BAB 34

873 80 2
                                    

Tubuh Haziq yang tidak sedarkan diri itu diletakkan oleh abang ke atas sofa.Aku yang masih berdiri tegak di tangga itu hanya memerhati.
Mama yang baru sahaja keluar daripada dapur itu lantas berlari ke arah abang apabila ternampak jejaka yang tidak dikenali itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Tidak menunggu lama,mama terus menjerit memanggil papa.Papa yang tidak tahu- menahu itu tergesa-gesa keluar daripada bilik bacaan.Buku yang diambilnya daripada bilik bacaan itu diletakkan ke atas meja sebelum berdesup dia menuju ke arah mama yang terjerit itu.

Ya Allah.Kenapa ni Haqiem?Apa?Siapa?First Aid mana?Cepat,berterabur sekali butir bicara papa akibat terkejut yang amat.Abang juga terkial-kial melilaukan matanya
ke seluruh kawasan rumah bagi mencari kotak kecemasan yang diminta oleh papa.

Tanpa membuang masa,mama aku lihat lantas menuju ke arah kabinet kaca yang terletak di tepi akuarium itu.Maka sekelip mata First Aid dikeluarkannya dan diberikan kepada papa.Dapat aku lihat papa menarik nafas sebelum wajah terkejutnya itu kembali bertukar menjadi tenang.

Abang yang berpeluk tubuh sedari tadi menghampiri mama dan memeluk mama dengan erat.Tangannya menepuk perlahan-lahan belakang badan mama.Jelas sekali mama amat takut.Badannya dapat aku lihat menggigil walaupon daripada sini.Maafkan adik sebab tak ada bersama mama.

Aku ingin ke sana.Aku ingin menenagkan mama yang ketakutan itu.Aku ingin melihat dengan kepalaku sendiri betapa parahnya keadaan lelaki itu.Aku mahu sekali memberitahu mereka siapa sebenarnya lelaki.Aku teringin sekali menjerit meminta papa berhenti merawatnya.Aku ingin katakan yang lelaki itu tidak sewajarnya diselamatkan malah layak untuk mati.

Namun tak boleh.Tubuh aku masih terkaku di sini.Mataku masih statik memerhatikan papa yang sedang mencuci luka Haziq.Lama aku di situ sebelum suara abang kedengaran.

Adik!Kenapa berdiri dekat situ.Boleh tak tolong gantikan cadar pada tilam dekat bilik tetamu?Papa dah selesai rawat lelaki ni.Sekarang ni dia perlukan rehat.Jadi abang rasa bilik tetamu tu boleh dia gunakan untuk berehat sebentar sebelum dia sedar,pinta abang kepadaku.

Aku yang tersentak itu lantas menganggukkan kepala dan memasuki bilik tetamu yang hanya berkedudukan sebelah kamarku.Cadar putih yang agak berhabuk itu aku tanggalkan.
Almari dibuka lantas cadar dan sarung bantal serta selimut bewarna biru diambil olehku dan sekejap sahaja segala siap.

Aku memerhatikan cadar bewarna biru itu.Dalam pelbagai warna yang ada,warna biru yang menjadi pilihanku.
Sebab!Sebab aku tahu warna kegemaran Haziq ialah biru.
Satu senyuman hambar terhasil di wajahku.

Tepi sikit dik!apabila suara Haqiem kedengaran aku lantas mengesotkan badanku ke tepi bagi memberikan ruang buatnya untuk meletakkan Haziq yang dipapah olehnya itu ke atas katil.Keluhan lega terlepas oleh abang apabila tubuh Haziq itu sempurna terbaring.

Adik kenapa?Dari tadi termenung je?Lepastu diam je?Adik terkejut tengok abang bawa balik dia ke?Ke adik takut tengok darah?Atau pon adik kenal lelaki ini,soal abang kepadaku.

Ermm!Aaadikk terkejutt jee.Adik tak biasa sangatt tenggook daa rahhhh.Tapi sekarangg ddahh okay,terketar-ketar aku menjawab sambil mengalihkan anak mataku daripada ditatap oleh Abang Haqiem.

Ok!Adik jangan fikirkan sangat.Jangan takut sangat.Tak ada apa pon yang jadi.Sekarang darah pon dah dibersihkan.
Adik abang kuat kan?tanya Abang Haqiem penuh lembut.

Aku hanya mengiayakan sahaja.Sejurus itu abang meletakkan tuala yang dipegang olehnya ke atas kepalaku.Sempat dia berpesan sebelum meninggalkan aku di dalam bilik itu bersama pintu yang terbuka.

Nah!Tutup rambut adik.Dia kemungkinan boleh sedar bila-bila masa sahaja.Abang nak keluar kejap.Nak ambilkan pakaian untuk dia.Nanti dia dah sedar mesti nak kena gantikan baju dia yang dah penuh dengan darah tu.Jadi adik tunggu kejap yee.Ibu pulak ada dekat dapur tengah masak bubur.Papa berehat dalam bilik.Kalau ada apa-apa berlaku adik panggil je kami,katanya dan meninggalkan aku.Bukan keseorangan tetapi bersama seseorang yang sangat aku benci.

Aku hanya memerhati wajah Haziq yang penuh dengan luka itu.Namun begitu,luka-luka itu langsung tidak menjejaskakan ketampanannya.Mataku beralih pada dahinya yang berbalut itu.
Wajahnya yang pernah menambat hatiku itu masih aku tatap.Entah mengapa mata ini tidak mahu berganjak daripada menatap wajahnya?

Mataku pula terarah ke arah tubuhnya yang semakin keding itu.Dahulu tubuh ini yang tidak penat menyakiti aku.Dan hari ini dia terbaring lemah di hadapan aku.

Sejenak aku terfikir,bagaimana  dia boleh ada bersama Abang Haqiem?Mengapa dia berkeadaan teruk sebegitu?Benarkah dirinya terluka atau dia sememangnya kenal Haqiem dan ini hanya helahnya untuk mendapatkan aku dan kemudian menyiksa aku lagi?

Pelbagai soalan berlegar-legar dalam mindaku.Kedatangan
dia secara tiba-tiba itu menimbulkan seribu satu tanggapanku buat dirinya.
Namun tidak dapat aku menipu diri sendiri.Sedikit-sebanyak rasa gembira hadir dalam diriku apabila melihat dia di depan mataku sekarang.

Sedang asyik aku memerhatikan dia yang tidak sedarkan diri itu,tiba-tiba satu suara menerpa masuk ke dalam pendengaranku.Suara yang mampu menggentarkan seluruh diriku.

Erghh!Kedengaran suara Haziq mengerang kesakitan.Mukanya aku lihat berkerut-kerut.
Tangannya juga mula bergerak.Tanpa membuang masa tuala di kepala aku perkemaskan dan selaju mungkin badan dipusingkan untuk keluar dari bilik itu kerana aku pasti dia akan sedar tidak lama lagi.

Cik!Dua tapak aku melangkah,suara lemah itu kedengaran.Tubuhku automatik terhenti apabila suaranya kedengaran.Aku mahu pergi.Aku mahu meneruskan langkah kakiku.Namun aku tak mampu.Badanku tetap mengeras membelakangi dia.

Cik jangan pergi lagi,pintanya.
Ya Allah!Halus sahaja butir bicaranya.Intonasi lembut yang digunakan olehnya itu sedikit sebanyak membuatkan air mataku mula mengalir.Namun tidak!Aku tidak boleh tewas.

Apa yang harus kulakukan?
Aku amat mengimpikan bahawa aku cukup kuat untuk menghadapnya dan menganggap seperti aku tidak mengenalinya.Aku ingin sekali melakukan begitu supaya dia tahu yang aku bukan lagi wanita lemah seperti dulu.
Namun tak boleh!Aku tak cukup kuat.Aku tak mempunyai kemampuan yang secukupnya lagi untuk berbuat demikian.

Saat itu Abang Haqiem aku lihat semakin menghampiri bilik yang aku sedang duduki sekarang.Syukurlah.Tepat pada masa,dia tiba.Boleh aku gunakan peluang ini untuk melarikan diri daripada Haziq.Namun begitu,lain yang aku bayangkan lain yang terjadi.Masuk-masuk sahaja,aku diajukan soalan olehnya.

Adik!Tu dia dah sedar.Kenapa tak pergi dekat dia?Dia panggil adik lahhh,kata abang.Aku masih memandang abang dengan harapan dia mengabaikan aku dan membiarkan aku yang ingin pergi itu.

Adik ni kenapa?Adik malu ke?Tak apa!Abang ada,usai berkata begitu lenganku ditarik olehnya supaya berpusing menghadap ke belakang.Atau lebih tepatnya menghadap ke arah Haziq.

Aku cuma menundukkan wajahku sewaktu kakiku dan abang melangkah menghampiri Haziq yang terbaring itu.Apabila langkah kaki terhenti,yakinlah aku bahawa aku hanya berdiri di sebelah katil itu.

Bro!Amacam?Dah ok ke?soal abang kepada dia.Aku hanya menunduk sehabisnya.Aku tidak mahu.Aku tidak bersedia untuk menghadapnya lagi.Jangan lah biarkan dia nampak wajahku.

Sakit lagi tapi okay lah sikit.Thanks to kau bro.Ni adik kau ke?katanya.Saat ini terasa seperti diriku dikenakan oleh renjatan elektrik.

Ya!Maya.Angkatlah muka tu,pinta abang.Suasana sepi sebelum suara Haziq terketar-ketar menyebut sesuatu.

MaaaYaaa,katanya.Saat itu air mata memang sudah tidak mampu lagi aku tahan.Segala kejahatan yang pernah dia lakukan kepadaku terlayar balik seperti tayangan filem di dalam mindaku.Aku lantas mengangkat wajahku dan anak mataku menikam tepat ke dalam matanya.Saat itu terlayar pula yang dia.Dia insan yang pernah aku cintai suatu masa dahulu.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now