BAB 43

144 7 7
                                    

Abang lambat lagi ke?Farah takut Farah lewatlah,soal gadis itu di corong telefon.

"Abang mintak maaf Farah.Urusan abang tak selesai lagi ni.Farah naik grab pergi UIA tu boleh?Nanti dah selesai pendaftaran Farah call abang.Abang jemput Farah",lembut saja bicaranya dengan nada yang bersalah.

"Boleh je,lagipun Farah tak nak susahkan abang.Farah order grab ye. Assalamualaikum", seusai berkata begitu lantas panggilan dimatikan dan aplikasi grab dibukanya.

"Saya minta maaf Datin Safiya.Marilah kita sambung balik pengajian tadi,ucap Farhan bersama senyuman kelegaan apabila terkenang akan adiknya yang begitu memahami.Sejak ketiadaan walid dan ummi adiknya yang satu itu memang sentiasa cuba untuk tidak membebankannya.

"Kenapa ustaz?Ustaz ada hal ke?Kalau ada tidak apa pergilah dulu.Saya boleh menunggu",tanya wanita berusia separuh abad itu dengan prihatin.

"Eh takpa lah.Adik saya call minta hantar ke UIA tadi tapi saya masih perlu mengajar jadi dia naik grab sahaja.Tidak mengapalah datin,tidak elok pula buatkan orang menunggu",Farhan menjawab dengan sopan.

"Mama,Maya dah lewat ni.Maya dan inform Pak Mat untuk jemput mama sebab Maya takut pendaftaran tu lama.Maya pergi dulu ye",Sumayyah lantas menunduk untuk bersalam dengan ibunya.Dia sedar akan kewujudan Farhan yang merupakan lelaki yang terlibat dengan insiden memalukan itu namun sengaja diabaikannya.Maka dengan itu dia juga dapat membuat kesimpulan bahawa jejaka itu merupakan ustaz kepada ibunya.

"Eh ustaz.Anak saya nak ke UIA juga.Daripada adik ustaz naik grab lebih baik tumpang anak saya saja.Alang-alang mereka menuju ke destinasi yang sama apa salahnya.Maya pon tidak keberatan bukan?"Datin Safiya menawarkan pertolongan itu kepada Farhan setelah menyambut salam yang dihulurkan anak gadisnya itu.

Maya hanya mengangguk bagi menjawab persoalan ibunya itu.Dia sememangnya tidak kesah namun terbit rasa hairan terhadap ibunya yang sewenang-wenangnya membiarkan dia untuk menumpangkan orang yang tidak dikenali.

Farhan akhirnya bersetuju dengan pelawaan itu lantas ditelefon adiknya itu.Ucapan terima kasih diucapkan kepada Datin Safiya dan Sumayah juga terselit senyuman manis di wajahnya.

DALAM KERETA

Hanya bunyi daripada radio yang menemani kesunyian di dalam kereta.Kedua-dua wanita itu hanya berdiam diri kerana masing-masing agak kekok.Hanya beberapa kali sahaja mereka berbual dan suasa kembali sunyi.

"Nama awak Sumayyah?",soalan daripada Farah hanya dibalas anggukan daripada Maya.Baru sahaja Maya ingin bertanyakan soalan namun Farah menyambung lagi bicaranya.

"Wanna know something?Nama awak sama macam arwah ummi.Rindunya saya pada dia",katanya lagi dengan nada perlahan bersama senyuman tipis.Terbit rasa kasihan dalam diri Sumayyah apabila mendengar bicara wanita anggun di sebelahnya itu.Seketika tersentak hatinya apabila turut sama terkenang akan umminya yang sudah tiada.Lebih menyedihkan apabila fikirannya turut menerawang teringatkan cara pemergian ibunya yang amat menyayat hati.

"Hmm saya harap awak kuat.Saya faham.Rindu pada yang tiada itu sakit",senyuman hambar diberikan seraya berkata.

"Awak kenal abang saya ke?",tanya Farah lagi bagi mengalihkan topik yang sensitif itu.Sebenarnya dia juga tidak menyangka yang abangnya berkawan dengan perempuan.

"Eh tak kenal pon.Kebetulan mak saya mengaji kat sini",kata Sumayah.

"Ouhh begitu.Haha akhir-akhir ni banyak pulak kebetulan yang pertemukan abang dengan orang baru",kata Farah.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now