BAB 26

1K 84 10
                                    

Kedua-dua pasang mata itu saling bertatapan.Bezanya tatapan mata sang jejaka hanya statik tanpa riak manakala sang wanita mula bertakung cecair jernih dalam  tubir matanya.
Dan wanita itu ialah aku.

Kata-kata yang baru dilontarkan olehnya ibarat petir yang menyambar dalam diriku.Setiap patah perkataan yang baru sahaja keluar daripada mulutnya terlalu pedih hingga mampu menghancur sekeping hati aku.

Ucapan yang baru sahaja aku dengari itu terlalu sukar untuk aku terima.Kenyataan yang baru sahaja dia akui itu sangat  perit buat aku.Terlalu sakit untuk aku hadamkan.Terlalu pahit untuk aku selami dalam diri aku.

Dia insan yang aku cintai.Insan yang sudah aku terima segala baik buruknya.Insan yang sudah aku maafkan segala kesalahannya.Insan yang aku abaikan segala perlakuan jahatnya.Insan yang aku lupakan kesilapan yang paling besar dalam hidupnya.
Kesilapan bahawa dia telah membunuh.Dan dia insan yang aku cuba untuk membina hidup baru bersamanya.

Tapi!Aku tidak salah dengar bukan?Aku tidak berkhayal bukan?Aku tidak bermimpi bukan?Aku sekarang di dunia realiti?Di dunia yang penuh dengan rahsia kekejaman seorang manusia bukan?

Dia lelaki yang aku cintai baru sahaja mengakui.Mengakui bahawa dia telah membunuh   ibu.Mengakui bahawa dia selama ini insan yang aku cari.Dia selama ini insan yang aku dendami.Dia selama ini insan yang membuatkan aku kehilangan orang yang aku sayang buat pertama kalinya.Dan dia insan yang selama ini aku bersumpah akan pastikan dia mendapat balasan ke atas kesalahannnya kepada ibu.

Ya Allah.Ujian apakah ini Ya Allah.Aku bersyukur.Bersyukur sangat kerana Engkau temukan aku dengan binatang yang bertanggungjawab atas
kematian ibu.Tapi Ya Allah.
Mengapa dia?Mengapa harus orang yang aku sayang.Orang yang aku cinta yang membunuh ibu.Apa yang harus aku lakukan Ya Allah?Rayuku tidak putus-putus di dalam hati.

Mata masih statik memandang tubuh si dia yang pegun itu.Air mata yang bertakung sudah lama membanjiri wajahku.Hati yang terlalu hancur ini aku cuba kuatkan kembali.Aku cuba kentalkan dan kumpulkan segala kekuatan yang ada.Mulut yang terlalu berat untuk bersuara itu aku gagahkan untuk berkata-kata.

Apa kau cakap ni Haziq?Apa kau cakap ni bodoh?Sial kau cakap apa?Baru sahaja aku menerima segala perbuatan kau.Kau bunuh ayah.Aku maafkan kau.Kau bunuh Abang Danial aku ampunkan kau.Kau memperjudikan maruahku
menyakitiku,menghinaku.
Namun,aku masih maaf dan terus maafkan.Aku masih ampun dan terus ampunkan kau,kataku lantang kepadanya.

Tapi!Kali ini kau terlalu kejam Haziq.Kau bunuh insan yang melahirkan aku.Kau bunuh insan yang membesarkan aku.Kau bunuh insan yang menjaga,membelai dan mendidik aku.Kau bunuh dia dengan kejam.Terlalu kejam untuk seorang wanita berhati murni seperti dia untuk mati di tangan manusia sial macam kau,sambungku lagi namun kali ini suara aku semakin merudum.Aku terlalu lemah apabila bercakap soal ibu.

Cukuplah Haziq.Cukuplah aku jadi bodoh.Cukuplah aku jadi lemah.Cukuplah aku jadi terlalu baik.Aku menyesal.Aku menyesal sangat sebab berikan kau peluang kedua.Aku menyesal maafkan semua kesalahan kau.Aku menyesal sebab pernah terfikir untuk bersama kau.Dan aku.Aku menyesal sebab pernah cintakan kau,masih mulutku berkata-kata kepadanya.

Aku dah kata.Aku dah cakap kau dan aku tak mungkin bersama.Kau dan aku saling tak layak.Sebab kita sama-sama pembunuh.Kita sama-sama manusia yang kejam.Manusia yang sanggup lukakan hati orang lain demi diri sendiri,kali ini sinis kata-kata yang keluar daripada mulutnya pula.

Jangan samakan aku dengan kau.Jangan pernah terdetik pon dalam hati kau yang aku setaraf dengan kau.Kau yang tak layak untuk aku.Aku bukan
pembunuh.Aku tahu dosa.Aku tahu halal dan haram.Aku tahu yang balasan Allah itu pasti. Manusia kejam macam kau tak lama.Kau pasti akan dapat balasan yang setimpal.Allah tu Maha Adil,kataku kepadanya bersama jari yang ditujukan tepat ke arahnya.

Aku tak tahu apa yang aku lalukan.Aku tak fahan kenapa kau boleh samakan aku dengan pembunuh.Aku tak tahu apa kesalahan aku pada kau.Namun aku pasti yang aku tak bersalah.Dan suatu hari nanti,kalau Allah bongkarkan segalanya.Kalau Allah tunjukkan kebenarannya.Kau jangan pernah cari aku.Jangan pernah kau hadir lagi dalam hidup aku.Sebab mulai detik ini,aku Sumayah Qaisara bersumpah yang aku bencikan kau.Terlalu bencikan kau,lancar sahaja kata-kata itu aku lafazkan.

Sejurus berkata begitu,langkah kaki aku hayunkan ke arah muka pintu.Langsung tidak aku palingkan tubuhku untuk menghadapnya buat kali terakhir.Benci.Rasa benci yang terlalu tebal membuatkan aku rasa dia tak layak untuk aku pedulikan lagi.

Kaki masih berjalan sehingga tiba di pintu utama rumah arwah ayah.Aku lantas membuka pintu dan memboloskan diri keluar.Kasut yang terdapat di luar rumah itu aku hanya sarungkan pada kakiku.Sebelum aku melangkah keluar daripada pagar rumah agam tu,sempat aku berkata-kata dalam hati.

Sekali aku melangkah keluar daripada rumah ni.Aku benar-benar berjanji pada diriku yang aku benci kau Haziq.Aku takkan maafkan kau Haziq.Aku akan padamkan seluruh rasa cinta terhadap kau.Nama kau akan aku hilangkan perlahan-lahan dalam diri aku.Sebab aku nak mulakan hidup baru.Hidup sebagai seorang Sumayah yang kuat.Yang tak mudah ditindas oleh manusia keji seperti kau lagi,kataku.

Sesudah aku tiba di luar pintu pagar itu,sangat tenang aku rasakan.Deruan angin yang sudah lama aku tidak rasakan akhirnya dapat aku rasa.Udara segar yang sudah lama tidak aku hirup akhirnya dapat aku hidu.Tiada lagi kekejaman.
Tiada lagi keperitan.Tiada lagi air mata dan darah.Betapa aku rindukan semua itu.Dan mulai hari ini aku akan dapatkan kembali kehidupan lama aku.Kehidupan yang hanya dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan walaupon tanpa orang yang aku sayang di sisi.

Yuhoooo.Hai semua🤗.Ni aku nak cakap yang cerita ni dah nak habis😄.Maybe dalam ermm 10 bab lagi kot😊.So kalian semua,bersabar kayh😇.Aku dah nak bongkarkan dah apa yang jadi😎.Pastu aku ni tak sabar nak buat POV Haziq😂😂.wakakaka
Nanti akan ada bab yang kena dia jadi POV.So stay tune kay.Esok insha allah aku update😌.Byee.🖐🖐

VOTE AND COMMENT😙😙
               👇

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now