku!Aku sanggup lukakan wanita yang selamatkan aku.Aku sanggup sakiti wanita yang aku cintai.Aku tega menyeksa wanita yang tidak bersalah.Aku letakkan kesalahan aku terhadap orang lain.Bahkan orang yang aku sayang.

Ya Allah!terungkap kalimah suci itu di dalam fikiranku.Allah!Berapa lama aku sudah meninggalkannya?
Berapa lama aku abaikan suruhannya?Berapa lama aku lakukan larangannya?Sudah berapa lama aku menjadi pendosa?

Ya Allah!Ujian apakah ini?Apa maksudMu?Kenapa mesti dia?Kenapa harus insan yang aku cintai juga aku sakiti?Kenapa Ya Allah?tidak jemu aku mempersoalkan perkara tersebut.

Aku tak boleh macam ni?Aku kena tebus balik kesalahan aku.Aku banyak berdosa terhadapnya.Aku kena minta maaf.Aku kena dapatkan dia semula.Sebab!Aku cintakan dia.Benar-benar cintakan dia.

Demi Allah!Diriku Haziq sudah lama menyayangi dia.Bahkan mencintainya sebagai Sumayah.Dan harini aku dapat tahu dia juga Zirah.Ya Allah!Aku cintakan kedua-dua wanita ini.Tapi dahulu dendam mengatasi segalanya.

Aku menyesal.Aku bersalah.Aku berdosa.Aku harus pebetulkan kesalahanku.Dia tak berhak untuk semua ini.Wanita semurni dia tak layak dengan semua penderitaan ini.

Maka darah yang terdapat di hujung bibir aku lapkan akibat rasa loya apabila darah itu termasuk ke dalam mulutku.Nafas yang tercungap-cungap itu aku cuba stabilkan apabila tiada lagi Haq yang menyerangku.

Aku cuba membangunkan badan yang sudah terbaring lemah itu.Sakit akibat ditumbuk oleh Haq masih terasa.Sudahlah diriku sudah lemah.Sekarang ditambah pula dengan tumbukan padu olehnya.

Susah!Susah sekali untuk aku membangunkan tubuh yang sakit ini.Namun tetap aku gagahkan.Di saat badan sudah hampir berdiri tegak sekali lagi aku terjatuh rebah.Mata dipejam akibat menahan kesakitan.Namun,hentakan yang terasa di lantai itu tidak mampu menghalang tekadku hingga akhirnya badan lemahku berjaya dibangunkan.

Aku berjaya.Aku berjaya mambangunkan tubuh ini.Mata yang terpejam dibuka.Dan aku kalah.Aku kalah kerana saat mata ini benar-benar dibuka.Saat itu juga mata ini benar-benar menikam tepat ke arah wanita yang aku cintai itu.Dan aku nampak air matanya.Aku nampak dengan jelas cecair jernih itu membasahi wajahnya.

Siapa yang salah sekarang Aiman Haziq?Aku tanya kau.Siapa yang bunuh ayah kau?Aku atau kau?Aku tanya kau jantan tak guna,jerit Maya kepada aku.Walaupon air matanya mengalir namun tetap sahaja dia menjerit lantang kepadaku.

Ayah!Bergetar seluruh badanku saat nama itu kedengaran.Maka terlintas keadaan ayah yang pergi meningglkan dulu.Teringat kembali bagaimana teruknya cara pemergiannya.

FLASHBACK

Aku baru sahaja pulang daripada sekolah.Penat akibat berjalan kaki masih tidak hilang.Hampir setengah jam aku menunggu kehadiran ayah namuh tetap jua tidak ada.

Aku tahu kebelakangan ini ayah semakin pelik.Mukanya selalu muram.Dirinya juga tidak terurus.Ibu!Ibu tiada.Entah ke mana dia pergi.Yang aku pasti dia tinggalkan ayah.

Maka kerana itu aku sengaja pulang sendiri.Aku tahu yang ayah memang langsung sudah tidak pedulikan aku sekarang.Yang dia hanya mampu lakukan cuma termenung merenungkan nasibnya.Sudah bermacam perkara aku lakukan namun langsung tidak mampu mengubahnya.

Assalamualaikum!Ayah.Ni Eman ada bawa balik sikit makanan.Eman beli dekat gerai Mak Teha tadi.Ayah mesti lapar kan?kataku sambil menuju ke arah bilik ayah.Tidak hairan jika ayah tidak menyahut kerana sememangnya selama ini dia tidak pernah bercakap dengan aku lagi sejak ibu meninggalkan kami.

Saat pintu yang tertutup itu dibuka,aku terkaku.Makanan yang tadi aku bawa dengan seribu satu harapan jatuh berteraburan.Senyuman yang terbentuk di wajahku hilang.Air mata yang sudah sekian lama tidak keluar itu mula banjir.

Lantas aku pergi ke arah tubuh ayah yang tergantung di atas syiling.Kerusi aku panjat dan membuka ikatan tali di lehernya.Tubuhnya yang besar itu aku tidak mampu tampung hingga akhirnya kedua-dua tubuh kami jatuh ke atas lantai.

Tidak aku pedulikan semua itu,aku merapati tubuh ayah.Matanya yang terbeliak itu aku tutup perlahan-lahan dengan menyapukan tapak tanganku.Lidahnya yang terkeluar itu tidak tahu aku harus lakukan apa.Terketar-ketar tangan ini cuba menutup mulutnya namun tidak mampu.

Perit!Perit sangat.Kenapa ayah buat macam ni?Kenapa ayah perlu pergi dengan cara macam ini?Cara yang hina.Cara yang dilaknat.Allahu,aku mempersoalkannya sambil menepuk dadaku.

Tak tahu apa yang harus dilakukan.Aku panik.Aku sedih.Aku terkejut.Segala rasa ada dalam diriku.Namun satu rasa hadir dalam diri aku saat aku terbaca kertas bertulis yang terdapat di atas meja di bilik ayah.

Kenapa tinggalkan saya Sya?Saya tak boleh hidup tanpa awak?Apa kurangnya saya dengan lelaki tak guna tu?Saya ada semuanya.Dia!Dia cuma menggunakan duit awak untuk rawatan anak dia.Saya dah penat.Saya penat hidup terseksa macam ni.Budak sial tu?Dia perosak hubungan kita.Saya dah tak tahu nak buat apa?Nak hidup saya dah tak tJadi lebih baik saya mati je!!

Rasa yang hadir itu tak lain tak bukan satu rasa dendam.Rasa bsnci yang amat pada budak yabg ayah gelarkan.Dan pada hari itu juga aku bersumpah yang aku akan buat dia terseksa sepertimana yang aku rasa.

Setelah 10 tahun,aku menjumpainya.Selama itu aku tidak berhenti mencari dia.Aku fikirkan dia sudah mati.Namun tidak sangka akhirnya aku bertemu jua dengannya.Dan saat itu segala yang oernah aku rancangkan akhirnya aku lakuakan.Aku berjaya buat dia terseksa.

END FLASHBACK

Aku memang berhasil.Aku memang berjaya buat dia terseksa.Tapi!Tapi aku salah.Hari ini!Aku yang benar-benar terseksa.Aku yang merasakan segala rasa yang aku ingin dia rasakan.Satu saha ja uamg boleh aku simpulan.
Perit!Perit sangat rasa ini.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now