BAB 19

1.1K 85 49
                                    

Apa yang aku nak buat ni?Aku tak nak jadi pelacur macam yang lelaki tak guna tu suruh.Ya Allah.Bantulah aku,rayuku seorang diri.

Mengenangkan hari sudah hampir lewat malam,aku yang masih belum melakukan solat isyak lantas mengambil tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi.

Di dalam bilik air,aku tersandar pada dinding.Air mata masih tidak berhenti mengalir.

Sakit Ya Allah.Peritnya ujianMu Ya Allah.Berat sangat untuk aku terima orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku.Aku tak mampu nak hadapinya Ya Allah,kataku perlahan apabila terkenangkan ibu,ayah dan abang danial.

Mengigatkan yang Allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan,aku lantas mandi dan pergi ke almari di tepi pintu untuk mengambil pakaian.Aku terlupa untuk membawanya ke dalam bilik air tadi.

Aku yang hanya berbalut tuala itu masih menyelongkar mencari baju yang sesuai.Majoriti baju kat sini memang saiz aku sebab ayah yang belikan.Tapi,aku lebih selesa dengan baju yang biasa-biasa je.Baju yang ayah belikan terlalu mahal untukku.

Ayah.Kalaulah ayah masih ada.Mesti Maya tak jadi macam ni.Tapi ayah dah tak ada.Ayah!Ayah tenang kat sana ye.Maya..Maya selalu doakan ayah supaya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Hikkss,kataku sambil menangis apabila terkenangkan ayah.

Krikkkkkk

Pintu yang tertutup itu dibuka oleh seseorang.Aku yang masih mengalirkan air mata mula tersentak.

Si dia memandang tajam kedua-dua mataku yang berkaca sebelum matanya beralih daripada atas  sehingga kesuluruhan tubuhku yang hanya berbalut dengan tuala.

Mengingati akan hal itu,aku segera berlari ke belakang pintu yang tidak dibuka sepenuhnya.

Kau buat apa kat sini?Pergilah.Aku nak pakai baju ni,kataku sedikit keras dari belakang pintu.

Aurat aku.Dia dah nampak.Aurat yang aku jaga hanya untuk suamiku kini sudah tidak berharga.Dan yang lebih membuatkan aku terkilan,lelaki tak guna ni yang nampak.Lelaki durjana yang kejam ni yang lihat.Lelaki bertopengkan setan ni yang dapat lihat dulu sebelum suamiku.

Kau siap sekarang.Kawan aku nak datang lagi setengah jam,dia berkata senada.Aku tersentak.Perasaan takut mula kembali dalam hatiku.

Kemudian si dia menyambung lagi.Kau tak payah nak menyorok sangat,aku tak ada selera dengan kau.Aku jijik dengan kau,katanya.

Kalau kawan aku ada mengadu apa-apa,aku akan pastikan kau mampos dengan aku betina.Kau jangan nak main-main dengan aku.Jangan nak cabar aku.Aku paling pantang orang langgar arahan aku,katanya dan terus menutup pintu dengan kasarnya.

Pelahan-lahan badanku disandarkan ke pintu.Aku terkesan dengan kata-katanya.Ya!Aku bersyukur kerana dia tidak berkeinginan untuk melakukan perkara terkutuk itu kepada aku.Tapi kenapa?Kenapa aku begitu jijik di matanya?Apa kesalahanku sehingga dilabel seperti pelacur olehnya.

Aku memakai seluar slack hitam,blouse labuh paras lutut dan tudung bawal hitam yang aku ambil dari dalam almari.

Lantas aku mengambil kain telekung dan sejadah.Sememangnya keperluan ini sudah ada kerana dari awal aku di sini,aku sudah memintanya kepada ayah.

Di akhir sujudku.Aku lantas berdoa dalam hati kepada yang Maha berkuasa.

Ya Allah.Kau ampunilah dosaku,kedua-dua ibu bapaku,kenalanku dan seluruh umat islam.Ya Allah kau tempatkanlah arwah ibu,ayah dan Abang Danial di kalangan orang-orang yang beriman.Sewaktu tiba di sini,aku tidak mampu menahan air mata yang mengalir.

Aku gagahi untuk berdoa kepada diriku.Ya Allah kau lindungilah aku daripada segala keburukan.Kau jauhkanlah aku daripada segala kejahatan dan kecelakaan daripada makhlukmu Ya Allah.Kau berikanlah aku ketabahan untuk memgaharungi segala ujianMu Ya Allah.Jadikanlah aku seorang hambamu yang sabar.Aminnn

         ............................

Aku masih duduk bersimpuh di atas sejadah.Kain telekung yang aku pakai tadi masih elok tersarung di tubuhku.

Aku risau.Aku takut sangat.Aku tak nak jadi pelacur.Aku bukan perempuan semurah itu.Aku masih tahu halal dan haram.Aku nak jaga mahkota aku untuk suamiku.Ya.Suami yang aku pon tak pasti.

Masih wujudkah dia?Bisakah dia menggantikan Abang Danial?Bolehkah dia mencintai dan menyayangi aku seperti Abang Danial?Dan paling penting mampukah menerima orang lain dalam hidupku selain cinta pertama aku,Iqmal Danial?

Sudah Maya!Dia.Dia dah tak ada.Dia dah tenang kat sana.Ikhlaskan dia Maya.Biarlah dia gembira  dekat sana.

Sedang aku mengingati memori lama,tiba-tiba aku terdengar suara beberapa lelaki di luar pintu.

Aku tak sabar dah ni Ziq.Mana perempuan tu,kata satu suara.Siapa?Siapa dia?Kawan yang Haziq maksudkan ke?Kalau betul.Dia maksudkan aku ke?Ya Allah.Jantung sudah mula berdegup dengan pantas.

Apa kau pula?Aku dulu Ziq.Kau lepas ni.Kasi aku rasmi budak tu,kata suara lain pula.Ya Allah.Mereka berkata-kata seolah wanita hanyalah permainan untuk mereka.

What rasmi?Budak tu still virgin.Ahh kalau macam tu aku dulu,kata suara lain yang agak garau suaranya.Ya Allah.Aku takut.Yang aku pastu dekat luar tu dah ada tiga orang lelaki yang tidak aku kenali.Sebab aku kenal suara Haziq.

Partner aku.Rakan kerja aku.Lima orang nak kau layan diaorang,katanya dengan nada sinis dan menutup pintu.

Seketika,ingatanku terimbas kembali kepada kata-kata
Haziq.Dia.Dia betul-betul jadikan aku pemuas nafsu untuk lima lelaki.Ya Allah.Aku tak nak.Aku tak sanggup.

Ahhh!Pegi jahanam lah korang semua.Sekarang ni siapa paling banyak tolong kau Haziq?Aku kan.Jadi aku dulu,kata suara yang garau tadi lagi.

Maka serentak dengan itu kedengaran pintu yang tertutup itu dibuka dengan kasar.Dan benar sangkaanku.Terdapat lima orang lelaki yang tidak aku kenali di hadapan pintu.Tidak lupa juga,dia seorang lelaki syaiton yang kekal senyuman sinis di wajahnya.

Keenam-enam manusia terkutuk itu mula menghampiriku bersama wajah yang sukar untuk aku simpulakan.Namun dia,aku mengerti raut wajahnya.Aku faham maksud di sebalik raut wajah seorang Haziq.Dia.Dia gembira.Dia bahagia dengan penderitaan aku.

Wah!Wah!Lawa perempuan ni.Memang kena lah dengan selera aku.Aku tengok muka suci je ni.Mesti dalaman pun terjaga lagi,kata salah seorang daripada mereka.Namun suaranya yang garau itu membuatkan aku yakin dia yang membuka pintu tadi.

Huh!Suci sangat,perlahan aku terdengar bicara Haziq.Namun rakannya yang lain tidak mendengar kerana semuanya masih asyik memerhatikan aku.

Aku takut.Pandangan yang mereka berikan seolah-olah aku milik mereka.Seolah-olah aku hanya pemuas nafsu mereka.

Di saat ini,seorang insan terlayar di mindaku.Kalaulah.
Kalaulah Abang Danial masih ada.Mesti.Mesti dia akan selamatkan aku.Tapi!Tapi dia dah tak ada.Dia dah tinggalkan aku.

Ait mataku yang kutahan akhirnya tumpah.Tumpah di hadapan lelaki keji seperti mereka.

Alah nangis ke sayang.Abang tak buat apa-apa lagi ni.Jangan takut,kata lelaki yang berdiri di tengah-tengah antara mereka.

Hahahaha!serentak mereka semua gelak.Murah sangat ke aku di hadapan mereka?Tak pentingkah maruah seorang perempuan sepertiku di mata mereka?

Wushh!Aku serius tak tahan ni.Muka dia suci gila beb.Lawa pulak tu.Aku macam tak percaya jantan macam Haziq ni tak sentuh dia lagi.Kau ni biar betul Ziq,kata lelaki lain sambil tersenyum sinis.

Aku tak selera dengan perempuan macam ni.Aku tak pernah ingin pon nak sentuh dia.Setakat peremouan sial macam dia belambak aku boleh cari,kata Haziq dengan bengisnya.

Sial tak sial.Yang aku kesahkan dia ada lagi virgin.So let's play baby.You are mine,kata lelaki suara garau itu.

Ikut suka hati koranglah.Budak tu milik korang.Nak buat apapun suka hatilah.Kalau budak tu mati pun tak apa,kata Haziq.

Dah semua berambus.Sekarang turn aku,usai si suara garau itu berkata lantas kelima-lima lelaki itu keluar dari pintu.

Dan sebelum pintu itu tertutup rapat.Dia.Manusia kejam bernama Haziq tersenyum kemenangan ke arah aku.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now